Aktiviti Kegemaran Iman Sekarang!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Inilah antara aktiviti paling seronok untuk iman dan aktiviti yang boleh buat ummi pengsan. huh.. Memang seronok bila anak dah mula gerak sana sini. Memang mencabar kesabaran betul. Erna nak duduk depan lappy pun terkejar-kejar. Sebabnya iman dah mula nak berdiri paut sana sini. Erna risau betul kalau iman jatuh. Babah iman lagi la..tak boleh nak kata. over protactive. Kalau iman dah tidur, erna yang tengah menyusukan iman untuk tidurkan iman..akan rasa sayu dalam hati. Yela..masa kecik terbaring je. Sekarang, dah hampir 10bulan usia iman, memang iman tak duduk diam. Merangkak sana-sini. Berpaut sana-sini nak berdiri. Agak-agak penat berdiri, terus je dia duduk. Ummi yang berdebar tak tentu pasal tengok iman tak duduk diam. Takut iman jatuh.

Setakat ni, tak nampak lagi progress iman seakan nak berjalan. Merangkak memang laju sangatlah. Kesana-sini tak duduk diam. Berdiri dan berpaut ikut mana yang dia suka. Paling menakutkan erna, kalau dia penat berdiri, rasa nak duduk..dia lepas tangan dan terus duduk. Huh..peluh-peluh ummi ni tengok anak ummi tak duduk diam. Risau betul ummi. Syukur pada Allah..sebab sekarang iman nampak membesar sihat dan normal. Februari ni iman akan ke hospital serdang dengan ummi untuk next check-up. Semoga segalanya baik-baik sahaja. Kalau nak nenen, dah pandai merangkak laju datang kat ummi. Betul-betul bahagia.. Kalau nak susu, iman sondol-sondol dada ummi. Erna baru nak selak baju, iman dah siap nganga mulut. Comel! Syukur Ya Allah..

Kat bawah ni kronologi aktiviti iman yang erna sempat capture. Siap gegar-gegar lagi gambar. layan..

Haaa...time ni dia nampak ummi nak ambil gambar

 Ummi panggil dan cakap jangan panjat, nanti jatuh..
sambil tengok ummi..kaki dah standby nak diri

Yeaahh..berjaya diri. Bukan main kaki siap menjengket jengket. 
Rasa hebat betul la tu kan budak ni..

Ops..lepas tangan! Ummi cuak!!!


Ya Allah...bahagia. Senyum senyum dia.
Permata hati selamanya..Hadiah dari Allah

Share this:

,

CONVERSATION

10 comments:

  1. sweet sgt sis..akk pun tak saba nk tggu boboi akk besar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. standby la kak..boboi besar makin kurus la nanti. tp erna, iman melasak, erna x kurus-kurus jugak! sadis T__T

      Delete
  2. Bahagiakn erna, kita tgk anak membesar dpan mata. Mula2 meniarap, merangkak, berjln. Syukurlh dpt merasai kenikmatan menjadi ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. syukur sgt..tak semua orang berpeluang nak menikmati saat macam ni. syukur dan bersabar hadapi dugaan :)

      Delete
  3. kene perhatikan sekarang ni dh mcm2 akal dorg kan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.macam-macam ragam! berdebar je hati mak ni

      Delete
  4. iman dah nak jalan yer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciri ciri nak jalan macam x nampak lagi ekin. tp tahla..berdiri paut sana sini memang xleh nak kawal dah.

      Delete
  5. anak saya pun dh msk 8 bln.. tgh nk belajar merangkak step by step ke dpn.. pun rasa sedih.. dulu baby2 lg.. ni xlama lg nk berjln mcm ni.. lg la sedih... salam perkenalan.. :)

    http://mychessypie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. assalam erna. hehe. langsir meja tu sama la pulak kite. ank sy jumaat ni 8bulan. nak berdiri sendiri lepas tgn. hehe

    ReplyDelete