CARA BUAT GARLIC OIL & TEKNIK STEAM PERCUSSION

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Minggu lepas minggu yang mencabar untuk erna. Iman tak sihat minggu lepas. Rasanya faktor cuaca juga. Kalau nak kata menjangkit dari sesiapa, masa iman mula tak sihat tu..tak ada pula dikalangan ahli keluarga kami ni yang sakit. Nak membesar lagi tu..disertai dengan akal bijak pandai dia. Tu demam tu.

Mula dengan demam, suhu badan iman on off. Total jumlah hari demam iman adalah 4hari. 2hari erna kawal suhu iman. Tak bawa ke klinik pun. Sebab iman bukan demam sepanjang hari. Suhu kejap panas, kejap kurang panas. Nanti malam dekat nak subuh, panas...lepas tu siang hari iman boleh bersilat riang. Tapi, bila dah masuk hari ketiga, pakej selesema juga. Erna bawa juga iman ke klinik.

Sepanjang demam, dari hari pertama lagi memang erna bagi iman makan Chewable Vitamin C. Biasanya sehari sebiji. Tapi sebab tak sihat tu erna bagi sehari 2bj. Pagi dan malam. Sekarang dia tak nak makan vitamin c masam. Jadi, erna hancurkan 1bj vitamin c dan letak sikit air. Suap pakai sudu. Sekali ngap je..so iman ok. Alhamdulillah nak dia makan vitamin cara tu. Jadi mak, kenalah kreatif kan :)

Owh ye..yang erna nak share sebenarnya dalam entry kali ini adalah..antara natural remedy / home remedy yang erna buat untuk rawat anak-anak. Option jika tak nak bagi anak-anak makan ubat. Jika suhu terlalu tinggi, kena juga bagi paracetamol kat anak. Tapi, jika suhu masih boleh dikawal, why not kita buat cara semulajadi.

Lagi satu anak di bawah usia 2 tahun TAK BOLEH makan ubat batuk!

Ubat batuk tidak membantu merawat, malah mempunyai kesan sampingan yang buruk. Ubatan moden adalah langkah terakhir, dan harus diingat, ubat (drugs) cuma menghentikan sesuatu penyakit sekejap je, tapi pada waktu yang sama, kalau kita terlalu bergantung dengan ubat atau jika diambil selalu boleh menyebabkan penyakit lain dalam tubuh.

CARA PERTAMA: GARLIC OIL

Sebelum mula, niat dalam hati semoga apa yang kita nak buat ini, Allah permudahkan. Selawat 3x, A-Fatihah dan boleh mula buat.

1. Ambil 2ulas bawang putih. tak kopek kulit pun tak apa. Cucuk pada garfu ataupun letakkan atas tudung periuk atau apa-apa teknik yang anda selesa. BAKAR BAWANG PUTIH.


2. Bakar bawang putih tadi sampai gelembong-gelembong hitam kat bawang tu. Lagi satu tips nak tahu dah siap dibakar atau tidak, cuba tekan-tekan dipermukaan bawang putih. Jika lembut lembek mudah dicucuk-cucuk, tandanya dah siap bakar. Jika masih kerasa lagi, teruskan bakar sampai lembut sikit dna hitam-hitam sikit.

3. Pindahkan bawang putih siap bakar atas piring.

4. Letak minyak kelapa / minyak zaiton / minyak masak atau apa-apa minyak pun boleh sebenarnya. Asalkan jangan minyak tanah, petrol, minyak hitam dll. Minyak yang boleh masak tu..atau minyak yang boleh makan, itu boleh guna ye.


5. Lenyek-lenyek bawang putih yang telah dibakar tadi bersama minyak. Agak-agak je letak minyak banyak mana. Erna tak buang kulit sangat. Lenyek je dengan kulit hitam-hitam tu.

6. Siap! Mudah je kan? Bila dah siap boleh sapu pada dada depan dan belakang, tapak kaki, betis, pakaikan stokin.


P/S: Sebelum sapu pada anak garlic oil ini, anda perlu buat test dulu pada anak. Cara test, sapu sikit minyak pada bahagian belakang lengan. Tengok naik merah atau melepuh, itu tanda anak tak sesuai. Anak erna, erna sapu sikit je. Taqwa kulit naik merah sikit kalau sapu lebih. Jadi, berpada-pada masa sapu tu.

Minyak ini boleh tahan 2hari. Lepas dua hari buat yang baru. Tapi, erna buat baru setiap kali nak pakai. Ikut kesesuaian masing-masing.


CARA KEDUA: TEKNIK STEAM DAN PERCUSSION

Sebelum mula, niat dalam hati semoga apa yang kita nak buat ini, Allah permudahkan. Selawat 3x, A-Fatihah dan boleh mula buat.

1. Sediakan sebekas air panas suam yang ada wap-wap. Jangan terlalu panas

2. 2ulas bawang putih siap kopek dan siap lenyek / chopped / cincang masukkan dalam bekas berisi air panas tadi.

3. Jika anak masih kecil / baby, contoh macam taqwa masa erna buat ni..umur dia 5bulan. So, erna bedungkan dulu taqwa supaya anak tak gerak meronta-ronta.

4. Dalam posisi meniarapkan anak, halakan wap ke muka anak. Pastikan tak terlalu panas ye kalau baby. Talut boleh cedera muka baby. Memang dalam keadaan ini anak akan menangis meronta. Mak kena kuat semangat masa ni.

5. Kuncupkan tangan, buat tangan ala-ala bentuk doa / nak tadah air, rapatkan semua jari/ boleh mula tepuk bahagian belakang badan anak. Tepuk kiri dan kanan berselang seli. Jangan tepuk tepat di belakang dada / jangan tepuk tulang belakang anak. Tepuk tak perlu kuat. 

Teknik ni penting untuk kita lakukan. Ia bantu melonggarkan peparu dan keluarkan kahak anak. Kalau tak keluarkan kahak, nanti boleh menyebabkan virus atau bakteria terbiar lama dalam peparu. Lama-kelamaan boleh mengundang kepada sakit yang lebih serius seperti acute bronchitis dan pneumonia.

Maaf ye cara kedua tak sempat bergambar. Boleh juga google image TEKNIK STEAM DAN PERCUSSION

Untuk dewasa, lebih mudah jika anda ambil Garlic Complex Shaklee. Botol kecik, harga berpatutan, khasiat besar dan banyak. Mudah je nak bawa ke mana-mana masukkan dalam beg. Makan bila perlu.


Harga Sebotol RM47.50
Kandungan 60biji
 
Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak. Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh. Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak Menormalkan keseimbangan lipoprotein Menurunkan tekanan darah Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang Berfungsi sebagai anti-oksidan Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air Bantu rawat asthma

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell
Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak. Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh. Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak Menormalkan keseimbangan lipoprotein Menurunkan tekanan darah Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang Berfungsi sebagai anti-oksidan Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air Bantu rawat asthma

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sel

Share this:

, , , , , , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment