PARENTHOOD EXPO 2012 MID VALLEY
Assalammualaikum dan Salam sejahtera..
Lama betul erna tak update blog ni. Busy berniaga kecil-kecilan (lama-lama besarlah nanti. AMIN) Jadi masa nak update cerita terbaru kat blog ni pun tertangguh-tangguh. Rasanya macam belum terlewat nak cerita pasal Parenthood expo kat mid valley hujung minggu lepas. Sangat best sebab dapat pergi dengan kawan-kawan sekolah yang dulunya kalau kami keluar shopping baju sendiri. Tapi kalini hang out beli baju untuk anak-anak. Best! Lagi satu, ini adalah kali pertama erna ke expo mak mak. Sepanjang 9bulan mengandung iman, setiap kali ada expo atau warehouse mesti erna tak ada kat kl. Erna kat perlis. Bila kat perlis, mana nak ada expo-expo ni. Walaupun takde expo, rindu jugak nak hirup udara perlis. Rindu T_T

Ok, kami berjanji lebih kurang 2minggu sebelum expo berlangsung. Erna pulak berkira-kira nak bawak iman ke tak ke expo tu. Syukur..pada hari kejadian tak bawak iman. Orang sanggat berhimpit-himpit. Kalau bawak iman, memang buat naya je. Kesian dia..Iman tinggal kat rumah nenek. Erna ke expo dengan dua ibu hamil yang kandungan dah mencecah 8bulan. Masih kuat dan larat lagi geng erna ni berjalan. Cuma sue je cepat pancit. Asz memang teror. Sam amacam erna masa mengandungkan iman dulu. Munir dan Mai selalu cakap erna ni kuat berjalan. Lagi-lagi kalau nampak butik Anakku. Itu je pun butik baby yang ada di Perlis. So, itu je yang sering erna kunjungi sepanjang mengandungkan iman. No wonder juga..barang-barang iman kebanyakkan made in Anakku. Ok berbalik pada cerita Parenthood Expo. Kami gerak awal pagi. Malam tu erna tidur lewat. Tapi, excited punya pasal..awal erna bangun =)
Sampai tu orang dah penuh. Beratur bukan main panjang. Kalau ikut asz yang dah biasa pergi expo ni..dia cakap tak payah la beratur panjang-panjang. Sebab nak dapatkan goodie bag je. Erna pun malas nak beratur panjang tu. Dah la tak withdraw duit lagi. Debit card yang ada, cip macam rosak. Kadang tu ada mesin yang tak boleh nak detect. Mujurlah sue ada. Mula sue bagi seratus. Jalan-jalan tak cukup, sue tambah lagi seratus. Jalan-jalan lagi tak cukup, sue terus cakap.."ko amik ni. Cukupkan lima ratus. Senang. Ko nak shopping pun senang.." Yuhuuu laju je la amik duit tu. Tapi, balik dari expo, memang terus singgah maybank pulangkan duit sue. Terima kasih sue. bila dah balik rumah..erna fikir-fikir semula, erna shopping mengalahkan mak-mak yang nak dapat anak. Banyak woo berabis haritu. Bukan main susah nak dapatkan duit. Kejap je boleh habiskan. Apapun, apa yang erna beli masa expo haritu, semuanya berguna. Tapi ada jugak yang mengikut nafsu!

Rasanya semua yang pergi expo kat mv akan tau mainan dalam gambar kat atas ni. Inilah mainan yang pakai spring dan melompat-lompat kat booth. 1patung harga RM25. Kalau beli 4patung haiwan ni, RM75. Ini mengikut nafsu excited nampak patung tu melompat-lompat. Erna belikan 4patung untuk iman. Malangnya bila sampai rumah..iman sikit pun tak excited macam ummi die masa 1st time nampak patung ni melompat-lompat kat booth. Ummi frust iman tak excited. Padan muka ummi beli 4patung konon nak bilik iman macam zoo nanti..
Terbalik la pulak pic ni lepas upload. Takpelah..cuma nak update sekarang ni iman minum guna botol MAM dan iman boleh jugak guna botol ebm. Kalau guna botol biasa, iman akan guna puting botol yang leper macam puting MAM tapi puting brand Anakku. Botol MAM iman yang 1st, erna beli kat baby cottage harga RM33.90. Masa expo, botol MAM ni dapat harga RM26 sahaja. Murahkan? Erna belikan jugak puting kosong untuk iman. Promoter tu cakap puting tu lembut dan baby suka. Harga puting kosong RM29 dan lepas diskaun harga RM23. Ummi dapat berjimat di booth MAM ^__^
Ini pulak hasil tangkapan untuk kegunaan ummi. Semuanya nursing attire. Sekarang ni ummi tengah mengumpul baju-baju nursing. Kalau bukan nursing pun, baju yang berbutang dibahagian tengah. 2helai blouse yang warna coklat dan warna hijau kelabu tu erna beli di booth Autumz. Erna pernah beli sehelai blouse Autumz dan harga masa beli tu RM59.90. Haritu beli kat booth Autumz harga sehelai RM48 je. So, erna beli 2helai. Tak banyak design yang dorang bawak kat booth. Storage plastic banyaklah..harga sekotak RM9 je untuk 7oz atau 12oz ada 25pcs. Murahkan? Tapi erna tak beli pun..Erna beli blouse je kat booth Autumz. Lagi 2helai tu, beli di booth Mumdreams. Warna biru tu, Jubah..nursing style la..Harga RM132 kalau tak silap erna. Sebelah tu, t-shirt nursing Harga RM67. Kalau di booth Mumdreams, beli sehelai diskaun 10%. Beli 2helai diskaun 15% untuk setiap helai yang kita beli. Kalau beli 3helai, kita akan dapat free sehelai. Jimatkan? Tapi, kalau nak beli 3helai..bawak suami pergi butik la. Baru penjimatan berganda. hehehe..So,kesimpulannya erna dapat beli 4helai nursing attire ^__^
Booth yang paling mencabar nak masuk, booth Pureen. Orang berasak-asak masuk booth Pureen ni. Erna dan mak buyungs asz dan sue pun berasak-asak jugak. Lupa nak bagitahu, kami bukan bertiga je..cik diela pun ikut join sama. nasib baik diela ikut. Diela tolong angkatkan barang-barang kami jugak. Rasanya diela tolong angkat barang erna dan sue. mak buyung asz gigih angkat barang-barang dia sendiri. Dengan baby dalam perut lagi..sungguh gigih :) Keluar je dari booth Pureen terus rasa nak mampu nak berjalan. Berat angkat sabun-sabun dan wet tissue tu. Harga sabun tu murah la pada erna. 2paket RM22 je. Erna beli yang refiil pack sebab botol dah ada. Beli 4pack terus. Wet tissue tu memang sangat berguna pada erna. Sebab iman memang guna wet tissue setiap kali tukar pampers. Erna akan lap-lap dulu sebelum cuci bersih-bersih. Kotak Fiffy tu pulak, erna beli storage plastic. Harga sekotak RM15. Erna pernah beli kat Tesco Puchong, harga sekotak RM20. So, erna rasa jimat dan terus beli 2kotak. Erna suka jenis plastik storage Fiffy :)
Ini adalah target sebenar erna ke expo haritu. Erna nak carik carrier untuk iman. Alhamdulillah jumpa pun carrier ni. Ini namanya Ring Sling (rs). Rasa ramai dah tahu..tapi kalau yang budak baru belajar macam erna, ini adalah carrier jenis sling ye kawan-kawan :) Masa ni, erna bergambar dalam pukul7mlm. Masa tu nak berbuka..kami berbuka kat luar dengan ibu dan ayah. Iman tidur dalam rs dari pukul7 sampailah kami nak balik lepas habis makan berbuka. Kira-kira hampir 1jam iman tidur lena dalam tu. Terjaga sekali sebab nak minum susu. Lepas tu tidur semula. Erna masih belajar nak membiasakan diri pakai ni. Kami saling belajar nak menyesuaikan diri. Nanti erna buat entry khas untuk rs ye. Ring Sling erna brand SURI. Harga asal RM168. After diskaun dapat RM144. Penjimatan :)
Cik Diela yang banyak membantu angkat. TQ cik diela ^_^
Asz, me and sue
Dengan hasil yang mempokaikan daku dalam masa 4jam! huh
Haha..kalau ada next year meh la pergi lagi..hahaha.Banyak penjimatan kan kalau pergi expo? :)
ReplyDeleteahahha..klu nk pegi next expo, aku nak kena simpan duit dari sekarang.pastu nak bawak troli siap2 nanti =)
Deletewah..sakan shoppingg..
ReplyDeletebukan sakan soping..sakan menghabiskan duit :P
Deletebest kan pergi ekspo2 mcm ni..mas kl masuk bole jd rambang mata x hengat punyer..bli stock brg ank2..hehe..tp yg kali ni syg x pergi..x prsn date dia..huuu..
ReplyDeletememang best. tapi cepat pokai la..simpan duit lama. nak habiskan kejap je.huhuhu
Delete