Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Entry ni nak berkongsi sarapan pagi iman yang erna buat dan nampaknya iman suka makan menu ni. Mudah dan senang di sediakan. Cuma, menu atau resepi ini hanya sesuai dimakan oleh baby yang berusia 8bulan ke atas sebab ada menggunakan keju a.k.a cheese. Hasil pembacaan erna, cheese yang elok dimakan oleh baby kita adalah dari jenis yang seketul macam cheese erna gunakan ini. Kalau cheese yang berkeping-keping macam kita makan dengan roti tu, kurang sesuai untuk baby kita sebab cheese tu telah melalui proses yang sodiumnya tinggi berbanding cheese jenis block. Bega cheese light antara block cheese yang boleh dimakan oleh baby kita. Sebab baby tak elok makan makanan yang tinggi sodium termasuk garam.
Iman hingga harini erna tak letak garam dalam makanan dia. Alhamdulillah..elok je iman makan bermangkuk mangkuk. Tak pernah pulak menolak sebab kononnya bubur tak berperisa. Setiap bahan yang erna letak dalam bubur iman, ada rasa semulajadi. Kalau nak masin, boleh letak daun saderi. Kalau nak manis, labu dan keledek pun cukup manis. Kalau letak buah pear dan apple fuji pun manis dah bubur dan makanan iman. Kalau nak lemak, tak payah la pulak letak ajinomoto. Banyak makanan lain yang ada perisa semulajadi untuk bagi rasa lemak-lemak. Ibu tak pernah cakap erna cerewet bagi iman makan. Ibu sentiasa berfikiran terbuka bila erna berkongsi sesuatu pendidikan tentang iman. Terima kasih ibu.
Ok, jom kita cuba resepi ni..
Bahan-bahan:
Sebiji ubi kentang size sederhana. Erna buat untuk sekali makan je ni..
Block Cheese brand Bega yan erna parut-parutkan.
Serbuk kayu manis sebagai perasa.
Rebus ubi kentang hingga empuk.
Parut block cheese atas ubi kentang panas yang dah empuk.
Taburkan serbuk kayu manis. sikit je dah cukup. kalau banyak-banyak pahit pulak nanti.
oh senang..boleh cuber esok.:)
ReplyDelete