Exam, Final Year Project, Class, Lab Report = Bahagia

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Kejap je masa berlalu..dah nak habis bulan Mei. Iman makin membesar. Erna pun makin sibuk dengan tugasan sebagai pelajar dan ummi dalam masa yang sama. Syukur ibu ada.. Kerja banyak dan tertangguh-tangguh. Kalau fikir-fikir semua kerja yang ada, sure boleh tertekan tahap tak tau nak cakap.. Nak tak nak,kena jugak tempuh. Kena pulun siapkan Final Year Report. Bila dah akhir mei, nak masuk jun. Final exam mula pertengahan jun..Draf exam pun dah keluar. Bila check tarikh, semuanya ok. Tak ada pun yang bertindih-tindih hari. So,kena la proceed dengan jadual exam yang dah keluar tu..


Lepas final exam, erna akan join satu kursus. Erna ada daftar diri untuk course under IBM. Join course tu, dalam temph 3minggu. InsyaAllah akan pulang ke Puchong dalam pertengahan bulan julai. Bz betul ummi iman ni. Kadang tu,kalau balik dari kelas..berlari masuk bilik tengok iman,akan timbul rasa kesian sangat pada iman. Rasa sedih dengan diri sendiri sebab..rasa macam, cukup ke masa yang erna luangkan dengan iman. Tapi,bila-fikir-fikir semula,kalau dah bekerja nanti,sama je..Masa bersama iman, tetap akan terhad. Malah, mungkin lebih teruk dari sekarang. Selalu ingatkan diri,jangan tension2. Semua ni hadiah terindah dari Allah. Erna yang teringin mengandung dan ada baby masa study. So,bersyukur dengan kurniaan Allah..Alhamdulillah.


Apa yang membakar semangat erna pulun siapkan semua kerja adalah...


Senyum-senyum baca memo ni. Jadual untuk konvokesyen pun dah keluar. Inilah pembakar semangat buat masa ni..Kena usaha gigih untuk tamatkan sem ni. Kalau tak,baik erna bercuti satu semester lepas melahirkan iman haritu. Disebabkan erna memang nak tamatkan pengajian sem ni jugak, sebab tu erna tak extend. Alhamdulillah..ramai yang support erna. Famili, suami, kawan-kawan.

Kalau ikut jadual ni, erna konvo pada tarikh 29 September 2012 untuk sidang kedua. Masa ni, anggaran umur iman 6bulan. Rasa tak sabar nak konvo dengan iman. Sebab iman teman erna sepanjang sem lalu. Mulanya dah terfikir nak bermalam di Hotel Seri Malaysia. Tapi, ada kawan erna cakap..hotel dah full booked! aik,cepatnyer la kawan-kawan seUniMAP yang booking hotel awal. So,erna tukar plan dan erna rasa plan untuk sewa homestay lebih menjimatkan. Lebih-lebih lagi ada iman..kalau homestay,nak cari yang ada banyak kelengkapan dalam rumah. Masih survey-survey mana yang sesuai..


Erna kena usaha hingga ke hari konvokesyen. Kena buat sehabis baik untuk semester terakhir ni. InsyaAllah..jika ada peluang, erna memang berhajat untuk sambung study lagi. Tapi,mungkin selepas 2-3tahun akan datang. Kalau iman kawan-kawan cakap anak degree. Adik iman nanti, anak master la pulak kan? :P waaa...bukan main ye ummi erna. Sudah merancang ADIK IMAN? ops! hehehehe

Share this:

,

CONVERSATION

3 comments:

  1. hihihi...ira pon tengah berusaha untuk abiskan study sem nih...last sem...jom berusaha lebih demi anak2...

    ira tgh kuatkan semangat, walaupon hati tgh stress pasal thesis tak siap2...waarrrggghhh, rasa tension tol, awal bulan 6 da nak kene present...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh,sama la kita nak present jun.good luck utk kita berdua.mmg stress jugak.tapi nak buat macam mana.nak tak nak kena usaha tamatkan sem ni kena usaha.mesti usaha.walaupun kadang rasa tak larat.

      good luck untuk KITA!

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete