ALLAH Al `Aliim
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
Suami baru call tadi. Tapi call hp ibu. Bukan call hp erna. Sebab rumah erna ni memang ada masalah nak dapatkan signal celcom line tak clear. Duduk dibandar tapi macam duduk diluar bandar pula. Memang susah nak dapatkan signal line celcom. Sesiapa pun datang rumah kami akan perasan yang rumah kami ni ada masalah untuk dapatkan signal celcom. Call bukan main susah nak dapat. Cabaran perniagaan erna juga =)
Ok, berbalik pada panggilan suami..berita yang suami sampaikan tadi sememangnya suatu yang erna nanti-nantikan berbulan dulu sejak June. Pelbagai cabaran dan dugaan kami lalui bersama sepanjang 3tahun perkahwinan kami. Dugaan yang satu itu mustahil untuk kami bersama lupakan.
Dugaan itu juga buat kami kenali siapa bersama kami susah dan senang kami.
Taqwa ada tengah tidur tu.
Iman pula tengah khusyuk tengok upin ipin kat hp ummi
Erna yang duduk depan laptop ni, tiba-tiba terfikir..bersediakah erna dengan keputusan yang bakal suami buat. Suami cakap, malam ni kami akan bincangkan bersam perkara itu. Suami cakap lagi, sejak peristiwa itu..erna adalah rujukan kedua selepas mohon istikharah dari Allah dalam setiap keputusan yang bakal suami buat.
Suami tak nak lagi perkara sama berlaku. Dugaan lalu itu adalah pengajaran dan tamparan hebat buat suami.
Wahai suami, ketahuilah oleh mu..walau apa jua keputusan yang bakal dibuat..semoga ia adalah yang terbaik untuk Iman & Taqwa. Masa depan anak-anak itu menjadi keutamaan sekarang. Biarlah tidak bertukar baju cantik, tidak bertudung cantik, Iman & Taqwa push factor terbesar dalam apa jua yang kita kerjakan hari ini. Semoga keputusan yang bakal dibuat juga akan sentiasa dalam redha Ilahi.
REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
0 comments:
Post a Comment