Resepi Rendang Ayam Serai Mudah dan Sedap
Resepi Rendang Ayam Simple
Mesti ramai yang tak percaya kalau erna katakan entry yang paling tinggi rating dalam blog ni adalah Resepi Ayam Bakar Simpla & Sedap Guna Pemanggang Ajaib Erna pun macam tak percaya juga. Tapi itulah...nak buat macam mana kan. Dah memang ramai yang mencari resepi ayam bakar. hihihi. Memang entry tu nampak simple tapi ayam bakar tu sedap tau. Lepas tu senang sangat nak sediakan ayam bakar tu. Tak percaya try la korang buat ayam bakar simple ikut resepi erna kongsikan dalam link entry ayam bakar.
So, untuk entry kalini erna nak kongsikan pula Resepi Rendang Ayam Serai. Kalau ikut resepi asal, tak ada disebut pun rendang. Tapi, bila erna dah masak sendiri dan makan, sedapnyaaaaa.....makan dengan nasi panas, memang bertambah la nasi. Pemilik asal resepi bagi nama ayam serai. Korang WAJIB try resepi ni dan rasa sendiri. Serius macam rendang. Tapi lagi best dari rendang. Sebab apa? Sebabnya....senang sangat-sangat nak masak. Tak ada pakai lengkuas, kerisik, pendek kata resepi ni memang betul-betul mudah. Tu pasal erna letak nama resepi ni Resepi Rendang Ayam Serai Mudah dan Sedap.
Resepi Rendang Ayam Serai Mudah dan Sedap
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
8-10 batang serai*
2 biji bawang besar merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 inci kunyit*
20 biji cili padi*
1 kotak kecil santan
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit
Garam & gula secukupnya
Bahan untuk dikisar
Kisar semua bahan yang bertanda *
Cili padi yang digunakan dalam resepi ni bergantung kepada kepedasan masing-masing. kalau ikut erna, 20bj ni macam tak berapa pedas. Sedang-sedang je. Tapi bagi suami yang bukan kaki pedas, dia cakap dah cukup pedas dan ok la tu nak pedas macam mana lagi? hihihihi
Hiris halus-halus bahan-bahan tadi supaya senang untuk dikisar. Ibu selalu pesan, walaupun bahan yang kita masak ni nak dikisar, eloknya potong kecil. Jika tidak, percayalah yang motor mesin pengisar / blender kita akan cepat je rosak. Motor terbakar. Pisau problem dll. Jadi, erna dah terbiasa dengan ajaran ibu yang ni.
Daripada 10 batang serai, erna cuma kisar 8 batang dan 2 batang lagi dititik sahaja. Maksud titik ni, ketuk-ketuk dengan anak lesung. **dulu erna pun tak faham apa maksud titik serai. hihihi
Santan, asam keping, garam&gula dan daun kunyit yg dah dihiris halus
Cara-cara Masak,
Panaskan minyak dalam kuali - 2 senduk minyak..Minyak dah panas, masukkan 2batang serai yang telah dititik tadi.
Kemudian masukkan bahan-bahan kisar * dan tumis sampai naik bau
Bila bahan kisar dah naik bau boleh la masukkan ayam
Bila ayam dah agak kecut masukkan asam keping. Asam keping ni pun agak-agak untuk rasa masam tu. Jangan masam sangat ye..
Bila kita biarkan, ayam tu akan keluarkan air..
So kita biarkan ayam mereneh sampai air ayam dah agak kering ye
Kemudian baru perasakan dengan garam dan gula.. saya gunakan gula utk balancekan rasa masin, pedas dan masam tu td..
Kemudian masukkan santan kotak.. jika suka berkuah boleh tambahkan air sikit..
Nak lagi sedap boleh guna 1biji santan segar.
Akhir sekali taburkan daun kunyit yang dah dihiris halus-halus tadi..
Biarkan sebentar hingga kering dan boleh la tutup api..
Dah siap!
Hidangan ni sedap di makan dengan nasi impit, ketupat palas atau lemang.. makan dengan nasi panas-panas pun best!
So.. selamat mencuba!
Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.
Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri
"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."
- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -
0 comments:
Post a Comment