Iman 3 tahun 7 bulan 3 hari

Perkembangan Anak 3 Tahun | Assalammualaikum...baca tajuk sure dah boleh agak apa yang bakal erna coretkan dalam entry kalini. 

Lamaaaa sangat-sangat rasanya erna tak kongsi cerita anak-anak dalam blog kesayangan erna ni. Bukan tak nak cerita. Nak sangat-sangat. Kalau check draf blog ni, berpuluh-puluh draf. Semuanya tak sempat nak habiskan. Kebanyakan entry yang masuk draf tu baru tulis 2 3 perenggan. Ada yang baru intro tajuk dah kena stop menulis. Biasalah anak dah dua orang kan. Bukan single mingle banyak masa terluang. Mak mak sungguh T__T hihihi

Bercerita tentang anak syurga, buah cinta pertama kami suami isteri, nyawa dan kebahagian kedua belah keluarga kami..Muhammad Iman Zikir, esok genap usianya 3 tahun 7 bulan. Allah...kejap masa berlalu. Rasa macam baru je mengandungkan iman. Duduk di Perlis sepanjang kehamilan. Tup tup sekarang Iman dah nak dekat usia 4 tahun. Bila Iman Zikir kesayangan ummi dah nak masuk 4 tahun, ummi pun makin berusia T___T ** tak apa anak ada 4 5 orang pun, asalkan ummi maintain nampak muda macam anak sorang. hihihi perasan

Perkembangan terkini, **erna buat dalam point form lah ye sebab macam berjela-jela je nak senaraikan ni. Maklumlah lama tak update pasal anak dalam blog ni.

  • Free Diapers
Alhamdulillah syukur...Iman Zikir sekarang ni boleh dikatakan 90% Free Diapers. Lagi 10% tu tak berjaya sepenuhnya sebab malam, kalau iman dah tidur..erna akan pakaikan diapers pants. Selagi iman tak tidur, erna tak pakaikan. Sebelum tidur, erna akan ajak iman ke toilet dulu. kencing.

  •  Percakapan Lancar
Alhamdulillah syukur Ya Allah...Iman Zikir tiada masalah pertuturan. Pertuturan iman lancar dan jelas. Pada usia iman sekarang ni kalau ummi bawa jumpa paed dan paed tanya berapa patah iman boleh cakap..ummi gelak-gelak je akan jawab, tidak terbilang doktor (^___^) hahaha...sebabnya iman ni mudah sangat ikut apa yang orang sekeliling dia cakap. Sebab tu erna selalu pesan pada diri sendiri dan suami agar kami kena sentiasa jaga pertuturan kami. Iman mudah dan pantas sangat ikut! Bahaya betul bab ini...

  • Sayang Adik (Taqwa Ammara)
Macam mana ek nak cakap...sayang tu memang iman sayang. Bukti iman sayang adik...kalau ada sesiapa yang usik nak ambil Taqwa, si adik ni laju je bye bye. Siap pakej flying kiss lagi. hihihi Tapi abang iman akan nangis-nangis tarik baju ummi, tolak ummi, suruh ambil semula Taqwa dari dukungan orang lain. 

Nak cakap tak sayang pula...iman suka betul menyakat adik dia. Berebut mainan dengan Taqwa. Tak nak mengalah dengan Taqwa. Semua mainan dia, tak nak bagi taqwa. Semua mainan Taqwa dia nak konker sorang dia. Haaaa bab ni ummi masih tak dapat nak troubleshoot lagi sepenuhnya. Kadang tu kalau guna psykologi cakap baik-baik menjadi juga. Tapi kalau bernasib baik lah menjadi. Kalau tak...most of the time memang tak jadi T___T ummi belum cukup power. Banyak lagi ni nak baiki bab bab anak tak nak bertolak ansur ni.

  • Pendidikan
Sejujurnya walaupun erna seorang suri rumah tetapi bukanlah erna duduk rumah 100% menjaga anak sahaja. Erna juga bekerja. Tetapi bekerja dari rumah. Kebanyakan pendidikan yang iman terima sekarang ni adalah pendidikan tidak formal. Sambil bagi arahan, erna akan perkenalkan warna, bentuk, sebut jelas-jelas apa yang erna nak Iman buat. Cuma erna rasa macam tak balance english dan bahasa malayu.

