Cerita Tahun Baru

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Harini genap seminggu dah masuk tahun baru 2013. Bermakna dah seminggu juga blog ni tak berupdate. Malam tahun baru haritu, erna mulanya sakit tekak. Macam tak selesa bila menelan air dan nasi. Rupa-rupanya keesokkan paginya tu nak dijadikan cerita..erna demam. Seharian cuti tahun baru tu erna tak gerak kemana-mana. Terbaring je badan panas, kepala pening, hidung keluar hingus dan batuk uhuk uhuk. Sakit dada dan sedih jugak masa tu sebab rasa sangat tak larat. Malam tu jugak suami bawak ke klinik dan dapat MC untuk hari esok. Kesian kat iman sebab banyak kali iman merangkak laju-laju nak hisap nenen ummi dan dalam masa yang sama jugak, nenek laju-laju tangkap iman tak bagi dekat dengan ummi. Berjangkit nanti. Walaupun dah makan ubat, tapi demam tak lega dan kepala masih berpusing-pusing pening. So, sederet tiga hari berturut-turut erna cuti kerja haritu. Masa tu terfikir betapa tinggi nikmat bila Allah kurniakan kesihatan yang baik. Rasa nikmat sihat lebih best dari ada duit banyak. Disebabkan demam itu juga, erna bekerja hanya sehari sahaja minggu lepas. Dua kali suami bawa ke klinik untuk dapatkan rawatan.

Alhamdulillah..sabtu pagi, badan rasa sedikit segar dan kepala tak berapa pening bila bangun dari tidur. Apa yang tak best..masa susukan iman pagi kul7.30, rasa badan iman panas sangat. Owh..anak ku demam. Mula rasa bersalah sebab mesti iman berjangkit dengan ummi ni. Tinggi betul suhu badan iman. 39darjah. Baby kalau dah demam mula merengek-rengek. Iman tak banyak sangat ragam masa demam. Cuma takut makan ubat macam babah dia. Ibu cakap, masa erna kecik erna tak nangis pun makan ubat. Tapi, babah iman memang sampai sekarang kalau nak makan ubat..erna kena tunggu tepi dia. Sebab kalau tak, kebarangkalian untuk babah tak makan ubat tu ada. Lebih-lebih lagi ubat batuk. Memang babah iman tak suka makan ubat batuk. Pergi klinik, doktor masukkan ubat ke dalam lubang montot iman yang comels. Menangis dia. Sedih betul ummi. Balik tu, suhu macam turun sikit. Bila erna ambil bacaan, suhu iman 37darjah.

Malam, suhu badan iman naik semula. Doktor ada bekalkan ubat yang doktor masukkan dalam muntot iman tu. Tapi, ibu macam tak berapa setuju kalau kami masukkan ubat tu lagi. So, kami decide bawak iman ke hospital serdang. Ayah, Ibu semua ikut. So, kami berlima ke hospital serdang. Ummi, Babah, Iman, Atok dan Nenek. 1st masuk bilik saringan, suhu iman 39darjah dan erna kena bebel dengan nurse sebab last bagi iman makan ubat lunch. Padan muka erna kena marah! Bila suhu terlalu tinggi, nurse buat procedur yang sama dengan doktor klinik. Masukkan ubat jugaklah. Kemudian suruh kami tunggu untuk ke bilik doktor. Dalam 30minit nurse suruh kami ke bilik saringan untuk check suhu badan iman semula. Dalam tempoh 30minit tu, memang tak henti-henti kami basahkan kain lap-lap badan iman. Letak kain basah kat kepala. Semuanya sebab nak turunkan suhu. Bila dah 30minit, kami masuk bilik saringan..alhamdulillah suhu iman turun ke 36darjah.

Malam tu kami sampai rumah kul4pagi. Ahad pagi, lepas lap-lap badan iman dia mula nampak cergas sikit. Suhu pun tak berapa nak tinggi. Lega betul..Apa yang lebih lega, minum susu ok. Makan ok, cuma makan tak banyak macam selalu la. Tapi kira ok iman masih nak makan. Semoga iman baik-baik sahaja..Amin

Semua orang bercerita tentang azam baru. Rasa takut nak pasang azam yang baru sebab rasanya..azam tahun lalu masih ada yang belum tercapai. Apapun, tak perlu tunggu tahun baru kalau nak berazam. Apa yang pasti, erna berazam nak jadi yang lebih baik dari lalu. Baik dari segala segi. Kekeluargaan, pekerjaan dan lain-lain. Berazam juga nak jadi isteri terbaik dan ummi hebat serta anak berjasa pada ibu dan ayah. InsyaAllah..semoga di permudahkan jalan urusan hidup ku. Amin

Share this:

, ,

CONVERSATION

3 comments:

  1. Semoga iman cpt smbuh sepenuhnya..

    ReplyDelete
  2. annaila pun dah 4 hari demam...huhuhu

    ReplyDelete
  3. semoga u dan baby cepat sembuh. happy new year ye :)

    ReplyDelete