Merindukanmu by D'Masiv
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Suatu petang yang indah ditaman layang-layang, berjalan beriringan sepasang suami isteri yang kelihatan sangat bahagia. Air muka pasangan ini,menggambarkan kebahagiaan yang tiada tandingan.. Tiba-tiba SUAMI betanya kepada ISTERI -
SUAMI : UMI..nak tanya,boleh tak? Nape UMI cintakan AYAH? Nape UMI sayangkan AYAH? Nape UMI selalu cakap nak bersama AYAH sepanjang hidup AYAH?
ISTERI : Alaaa...nape tanya soalan camni? tanya la soalaan lain.. tanya la UMI lapar ke tak? nanti boleh la kita pegi makan..hehehe (gurauan ISTERI, sambil mencubit perut SUAMI - sangat bahagia ^__^)
SUAMI : Merajuk la camni..AYAH tanya,UMI tak jawab betul-betul. Setiap hari UMI cakap sayang..UMI cakap cinta..tapi,bila AYAH tanya nape..UMI main-main.
ISTERI : Merajuk? meh sini nak cubit perut tu lagi.. (bergurau senda pulak mereka ni) AYAH,UMI tiada jawapan untuk soalan-soalan AYAH tu.Kenyataannya,UMI memang sayang dan cintakan AYAH.perlukan AYAH..
Hurm, bukan main drama lagi SUAMI dan ISTERI ni..tiba-tiba..
ISTERI : Ok2.UMI jawab..UMI mencintai AYAH sebab AYAH ada perut yang comel.hehehe..AYAH kacak,setiap perkataan yang keluar dari mulut AYAH buat UMI tenang,setiap langkah AYAH bersama UMI buat UMI yakin dan bersemangat.Itulah bukti sayang dan cinta UMI.Semoga ALLAH merahmati kasih sayang kita berdua. AMIN...
SUAMI tersenyum bangga..sure hati pun berbunga-bunga.Hari pun dah lewat petang..mereka berjalan pulang sambil berpimpin tangan.
Selang 2hari,SUAMI terlibat dengan KEMALANGAN..Koma dan terlantar di hospital.ISTERI menghampiri SUAMI dan berkata..
AYAH..jika dengan mendengar suara AYAH membuat UMI tenang,sekarang mampukah AYAH berkata-kata? jika setiap langkah AYAH bersama UMI membuat UMI yakin dan bersemangat,sekarang mampukah AYAH melangkah bersama UMI? jika dengan wajah kacak AYAH membuatkan hati umi berbunga-bunga, sekarang mampukah AYAH bersiap kacak untuk UMI? tidak.. AYAH, jika semua tu adalah sebab UMI sayang dan cintakan AYAH..dalam keadaan sekarang ni,UMI tiada sebab untuk sayang dan cintakan AYAH lagi.
Ketahuilah AYAH..sebab tu UMI tiada jawapan untuk semua soalan-soalan masa kita bersiar-siar kat taman layang-layang haritu. Kerana hingga saat ini, sayang dan cinta UMI tak pernah luntur. selamanya, UMI adalah isteri AYAH. taat disisi AYAH. InsyaAllah..doa UMI,selamanya UMI ingin bersama AYAH.
AYAH..KADANGKALA PERKARA TERCANTIK DAN TERBAIK DI DUNIA TIDAK BOLEH DI SENTUH..TIDAK BOLEH DI LIHAT.
NAMUN TETAP KEKAL MEKAR DALAM HATI..
Cerita diatas, erna copy dan paste dari note dalam fb erna yang di post pada Tuesday, June 28, 2011 at 8:33am. Note ditaip lebih kurang 3minggu sebelum bergelar isteri kepada suami. Seumur hidup, tak pernah kena block oleh sesiapa. Rasanya memang tak pernah la kena block. Sebab sepanjang dah hidup berpuluh tahun ni,tak pernah mencari musuh. Harini baru terperasan yang akaun fb dah kena block oleh dia. Tah kenapa la pulak akaun fb tu dia block. Mencari dia di fb tu pun sebab nak pulangkan harta benda dia yang masih dalam simpanan. Takkan nak buang pulak kan? Walaupun dia tak terfikir nak pulangkan harta benda berharga kita yang ada pada dia,biarlah. Mungkin jugak dia dah lupuskan harta benda kita. Mungkin la.. Kita pun tak pasti tentang tu. Sebab dah janji, dengan izin Allah..jumpa la kami nanti. Walaupun mungkin bukan didunia ni. Mesti dia pun sayang harta dia. Banyak khazanah berharga, tu yang rasa nak pulangkan. Mungkin dia block sebab tak nak ambil tahu pasal kita kot.. Tak pun, dia block sebab dia takut dia terambil tahu pasal kita. Kot la..mungkin la..tapi tah la. Pelik la pulak kan? Biarla..So,apa nak buat dengan harta benda tu ye? Malas nak usung sana sini. Haritu harta dia ada kat KL, bawak balik jb. Pastu, bawak pulak balik perlis. Ni dah pindah rumah puchong, takkan nak usung ke rumah baru pulak kan? Buang? Tak kan nak buang..entahla..nanti la pikir
erna..sy pernah ada kt situasi erna..dan ape yg sy buat adalah..sy pos kesemua barang yg dia bg ke alamat rumah dia..tak jumpa lebih baik kot.. tenang fikiran..dah pulangkn, xyah fikir ape2..dan xde lg benda yg boleh mengingatkan kite pd org tu.. insyaAllah :)
ReplyDeleteTak rasa nak jumpa pun :) TQ awak
Delete