Ok! Kaki Dah Mula Bengkak

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Sejak kandungan mencecah 8bulan, erna mula rasa lain macam pada kaki. Terasa kaki erna dah mula gemookk..bengkak..tapi,awal-awal lepas 32minggu a.k.a 8bulan, tak ketara sangat kegemoookkan yang berlaku pada kaki.


Sekarang, lagi 2hari nak masuk 36minggu a.k.a 9bulan, kaki dah gemook..sangat gemookk..owh..munir dan mai selalu gelak-gelak tengok kaki erna yang makin hari makin gemook..sandle yang erna pakai hari-hari pegi kelas terasa sendat. Tapi,tak plan pun nak beli sandle lain. Sebabnya,orang cakap..lepas bersalin nanti,kaki akan kembali slim (harap puan punya badan pun slim la jugak :P )


Apa yang erna perasan, hujung minggu tak buat apa-apa aktiviti sangat, kaki erna akan slim dari hari biasa. Yela..hari biasa, weekdays, erna kan ke kelas. Jalan sana sini. Jadi,kaki pun memang terserlah gemoook. Sakit? kadang tu,ada jugak rasa sakit..kalau dah terlalu gemoookk kaki erna ni,sampai buku lali pun tak nampak. Jari-jari kaki semua nampak comel je..bulat-bulat. huhuhu..


Mula erna dapat detect kaki ni bengkak sebab..tiba-tiba terasa lain macam. Bila erna try cucuk kaki, kat bahagian yang bengkak tu..isi kaki akan tenggelam.. ( hiperbola betul ummi iman ni. isi kaki :P )  Bila dah tenggelam, lambat je nak timbul. Suka la pulak erna main cucuk-cucuk kaki. hehehe..


Antara info yang erna dapat untuk hilangakn kaki gemoookk... a.k.a bengkak kaki;


1. Jangan berdiri terlalu lama 


2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Contoh,kalau erna duduk kat meja study kat rumah,erna akan letak kaki atas palang meja. Jadi,kaki erna tak tergantung.
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda. Petua ni,memang erna amalkan setiap malam. Alhamdulillah..memang berhasil. Bangun tidur,kaki tak gemoook sangat ^_^
4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki.
5. Minum banyak air. Ya… jangan terkejut. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki.
6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.
7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food
Bukan kaki erna ye.. :P

*info2 ni,hasil pembacaan erna dan amalan erna sendiri

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment