Hujung Minggu Bahagia

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Pagi tadi, tengah syok berselimut..tiba-tiba bau roti telur. Rupanya..mai masuk bilik bawak roti telur. Dalam aircond,mestilah bau pun kuat..je.Mai bagitau roti telur mai simpan kat dapur dan mai mintak doakan dia menang main futsal anjuran student bisness. Erna yang mamai ni, anguk-anguk kepala je la..sebab semalam pun memang dah bagi kata-kata semangat. Mai ni memang teror bersukan pun. Semua sukan mai pandai main. Kalau bertanding,mesti menang..jangkaan erna memang tepat. Petang tadi kami semua makan biskut-biskut mai menang hamper :)


Tengah hari, munir beriya-iya nak masak kat rumah iman. Masa ibu datang minggu lepas, ibu ada bawak barang dapur sikit. Dapur gas camping yang erna bawak ke hostel sem lepas pun ada kat rumah iman. So,bermula sesi masak-masak tengahari tadi. Erna masak nasi je. hehehe...selebihnya munir yang masak. Bukan tak nak tolong. Tapi munir tak bagi erna buat apa-apa..munir cakap, munir nak bagi iman rasa masakan ummi munir.. Bukan main indah hidup harini..pagi ada yang buatkan sarapan.. Tengah hari ada yang tolong masakkan.. kenyang ummi dan iman harini. Terima kasih aunty mai dan ummi munir  ^____^


Lagi satu perkara yang buat erna rasa happy harini...lepas lunch tadi, babah call..babah bagitau yang babah akan masuk meeting esok untuk bincang perihal cuti. Babah nak datang perlis melawat ummi dan iman.. yang paling best, kalau cuti lulus..malam esok jugak babah akan fly dari jb ke penang. Bermakna,malam esok, babah ada kat rumah iman teman ummi :) Erna tanya,kenapa terburu-buru dan tak tunggu hujung minggu je datang.. Babah cakap,babah susah hati bila ummi macam ada masalah and off course sebab babah rindu iman dan ummi. Erna tak cerita detail pun tentang apa yang berlaku..cuma meluahkan rasa yang diri dan maruah di hina orang yang tidak tahu apa-apa perihal kisah erna. Babah cakap, tak perlu ambil kisah..banyakkan berdoa dan insyaAllah segala urusan akan dipermudahkan..Letakkan sepenuh kepercayaan pada ALLAH..


Satu perkara yang babah request bila datang perlis, babah nak mintak ummi masak sadin + telur goreng. Hehehe..apalah babah iman ni. Request la yang best-best sket. Ini request nak makan sadin. Erna pulak, awal-awal dah request nak nandos. Masing-masing dah plan saling meRequest :P Perlis ni,mana ada nandos. Esok,kalau babah jadi datang..nak makn-makan dulu la kat penang. Semoga babah jadi datang dan dapat cuti..Bila iman lahir, comfirm akan dapat cuti 7hari ^___^


#
Allah Maha Mendengar...Allah Maha Mengetahui...
Tak perlu takut..Tak perlu melatah..Tak perlu gusar..
Percaya pada segala aturan Allah..dan yakin dalam hati..
Sehelai daun yang gugur ke tanah pun Allah boleh tahu..
Apatah lagi,apa yang ada dalam hati kita hamba yang hina..


Jika ingin berdoa pada Allah..bila-bila sahaja.
Tak kira dalam solat..tak kira dalam tidur..
Tak kira dimana jua..Tak kira masa..
Allah ada di mana-mana..walau dalam talian..
Walau bersembunyi ditempat gelap..
Allah ada..Allah ada bersama..


InsyaAllah..semuanya akan baik-baik sahaja.


Alhamdulillah..
Selepas peristiwa itu,rasa syukur dengan takdir aturan Allah semakin mendalam..
Takdir Allah bukan saja-saja..
Aturan Allah juga bukan suka-suka..


Hutang harta benda..hutang wang ringgit..
Sungguh tak terkata..
Apapun, semuanya hutang dunia..
Dia takut.. Takut sebab dia hutang lebih dari segala..
Hutang yang meninggalkan kesan dalam..
Kalau harini dia di defend sesiapa..tak mengapa..
InsyaAllah..berjumpa dialam sana..


Kerana itu,jangan sesiapa menderhaka ibubapa..
Kerana itu, Redha Allah ada bersama Redha ibubapa..
Jika semua kisah lalu dia lepaskan, biarkan..
Kita jumpa di sana........
InsyaAllah..berjumpa dialam sana..


ALLAH MAHA MENGETAHUI~


Indah hidup bertuhan. Alhamdulillah....

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment