MACAM MANA NAK TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

MACAM MANA NAK TAHU WAKTU SUBUR WANITA? - pasti ramai pasangan yang baru kahwin ataupun yang telah lama inginkan anak..tapi dalam masa yang sama anda adalah pasangan suami isteri hujung minggu. Mungkin juga faktor kerja dan jarak menyebabkan anda dan suami jarang berjumpa. Jadi, adalah sangat penting untuk anda tahu bilakah tarikh subur anda untuk bersama suami.

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Bulan promosi GLA Complex Shaklee, ada juga yang kata ini bulan kesuburan, bulan mengawan, bulan memulakan usaha ke tahap tertinggi. Bermacam-macam nama bulan ogos diberi. Semuanya kerana GLA Complex ini sendiri membantu para wanita untuk membaiki hormon dalam badan. Jadi, entry kalini nak berkongsi dengan semua pembaca blog ummierna, MACAM MANA NAK TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Wanita akan melepaskan telur ataupun dalam bahasa sains adalah Ovum. Dimana telur wanita ini akan di senyawakan oleh sperma. Setiap bulan, hanya 1 telur (Ovum) sahaja yang di lepaskan daripada kilang dan jangka hayat untuk telur ini hanyalah 24jam. Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk kita mengetahui bilakah telur kita di lepaskan daripada kilang (Ovari) kita. Apabila kita tahu bila masa telur di lepaskan, kita akan bersedia bilakah masa yang paling sesuai dan paling tepat untuk kita bersama suami.

Sperma yang di keluarkan daripada suami kita pula boleh hidup selama 72jam dalam rahim kita. Bermakna di sini..adalah lebih sesuai untuk kita bersama dengan suami sebelum proses ovulasi ataupun lebih jelasnya disini adalah lebih elok bersama dengan suami sebelum tiba masa dan saatnya telur (Ovum) kita di lepaskan. Kenapa di galakkan bersama dengan suami sebelum waktu ovulasi? Kerana, sperma memerlukan masa untuk berenang beramai-ramai dengan gembiranya menuju ke rahim kita ^___^

Sebaik sahaja ovulasi terjada pada kita, seperti yang ada beritahu di perenggan atas..proses Ovulasi adalah proses pelepasan Ovum a.k.a telur wanita daripada Ovari (kilang telur wanita). Hormon progestrone akan terhasil untuk menyokong proses ovulasi tersebut. Tempoh ini selalunya antara 10-14 hari. Selepas tempoh itu, hormon tersebut akan turun dengan mendadak dan kita akan haid. Ketika hormon ini menurun, lapisan darah yang melekat dan menebal pada dinding akan gugur sebagai darah haid dan disini bermulah kitaran baru haid kita.  

Jadi, bagaimana mengira hari subur kita sebenarnya?

Seperti yang erna ada beritahu di perenggan atas..anggaran fasa selepas ovulasi adalah 10-14hari. Biasanya jika anda tidak pasti berapa lama fasa anda..anda boleh ambil kira sebagai 14hari. Ovulasi berlaku 14hari sebelum haid.

Jom kita cuba buat kira-kira sebagai contoh;

1. Jika kitaran haid anda adalah 30hari, maka Ovulasi anda adalah pada hari ke-16 kitaran haid anda. (30hari - 14hari)

2. Jika kitaran haid anda adalah 28 hari, waktu subur andalah pada hari ke-14 kitaran haid (28hari - 14hari)

3. Jika kitaran haid anda adalah 23hari, waktu subur anda adalah padda hari ke-9 kitaran haid anda.
Yang penting, anda tahu kitaran haid dan tolakkan 14 daripada total kitaran haid anda. Apa itu kitaran haid dan bagaimana mengenal pasti kitaran haid, boleh rujuk entry sebelum ini ye..

PENTING!! Bilakah waktu yang sesuai untuk bersama sebenarnya?

Sedia maklum, sperma boleh hidup selama 72 jam (max) dalam rahim kita. Jadi, di sarankan untuk anda bersama suami 2hari sebelum proses ovulasi dan 2 hari selepas proses ovulasi. Dimana, selepas sperma di lepaskan ke dalam tubuh tubuh isteri, sperma hidup selama 72jam sebelum bertemu dengan ovum yang di lepaskan. Jadi, ini sebagai salah satu langkah berjaga-jaga untuk ovum bertemu sperma..ingat ye..bersama suami 2 hari sebelum dan 2 hari selepas telur (Ovum) di lepaskan.

Contoh masa yang sesuai untuk bersama;

Jika anda ovulate pada hari ke-14, bersiap sedialah bersama dengan suami anda bermula hari ke-12 sehingga ke-16. Jika anda ovulate pada hari ke-9, silalah bersama dengan suami anda bermula hari ke-7 sehingga ke-11.

Erna harap penerangan erna ni membantu anda untuk kenal pasti tarikh serta hari yang sesuai bersama suami jika anda dalam proses ingin mendapatkan anak. Semoga berjaya!

MAKANAN KESUBURAN SUAMI ISTERI
VITAMIN KESUBURAN UNTUK SUAMI DAN ISTERI
B-Complex 
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

Vitamin E & Selenium 

Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zink 

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

GLA Complex 

Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ca55e81c481f3ae701c4362514ce6abd
 

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 


REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. 
 Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment