Kau!

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Entry lepas, erna ada cakap nak sambung entry nanges-nanges kan? Sebelum entry ni tertulis, memang dah bercucuran air mata yang keluar. Tapi, air mata yang bercucuran keluar ni tiada kaitan dengan entry nanges-nanges yang erna janjikan dari entry lepas. Entry kali ni, entry yang kalau boleh...tak nak pun ada dalam blog Kuasa Kasih Sayang kesayangan erna ni..


Semua orang pernah buat silap kan? semua orang pernah lalui kisah suka dan duka. cuma, bezanya..macam mana mereka alihakn perasaan dan kenangan duka kepada kenangan suka. Hari ini,memang takkan sama dengan hari lalu dan juga tak akan sama dengan hari esok. Walau sesaat. Kerana,bagi erna..saat ini hanya akan berlaku sekali seumur hidup. saat ini,adalah saat ini. Walaupun mungkin dalam erti kasih sayang..saat ini,adalah saat ini. Mana mungkin dapat digantikan dengan saat akan datang atau saat yang telah berlalu.


Kau! 
kau tak mengenali siapa aku..kau tak tahu apa-apa tentang aku.kau tak tahu apa yang aku lalui.Tak kisahlah..aku lalui bersama dia atau sesiapa. Kau boleh agungkan dia. Dia yang pernah ada dalam hidup aku. Aku pun tak nak ada dia.. Kalau boleh,aku nak..hidup aku ni tidak pernah mengenali dia. Aku kenal dia tak sama dengan kau kenali dia. Dia pun mungkin tidak mengenali aku sepenuhnya..Harini, aku rasa kau calarkan maruah aku. aku bukan insan baik dan setiap post aku di Facebook atau di mana-mana sahaja bukan sengaja menunjuk-nunjuk kebaikkan aku. Aku insan biasa. Berkongsi sesuatu bukan bermakna kita baik dan menunjuk-nunjuk. Perkongsian itu lebih penting bagi aku.
Tak perlu kau persoalkan dan sebut tentang pemilik cinta ku kini. Tak perlu kau persoalan tentang nyawa yang ada dalam rahim aku. Kerana hanya aku, hanya aku tahu apa yang aku lalui. Kau boleh kata apa sahaja tanpa mengetahui apa yang aku dan dia lalui. Mungkin aku tersilap cara dan tindakan. Tapi bukan bermakna kau boleh suka-suka calar maruah aku. Mungkin itu tempat kau..kau boleh luah segala. Dia..bukan hutang harta dan hutang wang yang buat aku bodoh sehingga harini. Tapi hutang dia pada aku, lebih dari semua yang aku miliki. Lebih dari apa yang kau dan semua ketahui! 
Setiap masa aku berdoa agar aku sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian ALLAH. Semoga kau tak kan lalui apa yang aku lalui. Dan semoga dia bukan lagi dia yang aku kenali dulu. Dia yang penuh dengan rahsia. Buat aku sentiasa ragu tapi syaitan...syaitan sentiasa menutup kelemahan dia didepan mata aku..ahhh...bukan la salah syaitan sepenuhnya. bukan? sebab lemahnya iman ku..lemahnya pegangan ku..jadi,jangan kau ulang sebut aku ni orang baik-baik yang akan bertindak sempurna dalam semua keadaan. Aku insan biasa yang sentiasa ingin  berusaha menjadi yang jauh lebih baik dari hari lalu dan hari-hari berikutnya.


Iman kesayangan ummi..
Ummi mintak maaf sebab ummi dah calarkan blog ini yang ummi cipta khas untuk kenangan hidup kita sekeluarga..iman sayang,ummi mintak maaf sebab semalam ummi tak tidur..biarkan badan ummi penat dan tak rehat. bila terlelap mata,ummi biarkan tidur kita diganggu oleh mimpi yang bukan-bukan. Berjaganya ummi semalaman, ummi bukan bercakap-cakap dengan iman tetapi melayan hati ummi yang tah apa-apa ni. Ummi mintak maaf sebab seharian ummi tak makan dan biar perut kosong. Berdosanya ummi..Pagi tadi,kita minum milo..minum sama-sama. Ummi pegi kelas electric circuit 3jam. Balik kelas ummi terus tidur sebab kepenatan tak tidur semalaman. Aunty Mai dan ummi munir pun teman iman berlapar. Petang, kita keluar makan sama-sama, tapi sepinggan nasi pun ummi tak habiskan. Tah kemana-mana selera ummi pergi. Sedangkan iman kesayangan ummi tengah tunggu ummi suapkan makan. Berdosanya ummi pada anak yang ummi kandungkan.. Ummi mintak maaf sayang...Ummi mintak maaf sebab ummi abaikan iman harini. Vitamin iman pun, ummi tak makan lagi harini. Selalu..lepas makan tengahari ummi dah makan vitamin. Iman sayang..macam selalu yang ummi cakap pada iman,setiap titis air mata ummi,bukan sebab ummi sedih. Ummi tak nak iman sedih. Tapi,titisan air mata ummi ni,titisan air mata rindu pada iman.. Iman sayang..tak lama lagi kita akan jumpa di dunia. Tak lama dah masa tu akan tiba.ummi janji,masa yang ummi ada sekarang ni,masa iman akan tinggal dalam rahim ummi sebelum ummi dapat peluk cium iman dengan nyata,ummi tak nak buat iman sedih.ummi tak nak buat iman berlapar. Ummi tak nak emosi ummi mengganggu iman. Iman sayang..ummi nak iman tau,adanya iman dalam rahim ummi bukan saja-saja..bukan kebetulan..bukan terpaksa..Tapi,adanya iman dalam rahim ummi adalah kerana, kuasa kasih sayang ALLAH pada ummi dan babah. Adanya iman dalam rahim ummi, sebab cinta ummi dan babah. Iman anugerah terindah untuk kami. Iman rezeki tak ternilai yang ALLAH hadiahkan untuk kami. I LOVE U 


- Tapak kaki kecil tanda kasih sayang ummi babah -

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment