2 Bulan - HAPPY 2MONTH OLD TO MY LITTLE IMAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


ni adalah entry marathon. Erna tengah bertungkus lumus menyiapkan full report yang wajib dihantar kepada panel pemeriksa hari jumaat ni. Banyak lagi tak siap. Masa dah sangat suntuk. Tapi ummi iman selalu buat-buat cool. Erna curi masa buat entry ni khas untuk wish - HAPPY 2MONTH OLD TO MY LITTLE IMAN


Ya Allah..terima kasih untuk anugerah terindah ini. Amanah buat aku dan suami..

~ Berat terkini pada 4jun2012 = 4.9kg 
Syukur pada Allah kerana iman makin membesar sihat. Berat badan normal mengikut graf perkembangan bayi lelaki.
~ Semakin bijak memberi respons jika nama IMAN dipanggil.
~ Suke kalau ummi menyanyi-nyanyi dengan mata besar. Fav song ummi untuk iman, tepuk amai-amai, babah ku pulang dari kerja, i love u barney, 123 sayang Allah, twinkle-twinkle.
~ Mula berminat main dengan play gym yang babah beli.
~ Minum susu lebih dari 2.5oz. Kalau direct feeding pula,ambil masa yang agak lama nak nyot  nyot :)
~ Senyum? tetap mahal dengan senyuman..Tapi,lebih kerap senyum berbanding dulu.
~ Kadang-kadang, nangis iman ada bunyik.."Nek..nek..nek.." rasa macam panggil nenek la pulak. Bila nenek datang amik, pujuk sikit, terus senyap. Betul la kot panggil nenek. Tak pulak panggil ummi :/
~ Alhamdulillah,mata dah pandai tune masa. Malam tidur dan siang nak berjaga je.
~ Iman baik tak kisah minum susu guna botol atau ori nipple. Tapi, tetap nak iman selesa dengan ori nipple. Bagus bila boleh terima sebab senang kalau terpaksa tinggalkan iman.
~ Muka ruam susu atau eczema yang naik kat pipi beransur pulih. Wajib standby kain lembap untuk lap bahagian pipi, bawah dagu, leher dan sekitar bahu. 
~ Ummi dah mula belikan pampers size S untuk iman. Buat masa ni, masih pakaikan Pet Pet dan Momypoko. Awal kelahiran kerap poo poo. Sekarang ni,dah kurang sikit.
~ Alhamdulillah..syukur..masih menyusu susu ummi rezeki kurniaan Allah. Semoga kekal hingga mencapai usia 2tahun dan lebih.
~ Bila iman pakai rompers, ummi rasa nampak lebih comel sebab nampak peha iman makin membesar. Lahir iman, kecik je..sekarang nampak makin besar :)
~ Munir cakap, iman makin besar makin sepet mata. makin nampak macam cina. aiyooo betul ke???
~ Dah terima 2nd dos suntikan kat KKD. Belum kena cucuk dah nangis macam tau-tau je nak kena cucuk. Lepas kena cucuk,pujuk kejap je..terus tertido. Alhamdulillah tak demam pun :)


Iman sayang...semoga iman terus membesar sihat. InsyaAllah, ummi dan babah akan berikan yang terbaik untuk iman. Maaf sebab masa untuk iman kurang sikit sekarang ni sebab ummi bz. Babah jauh, bukan babah lupa kita..tapi babah kerja. Ummi habis study, kita balik rumah kita ye..Babah dah tak sabar nak ajak ummi hias-hias bilik iman. Tak sempat iman balik rumah JB, kita dah pindah rumah KL. Tak apalah..yang penting, kami akan sediakan sehabis mampu keselesaan untuk iman. Membesar jadi anak soleh ummi dan babah. Happy 2month old my little hero.ummi love iman so much.. T__T

Share this:

,

CONVERSATION

4 comments:

  1. Alhamdulillah.moga anak rara pon membesar baik mcm iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..baby dalam tummy,bagi kasih sayang sepenuhnya. mesti akan rindu moment tu nanti. now,enjoy puas2 baby kick2 tu ye ^__^

      Delete
  2. x sbr nak tngu baby dlm pewot nie kuar
    anugerah terindah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erna doakan semuanya baik2 sahaja. dulu,erna pun tak sabar tunggu baby iman keluar. tapi,sekarang..selalu usik2 iman..tanya iman nak masuk dalam perut ummi semula x? hehehe..

      enjoy this moment ye.. ^___^

      Delete