RESEPI BAYI: Makaroni Sup
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Ini bukan entry cobaan untuk anda yang berpuasa. Ini entry perkongsian untuk mommy yang dah buntu tak tahu nak masakkan apa untuk anak-anak. Pada satu tahap..iman pun dah jemu makan bubur nasi. Walaupun resepi di olah macam mana pun..ada masa dan ketika iman mula jemu. Samalah macam kita kan..hari-hari makan nasi, walaupun bertukar lauk, kita pun akan jemu. Jadi, erna buatkan iman makaroni sup.
Bahan-bahan: (8bulan keatas sebab masakan ini ditumis)
1 genggam makaroni di rebus (genggaman tangan ummi yang comel)
Isi Ayam (potong kecil)
Bawang Holland/Merah & Bawang Putih (Cincang)
Halia
Minyak Zaitun (Untuk menumis)
1 Sup Bunjut
Daun sup (cincang)
Cara-Cara
Rebus makaroni hingga kembang, angkat dan toskan.
Tumiskan Bawang Holland/Merah & Bawang Putih (Cincang), Halia.
Tumis menggunakan minyak zaitun.
Masukkan sup bunjut,
Masukkan air biar hingga mendidih.
Ambil mangkuk dan masukkan makaroni yang telah di tos tadi.
Masukkan sup dalam magkuk yang sama.
Tabur daun sup.
Siap =)
p/s: tumis menumis untuk bayi 8bulan ke atas. Boleh juga masukkan carrot, kentang, celery atau apa sahaja sayuran yang bersesuaian. Tapi, sebab kat rumah tak ada apa..tabur daun sup je. Iman makan licin juga semangkuk. TQ sayang..
Makaroni sup belum tabur daun sup dah ambil gambar.
Alhamdulillah..iman kenyang dan suka.
JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,
Dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli melalui pembelian daripada erna. Konsultasi PERCUMA & TIPS EXCLUSIVE untuk anda. COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda di seluruh Malaysia , Singapura, Brunei, Indonesia ^_____^
ni org dewasa pun boleh makan kan hehe
ReplyDeleteHehe.boleh saja..cuma iman punya non ado garam.so kita ubah sikit la resepi ni nanti.
DeleteErna..anak akk dh nk masuk 9 bulan..tp makan semua nak blend..camne ek nk ng makan bnda ni..sbb akk pnh buat bubur nasi yg sampai hancur tu dia makan mcm.nak muntah..huhu
ReplyDeletedulu iman awal-awal kenal solid food erna blend halus juga. masa baru makan puree. plan plan erna buat separa blend dan skrg still bg yg lembut cuma x halus. mcm makaroni ni..erna akan patahkan sikit. bukan la bagi iman makan seketul terus.
Deleteso kena plan-plan introduce :)
Bgusnye iman mkn byk..ammar mkn sikit sgt cmne nk besar ni..berak pn jarang..
ReplyDeleteiman mkn byk tp bertabah la ummi dia nak suapkan makan :) suka sgt dia makan dan jalan sana sini :)
Deletesinggah cni
ReplyDeletehi izan :) tq singgah..nanti saya singgah pula ye :)
Deletemenu sedap, tu yang licin tu =)
ReplyDeletenanti nk try mcm ni plak dkt aniys... xpernah try lg macaroni..selalu beli yg heinz bentuk star tu..tp skrg dh susah plak nk jumpa.. yang tu senang..xpyh potong :)
ReplyDeletenak try resepi untuk anak bongsu saya nanti..tq kongsi resepi ni ya erna
ReplyDelete