Zikir dan Doa Semasa Bersalin

 Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Harini, erna terima satu link dari kawan seUnimap. Link yang kawan erna bagi ni..adalah link antara amalan zikir dan doa yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung yang hendak melahirkan anak.  *Terima kasih kak fairuz untuk perkongsian ini


“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

 Saat hampir bersalin, bacakan doa ini..

 “ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin, digalakkan membaca ayat kursi..

 Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya,perbanyakkan baca tasbih dibawah ini..

 Maha Suci Allah


Aku Pohon ampun kepada Allah


InsyaAllah...harap erna dapat apply zikir-zikir ni jika hendak melahirkan iman nanti. Semoga Allah memudahkan urusan erna..AMIN

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment