Sifat Zahir Isteri Kuat Melawan? - Ustaz Don



Isteri/Wanita secara zahir memang ada sifat melawan. Walaupun kita kata isteri kita jenis baik/membisu/ikut arahan tapi percayalah kalau abang boleh dengar hati dia...dan dan tu dia dah sebuku mencarut dekat abang. Sebab apa? itulah zahir wanita. Dia rasa diri dia perlu dihargai jadi kalau lain sikit dari apa yang dia rasa, dia lawan lah.

Jenis melawan ni ikut peringkat umur dan juga peribadi. Kalau yang muda melawan lain dari yang berumur. Kalau yang surirumah lain melawan dari yang kerja jururawat. Kalau yang ada bisnes sendiri lain lawan dia dari yang makan gaji.

Suami/lelaki lumrah dia mendidik. Tak sudah kerja didik ni tuan puan. Walaupun dapat isteri yang kuat agama sekalipun, kalau datang pada hal hal peringkat rumah tangga ni, suami kena juga turun padang untuk mendidik. Dia banyak ilmu pun, kena pada mood dia...tak bertegur juga kita satu malam. Maknanya? lumrah isteri/wanita ni melawan.

Jadi kalau lelaki sebelum kahwin dah kuat betul demand tak mahu isteri yang tak melawan, nak yang dengar kata alasan konon hantaran dah mahal sungguh jadi wajib dengar kata, sedap lagilah lelaki ni kahwin dengan pokok. Senyap ontok ontok tak berbunyik.

Saya ada juga tanya Ustaz Don, kot kot lah Ustaz ni lain sikit dia punya cara melayan isteri. Kot kot ada tips atau doa. Ustaz don jawab apa, "Samaaaaa jaaa mana mana pun wan"

Bila ustaz yang ilmu dia pun lagi jauh dari saya dah kata begitu, maknanya apa? Lumrah lah! Ustaz sambung bagi satu kisah zaman nabi. Masa zaman nabi kita dulu pun, Aisyah kuat juga rebel. Kuat cemburu dan kuat merajuk. Kata ustaz lah. Banyak kesah Aisyah yang menceritakan dia merajuk dan rebel.

Apa ustaz don cakap?

"Sedangkan bini nabi yang sah sah taraf paling tinggi pun ada juga hal hal dalam rumah tangga, inikan kitaaaa ni"

Jadi Suami ni mendidik lah. Kena lawan didik lagi. Kalau didik pakai tangan dengan kaki, macam saya katalah..kahwin dengan pokok la sedap. Jangan lah anggap isteri tu kena ikut sepenuh penuhnya. Dia pun ada juga akal dan kemahuan.

Ini tidak, hantaran pun kau bising mahal. Dah la bising hantaran mahal kerja pulak tak sampai sebulan kahkahkah, lepas tu nak kahwin semua benda kena ikut kau. Tak nak yang jenis melawan melawan, hmmm cian jelah dik

kredit 
Hazwan Faiz

Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri


"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."


- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Tersenyum simpul Cik Nad baca entry ni..;) alaaa perempuan ni mmg kebanyakan mulut suka bising, tp hati baikkk...hehee

    ReplyDelete