Perihal Kesian...
Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Semalam kul11mlm ibu bertolak balik ke KL. Hari khamis,kami kat perlis bercuti sebab Hari Keputeraan Sultan Perlis. Jumaat,kelas erna batal. Jadi,erna suruh ibu balik KL. Bukan nak halau ibu dari perlis ni. Tapi erna kesiankan ibu yang tak pernah balik rumah kami kat puchong sejak datang ke perlis iman lahir. Bermakna,dah sebulan lebih ibu tak balik rumah. Tapi,ibu ada jugak jumpa ayah..sebab ayah ada datang ke perlis melawat iman,erna dan of course datang melawat ibu. Kalau ikut ayah,ayah tak bagi ibu balik..sebab ayah cakap,ayah kesiankan iman. Ish..ayah kesian ke..ayah tak percaya ucu nak handle iman tanpa ibu :P Sure sebab ayah tak percaya erna..Erna pun takut-takut jugak. Tapi,nak tak nak..erna kena belajar handle iman tanpa ibu. Bukan tak biasa jaga baby-baby sebab dulu ibu jaga baby-baby jugak. Tapi,bila kena handle anak sendiri ni,rasa lain la pulak..
Al-kisah..harini adalah hari pertama iman 24hours dengan ummi. Erna masih belum habis nifas. Jadi,akan sentiasa bersama iman. Nak minum air pun,erna standby air. Senang,tak payah tinggal-tinggal iman. Iman akan bangun untuk menyusu setiap 1jam. Siang,iman dah kurang tidur. Tapi,tetap tak nak baring sendiri sorang-sorang atas katil. Mesti nak berdukung..tak pun,nak ada orang teman dia bercakap. Ish,anak ummi ni..rasa nak gigit je. Tapi babah tak bagi =) Disebabkan harini hari pertama kali bersama iman, keadaan agak kelam kabut. Huhuhu..Walupun mai dan munir ada. Tapi,ummi tetap taknak lepas pandang iman. Selalu nenek handle..perasaan ummi lain..ni bila nenek balik kampung,erna tak lepas iman..
Harini jugak..erna rasa,hari penggunaan perkataan KESIAN! Kenapa? Sebabnya..tak henti-henti erna akan cakap perkataan kesian..Erna akan cakap perkataan kesian tu,setiap kali erna tengok iman. Kenapa pulak iman? kenapa bukan bila tengok munir,mai atau diri sendiri..erna akan cakap perkataan kesian tu? Iman..iman..betul-betul hebat sebab boleh buat ummi tak senang duduk. Setiap masa fikirkan iman..KESIAN ummi pada iman,sebab kasih sayang ummi pada iman sangat dalam..tak tau nak luah macam mana..
-Kesian erna pada iman akan hadir setiap kali tengok muka suci dan tak bersalah iman sedang tidur..
-Kesian erna pada iman akan hadir bila erna terfikir, cukupkah air susu erna yang iman minum..
-Kesian erna pada iman akan hadir bila erna balik kelas terus berlari dapatkan iman..cukup ke masa iman bermanja-manja dengan ummi..
-Kesian erna pada iman akan hadir bila iman nangis. Iman tak selesa kah dengan baju yang iman pakai?
-Kesian erna pada iman akan hadir bila tukar lampin iman,iman akan nages manja..sesuai ke diapers ni?
Munir dan mai selalu pelik kenapa erna suka keluarkan perkataan kesian..ish..erna pun tak tahulah kenapa..mungkin sebab erna ummi yang melahirkan iman..jadi,hanya erna yang ada sebab kenapa perkataan kesian itu selalu keluar dari mulut erna. Kesian erna pada iman,bukan kesian murahan yang orang selalu cakap masa bercinta,"jangan sayang dia sebab kesian..sayang dia seikhlas hati.." Kesian erna pada iman,lebih dari segalanya..Ya Allah..besar sungguh rasa yang ada pada seorang ibu. Rasa yang tak tergambar dengan kata. Kesian ummi pada iman..sebab ummi terlalu risaukan iman dan nak berikan yang terbaik kepada iman..Ummi dan Babah Sayang Iman!
(Kena gigih tamatkan semester ini!)
comelnye encem boy nih senyum...hihihi...
ReplyDeletebiasalar, naluri seorang ibu tuh kuat ;)
Alysa suke senyum2..iman ni,susah betul nak senyum kalau kita suruh.kiranya..dia akan tersenyum sendiri. dan biasanya,ummi x sempat nak capture gambar iman senyum..
Delete