Officially Ummi to Little Iman
Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Alhamdulillah..erna telah selamat melahirkan seorang putera, buah cinta pertama yang ditunggu-tunggu kelahirannya ke dunia secara normal. InsyaAllah erna akan cuba cari masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman indah melahirkan satu nyawa ke dunia. Semoga pengalaman berharga yang tidak ternilai ini akan di kenang hingga hujung nyawa dan untuk tatapan Iman bila dewasa nanti.
Erna kini masih berada di Royale Hotel,Alor Setar. Berpantang disini bersama keluarga erna, keluarga mertua dan suami. Iman di transfer dari Putra Medical Center,Alor Setar ke Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar kerana ada jangkitan pada paru-paru. Iman di tempatkan di wad NICU. InsyaAllah selepas iman keluar dari wad,erna akan pulang berpantang di perlis.
Untuk lebih cerita, erna akan update kemudian..
Doakan iman segera sembuh T____________T
ok2..erna nak keluar melawat iman ni. jumpa lagi
Congratz dear...semoga dpt susukan bb dgn jayanya...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAmin..insyaAllah..doakan ye agar segala urusan d permudahkan Allah.
ReplyDelete