Lap Habuk Sawang

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang

Ya Allah...rindunya pada blog ni. Rindu serindu rindunya nak update. Macam-macam sangat nak berceloteh dalam blog ni. Daripada kisah Shaklee, kisah anak-anak, kisah erna dan macam-macam lagi. Bulan Disember 2014 paling teruk prestasi update blog. Sampai suami cakap..."kenapa lama tak update blog?.." Suami pun stalker blog isteri. Siap tanya lagi kenapa lama tak update blog..

So, ada yang rindukan erna tak? Erna rindu semua....

Alhamdulillah dah hampir seminggu kita semua masuk tahun baru. Macam biasa, bila masuk tahun baru..mulalah semua bercerita tentang azam. Erna? Azam erna nak carry forward semua azam tahun lalu yang tak tercapai lagi ke tahun ini. Tapi, ada pertambahan azam baru..antara yang paling utama adalah, erna nak ke Mekah tahun ini. Nak sangat ke Tanah Suci bersama keluarga. InsyaAllah.. semoga diperkenan oleh Allah. Amin

Meh nak share secara ringkas kisah erna & Shaklee sepanjang bulan lalu..

Tanggal 22hb disember 2014, ayah bersama rombongan umrah ziarah Shaklee selamat bertolak ke Istanbul dan menunaikan umrah. 2hb Januari 2015 semua ahli rombongan pulang sihat dan selamat. Alhamdulillah..seluruh perbelanjaan ayah ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Itulah istimewanya bisnes Shaklee ini. Umrah & Ziarah Istanbul adalah hadiah daripada pihak Shaklee kepada erna berdasarkan prestasi erna sepanjang cycle 2013. Erna hadiahkan kepada lelaki yang erna cinta dunia dan akhirat. Allah sahaja tahu perasaan gembira erna bila dapat hadiahkan Umrah & Ziarah Istanbul ini kepada ayah. Kos keseluruhan ayah ke sana adalah lebih kurang 18k - 20k. Tak putus erna pesan pada ayah..doakan erna berjaya dunia akhirat sepanjang pemergian ayah ke tanah suci.

Azam kekeluargaan? Alhamdulillah syukur..kami punya sepasang anak yang semakin hari semakin bijak pandai. Semoga keluarga kami juga kekal bahagia hingga ke jannah. Walau besar mana ujian dan dugaan buat kami sekeluarga 2014, namun hadiah dan nikmat Allah jauh lebih besar dari segalanya. Tahun 2015 akan jadi tahun terbaik untuk kami. InsyaAllah...

Penutup Disember juga, alhamdulillah..lahir seorang Senior Supervisor dan Supervisor dalam group Shaklee Ummi Erna. Gembira sangat erna rasa dengan kejayaan anak cucu cicit a.k.a bisnes partner erna dalam bisnes Shaklee ini. Doa erna untuk semua, semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita. Terus maju jaya dan berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Shina adalah Pengedar Shaklee Melaka begitu juga new supervisor dalam group erna pun Pengedar Shaklee Melaka yang mana Syafa adalah seorang ahli farmasi di Hospital Besar Melaka.

Anak-anak? Iman semakin petah bercakap. Taqwa pula dah tumbuh gigi tau. Gigi atas. Anak-anak erna semua mula tumbuh gigi atas. Iman dulu pun sama. Entry anak-anak ni kalau nak cerita...sampai esok pun tak abis. Nanti bukak entry khas untuk setiap sorang anak ummi yang semakin hari semakin bijak pandai.

Sebelum erna tutup entry ini, erna share dengan semua..Promosi Shaklee Januari 2015


Daa...jumpa lagi next entry. Nak tidurkan Iman & Taqwa 

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN,  SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, SUNWAY, SUNGEI WAY, boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment