Info Janin minggu ke-29

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Hampir 3minggu bercuti tapi blog tak berupdate. Alhamdulillah,selesai minggu exam dan sekarang mula bercuti. Sebelum erna balik puchong bercuti, suami bawak erna ke Cameron Highland. Dari perlis, erna singgah amik suami kat airport Alor Star dan kami bertolak ke Cameron Highland. Walaupun percutian kami 2hari 1malam,tapi cukup memadai untuk ibu hamil yang tak larat jalan macam erna ni. Sepanjang kat CH, erna bukan sihat sangat. Sepanjang minggu exam pun,erna tak berapa sihat.


Sejak baby iman makin membesar, erna cepat rasa letih. InsyaAllah next entry, erna akan cerita tentang Babymoon kami ke Cameron Highland. Apa yang nak dikongsi harini, erna nak cerita tentang apa yang erna rasa bila baby iman semakin membesar. Alhamdulillah..dengan izin ALLAH, baby iman sekarang dah 7bulan 1minggu dalam kandungan erna. Gerakan pun makin kuat. maksud gerakan yang erna maksudkan disini,bukan yang tendang-tendang tu ye..tapi,erna dapat rasa baby iman bergerak-gerak dalam perut erna.


Mungkin baby iman pusing-pusing badan dan kaki. Mungkin jugak baby iman nak ubah kedudukan. Sebab,apa yang erna dapat rasakan, baby iman menendang dan bergerak adalah berbeza. Apapun,inilah perasaan luar biasa yang sangat membahagiakan. Erna pasti merindui saat ini bila baby iman dah lahir nanti. Apa yang lebih menyeronokkan,erna yakin..setiap detik erna bernafas dan berkata-kata, baby iman pun turut rasa. Bila erna bagi salam kat baby iman dan usap perut,erna akan rasakan pergerakkan baby iman. Besar sungguh kuasa ALLAH..erna dapat rasakan yang baby iman dengar dan tahu setiap apa yang erna buat.


Tapi,sejak baby iman makin membesar..erna kerap sesak nafas. sepanjang minggu lalu, erna bercuti kat umah ibu. 2kali suami bawak erna ke hospital. Erna memang akan sedut gas dari nhealer yang hospital bekalkan. Tapi lepas seharian amik gas dari inhealer, tak ada kesan. erna tetap rasa susah bernafas. Jadi, suami bawak erna ke hospital untuk dapatkan gas nebulizer. First, erna pegi hospital Serdang. 3kali erna sedut gas nebulizer dan doktor bagi injection untuk lapangkan laluan pernafasan. Alhamdulillah...dapat balik rumah. sebab bila doktor check, parur-paru dengar clear.


Tapi, selang 3hari..masa erna bermalam kat umah mertua, sekali lagi erna rasa sesak sangat nafas. Gas inhealer pun tak dapat nak legakan sesak nafas erna. Jadi suami bawak erna ke hospital Putrajaya pulak. Kat hospital putrajaya, doktor bagi erna sedut gas nebulizer 2kali. Tapi erna nampak dos ubat yang di masukkan ke dalam corong gas tu, banyak. Jauh lebih banyak dari apa yang dibekalkan masa erna kat hospital Serdang haritu. Lepas 2kali amik gas, doktor cucuk masuk ubat. Haritu cucuk tangan kanan. Kalini cucuk tangan kiri pulak..Dalam 30minit,ada nurse lelaki masukkan ubat 2injection setengah ke dalam saluran ubat kat tangan kiri erna yang dicucuk dan dimasuk ubat tadi.


Nurse tu cakap,tujuan ubat dimasukkan kat tangan yang dah dicucuk tadi untuk lapangkan laluan pernafasan erna. Doktor ada bagitau erna yang baby iman makin besar. Jadi paru-paru erna tak dapat berkembang normal bila erna tarik nafas. Sebab baby iman himpit kawasan paru-paru nak kembang. 


"Owh sayang ummi...ummi tak marah iman makin membesar. Malah ummi syukur kerana ini tandanya iman makin membesar dan ini juga bermakna iman sihat. Tapi sayang ummi..iman duduk la dengan selesa dan duudk jauh sikit dari kawasan paru-paru ummi nak berkembang. ummi tak marah iman.. ummi sayang...iman. Bila ummi tak sihat, ummi takut iman tak sihat. 


Iman sayang, babah dengan ummi sayang iman sangat. Setiap masa babah akan tanya iman gerak atau tak..Bila ada kelapangan, babah mesti akan cium iman..usap perut ummi..kami sayang iman. Jadi,setiap masa..ummi berdoa agar Allah kurniakan ummi kesihatan yang baik. Semoga ummi dapat jaga iman sebaiknya..


Iman sayang, ummi sedih bila ada antara mereka yang selalu bercakap atau seakan mendoakan agar iman lahir awal. Bagi ummi,biarlah iman membesar sihat dalam kandungan ummi sehingga cukup masa. Membesarlah iman dengan selesa dalam rahim ummi sehingga 9bulan. Ummi berdoa agar iman sihat, cukup sifat dan semua organ dalaman iman cukup matang dan selagi mampu, ummi akan jaga iman sebaiknya..


Iman sayang, kalau mereka semua tak sabar menanti kelahiran iman, apalagi ummi yang kandungkan iman..bersama iman sejak 7bulan yang lalu. Kemana saja ummi pergi, ummi bawak iman bersama..Tapi,ummi selalu bagitau babah, biarlah iman membesar sihat dalam kandungan ummi. Bersabarlah ummi dan babah menanti kelahiran iman. Mendoakan agar ummi dan iman sihat. Bukan sentiasa mendoakan iman lahir awal dari masa yang sepatutnya..


Semoga Allah sentiasa merahmati kita sekeluarga. AMIN.."

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. amin..imam jangan noty2 k..ciam ummi..

    ReplyDelete
  2. amin.amin.amin.
    noty..kuat nanti,babap montot die! =)

    ReplyDelete