Ummi Iman Jawab Exam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah harini dah lepas satu paper. Ada empat paper lagi nak tempuh. Dengan rasa dukacita bagitahu..yang thesis tak berhantar lagi. Masih dalam pembaikpulih..dah past kat supervisor tapi masih nak kena touchup sana-sini. Owh ho...kawan-kawan lain semua dah siap hantar. Ummi iman dengan slamber masih tak hantar thesis kat panel. (betul ke eja slamber macam tu?)Tak apa,plan esok lepas habis paper electric circuit, nak pegi office prof.farid ghani yang akan check full thesis erna. Hopefully prof ok dan boleh consider erna hantar thesis lewat sikit. Insyaallah hujung minggu ni hantar la kot. Tak pun,isnin minggu depan.


Exam tadi,suam-suam ok. Nak cakap ok...tipu la kan. Nak cakap tak ok,tipu jugak. Sebab sampai tak cukup buku jawapan tu nak menulis jawapan. Tadi paper Engineers in Society dalam bahasa melayunye..Jurutera dalam Masyarakat. Subjuk ni tak ada kira-kira dan tak perlu bawak kalkulaor. Subjek ni,hafal 100%. Dah macam pegawai kesihatan pekerja dan peguam bila belajar subjek ni. Akta sana sini nak hafal. Nasib tak amik kos tu. huhuhu Tapi,ummi tak lah menghafal 100% kan..sampai dah nak masuk dewan exam pun dok menghafal lagi. Alhamdulillah soalan yang erna dan munir agak-agak masuk,ada..Boleh la goreng sedap sket. Harap resepi goreng menggoreng atas paper tu,sedap dan cukup rasa..:) InsyaAllah..


Nak dijadikan cerita,minggu lepas tersangat bz nak siapkan thesis. Sampai slip exam pun lupa nak print. Semalam nak print,masuk portal student Unimap,tak lepas-lepas. Bersabarlah erna tunggu kul8 pagi nak call pihat ICT tanya kenapa tak boleh masuk. Bila dah boleh call..slip tak papar la pulak. Dah terlambat nak pegi jawab exam tadi..jadinyer tak print pun slip exam tu. Masuk dewan berbekalkan kad  matrik sahaja. Munir ajar,kalau pengawas tu tanya, bagi je alasan.."saya ni banyak komitmen..tak sama dengan student lain" suke2 hati nak bagi alasan macam tu kan? hehehe...Owh..sangat slamber ummi iman. Ini kali pertama dalam hidup sepanjang belajar tak bawak slip exam masuk dewan. Tak ada la pulak kena halau ke apa..ok je..syukur..sebab tak habis2 berdoa agar Allah permudahkan urusan erna.


Harini erna puasa. Alhamdulillah..production susu macam biasa. Balik jawab exam,kul2.30 macam tu erna pam susu. Dapat 10oz. Syukur Ya Allah rezeki untuk iman..Ok,tak boleh cerita panjang2. Esok pagi exam kul9. Esok tak boleh nak goreng2. Sebab esok guna kalkulator. Silap sikit,tersalah picit satu nombor,lainlah jawapan yang keluar nanti. Doakan erna berjaya dalam exam sem terakhir ni..Dulu balik exam carik katil nak tidur puas2. Sekarang balik exam carik iman nak cium puas2. Bahagianya Ya Allah...Alhamdulillah  ^___^


#entah kenapa sejak akhir-akhir ni hati rasa nak terus sambung Master. Apakah??? daaa...






Assalammualaikum

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment