Cara Mulakan Intermittent Fasting IF

Intermittent Fasting Bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Sebenarnya masih ramai yang salah faham mengenai intermittent fasting atau lebih dikenali sebagai IF. Intermittent fasting ni bukanlah satu kumpulan diet macam Atkins, Keto, Diet Kalori. Tetapi ia lebih kepada pengurusan jadual waktu makan yang lebih teratur. Kalau nak turunkan berat badan amat disarankan guna cara ini. 

Selain menurunkan berat badan, banyak lagi manfaat Jika anda memilih pemakanan secara intermittent fasting IF. Anda boleh rujuk gambar dibawah.. 

Erna pernah buat Intermittent Fasting secara serius lebih kurang sebulan ke dua bulan. Tak rasa terbeban pun bila buat IF sebab Erna makan semua makanan macam biasa. Termasuklah fast food dan dessert. Tapi in moderate portion lah. Walaupun makan macam biasa, erna tetap jaga waktu pemakanan mengikut window fasting yang erna sendiri dah set kan. 

Erna biasa follow time window fasting yang ini. Perut erna selesa yang ini. Mari teruskan pembacaan... 

Okeylah..dalam Entri kali ini Erna nak cerita secara santai dalam bahasa yang paling mudah faham untuk anda yang berhasrat nak mulakan intermittent fasting dan tak pernah buat IF. Tapi kan..sebenarnya intermittent fasting ni bukanlah sesuatu yang sukar bagi orang Islam sebab kita telah dilatih berpuasa sejak kecil dibulan Ramadhan. 

Apa itu intermittent fasting? 

Intermittent fasting adalah satu cara diet (pemakanan) mengikut waktu yang ditetapkan. Ada jadual penggiliran waktu makan (window fasting) dan waktu dilarang makan (open window) 

Intermittent Fsting Untuk Pemula (Begginer) 

Bagi seorang pemula intermittent fasting bolehlah buat dalam nisbah 12 : 12 iaitu 12 jam berpuasa close window dan 12 jam lagi boleh makan seperti biasa open window. 

Selepas anda dah selesa berpuasa 12 : 12 dengan intermittent fasting anda boleh mula menambah waktu kepada 16 : 8. Iaitu 16jam berpuasa dan 8jam makan. Seterusnya Boleh tambahkan lagi waktu puasa kepada 18 : 6, 20 : 4,  23 : 1. 

Perlu ke bersenam bila mengamalkan Intermittent Fasting? 

Sebaiknya melakukan senaman dan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Tumpukan kepada senaman yang berkaitan stamina dan cardio.

Apakah menu yang sesuai bagi seorang pemula (beginner) intermittent fasting?

Tiada menu yang ditetapkan untuk anda yang ingin mulakan intermittent fasting. Sebab tu ramai yang enjoy dengan pemilihan diet intermittent fasting ni. Tetapi untuk dapatkan hasil yang lebih baik,  adalah disarankan untuk makan makanan yang sihat (real food) dengan portion yang betul iaitu suku-suku separuh. Separuh sayur, suku protein, suku karbo. Elak makan junk food. Usaha cut sugar atau minima pengambilan gula. Kawal garam dan perasa. All in moderate way. 

Kalau lapar waktu close Window fasting macam mana? 

Dalam waktu window fasting iaitu waktu berpuasa kita boleh minum teh kosong atau kopi kosong tanpa gula untuk mengelakkan rasa lapar.

Tips lain jika lapar masa Intermittent Fasting ialah anda perlu minum air kosong dan sibukkan diri dengan pelbagai kerja. Lama kelamaan otak akan terima signal yang perut sebenarnya bukan lapar.

Jika anda masih tidak yakin untuk memulakan intermittent fasting, anda boleh baca satu kajian yang berkaitan intermittent fasting yang sampai dapat nobel prize tau. Memang Kita semua patut buat intermittent fasting IF sekarang. Jadikan ia gaya hidup kita. 

Jika ada sebarang pertanyaan boleh komen insya-allah nanti erna akan reply. Kita jumpa next entry erna akan kongsikan perjalanan IF erna. Jaga diri ya! 

Share this:

, , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment