Istilah Public Holiday Seorang WAHM

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang

Pagi- pagi bangun tak tidur semula sedangkan semalam pukul 3pg baru tidur sebab iman dan taqwa sama-sama tidur lewat. Haih la anak-anak ummi..nasiblah ummi ni bekerja sendiri macam ni. WAHM macam ummi boleh nak manage waktu tidur. Adjust tarik-tarik waktu nap sana sini kalau mengantuk sangat disiang hari. Kalau ummi ni bekerja macam orang lain 8pg-5ptg mesti ummi dah nangis mengantuk kat office. Alhamdulillah...Allah beri peluang bekerja macam sekarang ni.

Dari hari khamis lagi, scroll fb penuh cerita kawan-kawan bercuti sana-sini. Minggu lepas babah pun macam ada bunyi plan nak ke sana sini. Tanya ummi nak ke mana. Tapi last minute semuanya tak jadi. Tak apalah..kualiti masa yang ada manfaatkan sebaiknya kat rumah comel kami ni. Bercuti ni, tak kisahlah dirumah atau luar rumah. Sebenarnya..nak beriadah tak perlu tunggu ada RM1000. Dengan berbekalkan RM10 pun kita boleh buat anak-anak gembira. Bawak ke taman-taman awam pun ok sangat dah. Duduk rumah..peluk-peluk anak, main sama-sama, makan sama-sama ini pun dah sangat happy sebenarnya.

Waktu kerja babah tak berapa nak mengizinkan kami nak bercuti jauh-jauh, bercuti lama-lama. Jadual kerja babah tak normal macam orang lain. Bila fikir semula..betapa baiknya Allah pada erna. Allah beri nikmat erna kerja macam sekarang ni..dengan pendapatan yang macam seorang engineer kerja pagi ke petang. Siap ada oncall lagi kalau nak kerja dengan pendapatan bulanan macam erna sekarang ni. Dalam group bisnes erna ada seoarang ahli farmasi. Sembang-sembang, dia cakap "wah bonus Shaklee kak erna bulan-bulan lagi besar dari saya yang kerja..dot dot dot..." Tapi erna, duduk rumah..susun jadual kerja, jadual makan, nap, suka hati ikut erna nak macam mana. Rasa nak jalan-jalan window shopping, siap-siap ajak ibu berjalan. Bawak anak-anak keluar bila masa je erna suka. Tapi setiap bulan..income, alhamdulillah. Tak dapat nak bayangkan kalau erna pun keluar bekerja. Entah macam mana anak-anak. Dengan babah jadual kerja macam sekarang, adalah sangat tidak sesuai kalau ummi pun keluar bekerja macam orang lain. Allah...besar sangat nikmat.

Nikmat mana lagi yang ingin aku dustakan?

Babah selalu nak puaskan hati kami. Selalu nak buat kami happy. Siang babah kerja. Malam sampai rumah..siap-siap bawa pula kami keluar makan. Makan satey ke. Kadang tu..dah makan kat rumah, saja je babah bawa kami keluar makan ais krim. Beli ais krim ke, burger ke, makan. Lepas tu balik rumah. Terima kasih pa..
 
Cuti ke tak cuti ke, bisnes Shaklee erna tetap on macam biasa. Ada juga cod macam biasa. Mudah bisnes Shaklee ni sebab bila-bila je boleh berjual beli asalkan ada LINE. Offline boleh. Online pun boleh. So, kalau anda nak dapatkan apa-apa produk Shaklee boleh hubungi erna..

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment