Iman 1 Bulan
Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Kalau baca tajuk entry kalini,sure dah dapat agak apa isi kandungan entry ni kan..Alhamdulillah,iman kesayangan erna dah berusia 1bulan. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru tadi erna menahan sakit nak menunggu jalan bukak untuk lahirkan iman. Pada erna,melahirkan iman tak sakit pun..apa yang erna rasa sakit,bila erna menanti jalan untuk iman lahir. Tapi,apa yang lebih menyakitkan..bila iman terpaksa berjauhan dengan erna. Iman di NICU. Itu adalah antara sakit paling berat yang erna rasa..terpaksa berjauhan dengan iman permata hati.
Bukan erna tak biasa dengan baby kecil sebab dulu ibu erna pun ada mengasuh baby. Tapi,bila setiap hari bersama anak sendiri jauh berbeza dengan pengalaman yang sedia ada. Sebab ini adalah pengalaman yang luar biasa indah dan hanya dilalui sekali seumur hidup. Sepanjang sebulan ni jugak erna banyak belajar mengenali iman..Erna tahu,iman pun sama..Iman pun dalam proses membiasakan diri dengan persekitaran.
Apa yang ummi nampak,Iman masih tak dapat membiasakan diri sepenuhnya dengan dunia. Iman akan tidur siang. Kejutlah macam mana pun..iman akan tetap tidur. Ramai aunty dan uncle UniMAP datang melawat iman siang hari,iman tetap tidur. Tak kisah la berapa ramai pun yang peluk cium iman. Iman makin lena tidur. Alahai...anak ummi. Pagi,kalau mandikan iman..iman akan bukak mata. Iman senyap je bila kena syampu kepala. Tapi,iman akan mula nangis kalau sabunkan badan. Ummi pun pelik. Sebab kalau syampu..siap basuh kepala,iman relax je. Bila mula sabun badan, iman mula nampak tak selesa dan nangis. Kalau siapkan iman,kena cepat-cepat. Nenek dah banyak kali kena kencing dengan iman. Ummi pun pernah kena kencing. Kadang tu,dah siap sapu bedak..minyak..dah siap pakai barut..tak sempat nak pakaikan pampers,iman dah kencingkan kami. Huhuhu...Lepas pakai baju dah siap-siap wangi,iman akan terus tertidur. Hurm..tidur lagi.. Itulah rutin iman setiap hari waktu siang..
Disebabkan iman dah banyak tidur waktu siang, ummi dan nenek kena bersedia untuk bertugas malam. Sungguh tak larat..Erna selalu kesiankan ibu. Erna biasanya..bertahan setakat kul4pagi. Sebab,kul8pagi esok nya..erna ada kuliah. Kadang tu,rasa nak menangis sebab rasa mengantuk sangat. Ibu akan suruh erna tidur dan ibu jaga iman. Bila iman tak nak tidur, iman bukan nak main sendiri. Iman nak ada orang teman. Iman nak ada orang bersembang dan bercakap-cakap dengan dia. Kalau iman tak nampak orang,iman akan nangis. Anak ummi..anak ummi..ummi harap iman cepat-cepat dapat bezakan siang dan malam. Erna kesiankan ibu..ibu akan paksa erna tidur sebab ibu tak nak erna mengantuk bila ke kelas esok. Sungguh besar pengorbanan nenek iman.. T__T
Alhamdulillah..iman tak pernah kembung perut sepanjang sebulan dah lahir ni, Tak pernah lagi batuk atau demam. Cuma,erna sentiasa berhati-hati kalau susukan iman. Iman cepat tersedak kalau minum susu. Kalau dapat nenen ummi,bukan main lagi iman hisap. Macam lama sangat tak minum susu. Sedangkan setiap sejam iman akan nangis mintak ummi susukan iman. Rasa kelakar pun ada. Sebab..kalau iman nak susu sangat,dalam keadaan tak sabar sangat nak hisap nenen ummi,iman akan terlepas puting. Masa tu,iman yang akan nangis. Hehehe.. Kalau iman dah kenyang minum susu ummi,iman akan lepas nipple dan tutup mulut rapat-rapat. Ummi suka usik-usik suakan nipple ke mulut iman. Tapi iman buat tak heran. Makin rapat iman tutup mulut.. Mula,memang agak sukar ummi nak susukan iman. Yela..masih kekok. Iman masih belajar nak menyusu dengan ummi. Ummi pulak masih belajar nak menyusukan iman. Sama-sama dalam proses belajar. Sebab tu,erna ada bagitahu..susukan baby bukan semudah yang disangka. Selain perlu ilmu..perlu tahu cara yang betul..
Kalau dulu masa erna mengandungkan iman..bukan main besar lagi perut erna. Tak sangka berat iman masa lahir hanya 2.85kg. Tak sampai 3kg. Erna membayangkan iman akan lahir dengan berat lebih 3kg. Kawan-kawan erna pun terkejut tengok iman kecik comel je lepas lahir. Nak buat macam manakan..ummi pun tak tau kenapa iman lahir kecik je. Apapun..alhamdulillah harini iman sihat. Baju-baju iman masa baru lahir, semua besar. Erna dah pakaikan baju size paling kecik. Tapi,tetap nampak besar. Alhamdulillah sekarang ni..iman dah nampak lebih selesa pakai baju yang ada. Tak kecik sangat dan nak cakap muat-muat badan,tak jugak. Besar jugak. Tapi taklah terlalu besar..
Secara Ringkas..
Berat Iman 1bulan = 3.5KG
Kalau menyusu dalam botol, erna akan bagi sukatan 2 oz - 2.5 oz
Iman banyak tidur waktu siang dan berjaga malam.
Kekerapan iman menyusu setiap 1jam - 2jam.
Kalau panggil nama iman, iman akan lihat ke arah suara yang panggil iman.
Iman dah pun kena cucuk untuk 2nd dos Hepatatis B. Iman nangis sikit je..lepas kena cucuk,iman sambung tidur semula. Iman..iman..cepat-cepat la kenal siang dan malam ye sayang. I LOVE U
Beberapa jam sebelum iman lahir ke dunia
Hari ke-5 iman di NICU.
Hari ke-11. See..kecik je anak ummi. Seluar, baju semua besar untuk iman.
Hari ke-15. Babah request gambar ummi dan iman sebab babah outstation.
Hari ke-21. Kali pertama ummi bagi iman puting palsu ni. Sebab nak iman lena tidur malam
Iman nak pergi Hospital ^____^
Jumpa next entry...
erna, nanti dah sebulan lebih dia kenal dah siang malam...alysa dulu pon cenggitu...tapi skang dah ok, malam dia tido lene je...
ReplyDeletesabar menanti saat itu...hihihi...buat masa sekarang nih kenelar bersengkang mata sikit ;)
ira: tula erna ada baca entry alysa tak tido malam. tak larat woo...huhuhu. mujur ada ibu erna kat perlis ni. ok la jugak. bergilir kami ni. Tak sabar tunggu masa iman tido malam dengan lena. Ummi pun nak tido lena jugak..hehehe
ReplyDeleteKalau aku nanti tah macam mana la kan...harap2 iman nnt boleh biasakan diri cepat2.. ;)
ReplyDeletewan cakap die biasa keje malam.ko suruh wan take over.hehehe
ReplyDelete