L.O.V.E

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Ini adalah gambar pertama yang kami ambil sekeluarga. Gambar ni diambil sebelum babah berangkat pulang ke kl tinggalkan ummi dan iman di perlis. Usia iman 3minggu ketika kami merakamkan gambar ni. Semoga kebahagian yang ALLAH kurniakan ini,kekal hingga hujung nyawa. Buat suami tercinta, terima kasih untuk segala kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi sejak dari awal perkenalan. Terima kasih untuk kesabaran yang tinggi sepanjang kita di alam pertunangan yang mencecah 4tahun. Terima kasih untuk segala-galanya hingga ke saat ini. Terima kasih kerana sentiasa mencintai walau apa jua yang telah berlaku.. 

Iman anak ummi, semoga iman membesar sihat seperti kanak-kanak yang lain..semoga iman sentiasa dalam lindungan ALLAH. Semoga iman menjadi anak soleh yang membahagiakan ummi,babah dan seluruh ahli keluarga kita. Kasih ummi dan babah tidak berbelah bahagi. Iman permata hati kami..nyawa kami..buah cinta kami..iman rezeki ALLAH yang tak ternilai dengan wang ringgit untuk kami..


Babah + Ummi = Iman ^____^

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Boleh print out buat letak dalam frame..sweet gila.. :)

    ReplyDelete
  2. Hehehe..berangan-angan nak outing amik gambar sama-sama. tah bila boleh buat camtu. Ummi tersangatlah bz..keje banyak tertangguh-tangguh. kepenatan Allah je tahu..huhuhu.belum masuk nak siapkan report dan nak dapatkan resultt final project. doakan weh!

    ReplyDelete