Contohnya bentuk bentuk iman sebut in english. Bila erna sebut petak atau segi empat, iman mula la confuse. Circle, oval, ini dia tahu.

Contoh lain, warna. Ini ok. Alhamdulillah...sometimes iman akan cakap "this is yellow". sometimes dia cakap..."kuning la ummi". For me, alhamdulillah...ok. Atleast iman dah kenal warna / colour.

Contoh lain, 123, ABC, ini ok. 

Membaca pula masih di fasa awal. Baru mula buku 1. Itupun tak boleh nak move on sebab iman macam tak 100% get ready untuk membaca. **ini salah ummi. sebab tak baca buku depan anak. baca apa-apa semua depan laptop. so...anak assume ummi pun tak baca buku, kenapa aku kena baca buku. T____T padan muka ummi 

Alhamdulillah...dah boleh baca beberapa doa harian. Contoh doa makan, doa tidur, wirid nak tidur. *atok hari-hari pesan cepat-cepat ajar kenal huruf jawi dan mengaji juga. 

InshaAllah...kami suami isteri dah berbincang dan buat keputusan untuk hantar iman ke pre-school next year. Play School iman dengan Genius Baby On Board tu lain hujung minggu. Ini kami decide untuk hantar ke pre-school harian.

  • Makan
Erna yakin ramai mak-mak dalam dilema macam erna juga. Iman memang ada masalah nak makan. Memilih dan perlu dipaksa. Actually bukanlah memilih sangat. Tetapi bukan semua lauk iman suka makan. Masa baby, macam-macam ummi masak dan bagi makan..semua iman makan. Tapi sejak dah besar-besar ni..sayur tak nak. Kadang tu nak makan nasi dan telur sahaja. Tak nak ayam. Tak nak ikan. Ada masanya nak telur sahaja. Nak ayam sahaja. Nak makan roti sahaja. Roti pulak nak sapu kaya. Tak nak makan tepi-tepi kulit roti. Kalau babah sapu roti dan kaya, iman cakap taknak kulit. Kalau ummi buatkan roti sapu kaya, boleh pulak dia habiskan kulit-kulit tepi roti semua. Saja je iman ni.... Ummi marah kalau tak makan kulit tepi roti sebab tu rezeki juga. Kenapa nak buang?  

  • Kesihatan
Alhamdulillah...syukur. Iman lama tak jatuh sakit. Kalau tak sihat macam selesema ke batuk ke demam ke, rasanya dalam 2hari dah baik. Tak sempat nak demam dan jatuh sakit lama-lama. Alhamdulillah...erna yakin antibody iman kuat. Iman memang akan makan Omega Guard Shaklee setiap hari. Kalau erna lupa nak bagi iman makan, iman sendiri akan minta dan ingatkan erna. Bijak!

  • Makanan tambahan / supplement / makanan sunnah
Rutin harian wajib iman akan makan Omega Guard Shaklee. Ada berlambak minyak ikan dipasaran tetapi erna yakin akan ketulenan minyak ikan Shaklee. Anda yang bagi anak makan minyak ikan tidka kisah dalam bentuk capsul ataupun cecair, anda WAJIB tahu sejauh mana ketulenan minyak ikan yang anda berikan kepada anak. Adakah benar minyak ikan ataupun lemak ikan semata. Kaji tau..jangan tak kaji. Sila ambil tahu =)

Selain itu dalam seminggu 2-3x erna bagi makan Nutriferon. Ini bantu untuk tingkatkan lagi imun sistem badan iman. Kismis pun ada bagi juga. Habbatussauda gaul dalam makanan. Sup atau nasi. Tapi sekarang susah nak tambah dalam makanan sebab makan sedikit memilih.




shaklee puchong

Erna adalah Pengedar Sah Shaklee. Jika nak beli apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi erna segera. Ready Stock. COD area Puchong.


Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri

Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment