Hutang Entry
Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
Ini adalah entry pantas memecut sebab kekangan masa. Iyelah..pertama kali kena berkomitmen 8jam terikat dengan aturan di tempat kerja. Menaip entry ini sambil pam susu sesi pertama harini. Susu yang akan dibekalkan kepada iman setiap hari sepanjang bekerja ni ialah susu fresh + ebm (express breast milk). Syukur pam Ameda memberikan kerjasama yang sangat baik. Terima kasih Ameda. Kalau ada rezeki lebih lagi nak bertukar ke free style, jasa mu takkan ku lupa.
Owh ya..tak boleh cerita panjang dalam entry ni. Hutang entry adalah seperti berikut..erna cuba pecut bayar hutang hujung minggu ni. InsyaAllah
1- Review tentang Majlis Aqiqah & Kenduri Kesyukuran yang berlangsung hujung minggu lalu. 15 September 2012.
2- Reunion bersama sahabat sekolah rendah dan cikgu yang erna admire sejak kecil lagi di Bangsar.
3- Hari pertama bekerjaya.
4- Pertama Kali Iman jatuh sakit T___T
Botol tak penuh lagi. Tapi takpelah..tadi tengah menaip entry ni sempatla jugak ibu mintak 3oz susu untuk Iman minum sekarang juga. Nak siap-siap ke tempat kerja. Happy working mom's. Walaupun baby tengah sakit,semangat mesti kuat! T_______T
xper erna..slow2 ehh..hihi.. best tak keje??
ReplyDeletealhamdulillah. ok. cuma 2 je masalah erna yang baru mula bekerja ni..setiap hari mata akan rasa sangat mengantuk. huhuhu..awal-awal keje kan..mana bz lagi.nanti mesti x sempat nak mengantuk :P
Deletesuke sgt banner aqiqah tu...selalu tgk banner org kawen je...hihi...
ReplyDeletehehehe..itulah iman kecik-kecik dah ada bunting muka sendiri :)
Deletebest sempat prepare untuk majlis akikah.. lin dlu tak sempat. Pas pantang cepat2 nak buat sbb xde cuti lagi... :(
ReplyDeletealhamdulillah..walaupun tak semua yang di rancang menjadi. tapi dah usaha sehabis baik untuk majlis ni.
Deletesaya dulu mase first baby, tak buat pon majlis aqiqah...skdr laksanakan je aqiqah tu...takde majlis2...faktor kekangan masa...tp insya-Allah untuk baby yg kedua ni (skrg tgh preggy 6 months) sy plan nak buat majlis aqiqah...sebagai ibu, nak merasa juga buat majlis aqiqah utk anak.. :)
ReplyDeleteiyelah..erna beriya merancang ni sebab erna x penah pun ada majlis meriah-meriah macam Majlis Aqiqah iman baru-baru ni. Kahwin erna dulu pun biasa-biasa sahaja.. puas hati mampu buat semua ni untuk anak sendiri :) alhamdulillah.. nanti boleh baca review erna tentang majlis aqiqah ni. ada yang boleh di kongsi bersama :)
Deletexpe slow2 wat entri..xperlu kelam kabut..hehe..comelnya erna :)
ReplyDeletebukan apa. kalau lambat nanti, basi pulak. daya ingatan pada apa yang di kongsi pun takut lupa je nanti. hehehe
Delete