Set Penjagaan Wajah Enfuselle Shaklee

Set Penjagaan Wajah Enfuselle Shaklee

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

Ramai yang pm erna berhasrat nak beli NutriWhite Shaklee. Mereka yang pm ni ada yang jenis kulit muka normal dan ada juga yang jenis kulit sensitif bermasalah. Jadi, untuk anda yang memiliki kulit jenis berjerawat, muka berminyak, kulit terlalu kering, jangan sedih jangan susah hati walaupun erna tak sarankan anda pakai Set Nutriwhite Shaklee, tapi ada set penjagaan wajah yang khas untuk anda. Erna akan sarankan anda untuk beli Set Enfuselle Shaklee. 



Set Penjagaan Wajah Enfuselle Shaklee terbahagi kepada 2 kategori: 


Normal To Dry Skin 

Hydrating Cleansing Lotion
Hydrating Toner
Hydrating Moisturizer
Eye Treatment 

Normal To Oily Skin 

Purifying Cleansing Gel
Purifying Toner
Balancing Moisturizer


NORMAL TO DRY SKIN 

Set ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif. Rangkaian ini terdiri daripada:


HYDRATING CLEANSING LOTION 

Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit. Kaya dengan Emolien serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri. Mencerahkan tona kulit. pH yang seimbang. Hipo-alergenik 


HYDRATING TONER 

Meneutralkan tindak balas yang boleh merosakkan kulit. Terbukti secara klinikal.Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip. pH yang seimbang. Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, mencuci dan melembut dengan ekstrak witch hazel dan kamomil. 


HYDRATING MOISTURIZER 

Melembapkan kulit sehingga 24 jam. Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta 


EYE TREATMENT 

Garis-garis halis dan kedutan tidak lagi ketara. Mengurangkan kemunculan garis-garis halus, kedutan dan menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus. 

Terbukti secara klinikal: 

233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 2 minggu.
120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa 2 minggu.
209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa 8 minggu.
32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa 8 minggu. 


- Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu. 
- Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekitar mata. 
- Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut.Hipo-alergenik. 
- Diakui oleh pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakaian kanta lekap. 


NORMAL TO OILY SKIN

Set ini sesuai untuk kulit berminyak, sensitif dan berjerawat. Ianya terdiri daripada: 



PURIFYING CLEANSING GEL 

Gel berbuih bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan. Bahan-bahan khas serta tambahan vitamin E menjadikan kulit segar dan lembut. Mencerahkan tona kulit. pH yang seimbang. Hipo-alergenik. 


PURIFYING TONER 

Dengan 3 tindakan untuk menghentikan kerosakan pro-oksida. Ia meransang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle. Terbukti secara klinikal.meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi air paip. pH yang seimbang. Menyegarkan dan memperhaluskan kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel. Meminimunkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit.Membantu mengawal kulit berminyak. Hipo-alergenik 


BALANCING MOISTURIZER 

Formula ringkas untuk menyuburkan dan melembapkan kulit. Tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Ia bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah halus serta tidak berkilat. 

Terbukti secara klinikal: 

146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari.
268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari.
173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari.

Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit. 
Hipo-alergenik 


Jika anda was-was / tidak pasti set yang mana sesuai untuk kulit anda, anda boleh hubungi erna dan erna akan beri cadangan yang terbaik untuk kulit anda. Jangan kita biasakan diri beli produk yang  belum tentu kualitinya. Enfuselle Shaklee adalah produk penjagaan wajah yang terbukti selamat, semulajadi dan berkesan.


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 30%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;



Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment