Persediaan Hari Raya Istimewa

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Banyak sangat nak dikongsikan disini. Selalu tertangguh-tangguh. Tulis separuh, iman dah bunyi. Tulis separuh, kering idea. Tulis separuh, mata mengantuk. Macam-macam la ummi iman ni. Rasa rugi sangat sebab terlepas banyak peluang nak catatkan perjalan indah hidup disini. Indah ke..pahit ke..itu semua dari ALLAH. Sebagai hamba, kena selalu fikir yang positif agar yang negetif tu pergi jauh-jauh. Lagi beberapa hari je nak raya. Ini bukanlah raya pertama bergelar isteri. Menariknya, ini adalah raya pertama bergelar ummi ^____^ Alhamdulillah..indah betul aturan ALLAH. Sebenarnya tahun lepas pun dah bergelar ummi sebab erna dinikahkan seminggu sebelum puasa. Tahun lepas puasa full sebab baru 2minggu kami nikah..erna disahkan hamil. Orang cakap bunting pelamin. Alhamdulillah rezeki. Memang tak merancang untuk tidak mahukan anak..dan tidak jugak merancang nak anak cepat. Memang terkejut masa disahkan hamil. Rasa macam tak percaya. Sebab ada antara sahabat dan kaum keluarga yang lambat dapat cahaya mata. Syukur...ALLAH amanahkan iman bersebab. Bukan saja-saja. Bersebab untuk kami saling mencintai. 

Raya tahun lepas, suami mengalah beraya bersama keluarga erna. Sebenarnya bukanlah suami mengalah. Arwah papa mertua yang tak galak erna beraya dengan keluarga mertua. Sebab masa tu baru je hamil. Bahaya kalau nak berjalan jauh ke kelantan balik kampung mama. Famili erna beraya kat puchong je tahun lalu. Kalau mengikut giliran..tahun lepas beraya dengan keluarga erna, tahun ni erna kenalah ikut suami pula. Kami akan beraya di kelantan tahun ni. Plan untuk raya tahun ni, pagi  akan solat raya di Puchong. Balik solat, melawat kubur arwah papa. Balik dari kubur bersiap-siap untuk pulang ke kampung mama mertua di kelantan. Erna tak risau sangat nak balik kampung jauh bawak iman. Sebab kami akan naik flight dan perjalanan dalam 1jam sahaja. Iman dah makin besar. Makin banyak telatah yang kadang tu ummi pun sukar nak kawal. Anak bijak..baby semua bijak. Memang perlukan kesabaran dan perlu pandai handle.

Tahun ni, masih tak sempat nak beraya di rumah sendiri. Kalau kawan nak datang beraya, boleh datang rumah ibu atau mertua. Suami cakap, "bagitahu kawan-kawan, rumah tak siap set up lagi. Nanti dah siap set up rumah, jemput datang rumah ramai-ramai.." Tak mengapalah suami. Walaupun isteri selalu jugak tanya-tanya bila nak masuk rumah, tapi isteri taklah mendesak. Risau jugak isteri nak mengurus rumah dan iman dalam masa yang sama nanti. Sekarang ni, masih ok dalam mengurus iman sebab berpindah randah rumah ibu dan rumah mertua. InsyaAllah tahun depan bolehlah kawan-kawan datang rumah. Tak perlu tunggu raya pun..kalau nak datang nanti, jemputlah..pintu terbuka luas. Walaupun pintu umah kami nanti bukanlah seluas pintu banglo yang besar tu..tapi itulah bakal syurga dunia kami sekeluarga. Ummi, babah dan iman penghuni rumah kecil itu nanti. 

Disebabkan belum ada rumah sendiri lagi, maka persiapan raya kami suami isteri lebih tertumpu kepada si kecik Iman Zikir. Erna pun excited jugak nak sediakan kelengkapan raya untuk iman. Tapi, babah lebih over excited! Alhamdulillah..semua kelengkapan raya untuk iman dah sattle. Erna ada jugak cakap dengan suami..sekarang ni anak baru seorang. Bolehlah berbudget dan berhabis sebanyak ini. Nanti kalau dah anak 2,3orang takkan nak habiskan sebulan gaji untuk kelengkapan anak-anak je. Erna sendiri banyak kali cakap kat iman..'ummi kecik-kecik tak merasa pun macam apa yang iman rasa sekarang ni..seronok betul iman..jangan lupa jasa ummi babah ye..' Dalam semua benda yang babah belikan untuk iman, paling..ummi suka, baju melayu raya yang sangat...comel untuk iman. Pencarian berakhir bila jumpa baju melayu kecik yang bersesuaian dengan saiz iman. Cuma seluar labuh sikit dan tangan baju pun labuh. Esok nak hantar kedai alter sikit baju melayu iman. 

Betul orang cakap..persediaan nak dapat anak, lebih best dan lebih excited berbanding persiapan nak kahwin. Lagi-lagi erna memang tak merancang apa-apa untuk perkahwinan kami. Lagi1, bila dah ada anak..persiapan tu lebih tertumpu pada anak. Kami suami isteri belum beli apa-apa untuk raya. Erna? sehelai baju pun tak ada lagi. Plan, erna nak ajak suami ke butik Mum Dreams kat Shah Alam sebab butik tu je satu-satunya yang erna tahu ada jual baju kurung dan jubah penyusuan. Nak tempah, memang mustahil la kan..nak beli online, takut tak sempat sampai pulak. Kesudahannya, erna memang target nak ajak suami ke situ. Erna dah tengok dan dah pilih mana yang berkenan. Tengok kat website butik tu. Harap corak dan jenis yang erna nak, ada nanti dan fit dengan badan erna. Sejak dah ada iman, nak beli baju sendiri pun iman menjadi keutamaan. Bukan tak teringin nak beli baju berfesyen-fesyen. Tapi, erna lebih consider beli nursing attire. Mudah untuk menyusukan iman kat mana-mana pun dan bila-bila masa. Kalau tak dapat nursng attire, baju erna mesti berbutang didepan.

Alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan ni, bisness kecil-kecilan erna berjalan lancar. Rezeki pun sentiasa melimpah ruah. Syukur..sangat. OhShawl akan bercuti seminggu. Lepas tu, erna akan mula fokus semula nak update item-item best. 

Iman pandang awek mana tu? babah pulak pandang awek yang tengah snap picture ni (ummi lew awek yang babah pandang tu )

Ummi kepenatan shopping untuk iman.

Banyak diskaun time nak raya ni. 10%, 20%, 50%..diskaun itu jugak dah banyak habiskan duit ^__^

Teaser iman berbaju raya. Ini belum complete dengan sampin, songkok dan kasut raya. 
Sudah besar anak ummi ^__^

#Jumpa next entry 

Share this:

CONVERSATION

9 comments:

  1. ensem laa iman..
    nnt jangan lupa dtg umah aunty nanad k..
    new home kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie Nanad..i pun nk dtg jugakk..haha

      Delete
    2. dlm pantang mn boleh dtg.hehehe

      Delete
  2. Semalam ada pergi jusco tengok baju melayu kecik2 tu..comel sangat! Iman dah makin besar makin comel n semangat! Geramnye nk picit2 pipi. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang belinkat jusco pun.bukan main susah nak dapatkan baju melayu kecik.insyaallah tahun depan baby AK ko dah dekat setahun.senang nak dapat baju melayu raya :)

      Delete
  3. comelnye!!! ciman belum dpt lagi baju raya. susah betul nak dapat size kecik gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul wawa.memang susah pun.ini pun bernasib baik je ni

      Delete
  4. alohhh comelnye die pki baju raya... selamat ari raya..

    ReplyDelete