Pengalaman Bersalin Overdue Tanpa Induce

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,

Alhamdulillah...baby tidur. Abang dan kak ngah ada ni sorang tengah main dan sorang lagi tengah menulis. Ummi dah pesan siap-siap kat 2orang ni, jangan gaduh-gaduh, jangan jerit-jerit, jangan kacau ummi ye...ummi ada kerja nak buat. 

Haaa...inilah kerja yang ummi nak buat tu. Kalau nak tunggu betul-betul semua clear, memang tak sempat lah ummi nak update blog. Harapnya abang iman dan kak ngah taqwa bertenang dan bagi ummi peluang habiskan entry ni. Risau ummi hilang ingatan nanti peram lama-lama cerita kelahiran adik baby. hihihi

**entry ni bersambung 2x nak habiskan sepenuhnya. Jemput baca semua :)

Estimate Due Date (E.D.D) 21hb October 2016


Pagi-pagi suami dah temankan erna ke hospital. Kami sama-sama hantar iman ke sekolah dan kami terus ke hospital. Dalam hati, hanya Allah yang tahu. Malam sebelum ke hospital, kami sama-sama dah bincang dan redha dengan apa juga keputusan serta saranan terbaik daripada doktor. Kepada Allah kami serahkan segalanya.

Masuk je bilik Dr. Raja, terus Dr. Raja minta erna baring dan Dr.Raja nak check bukaan jalan. Dup dap dup dap rasa hati ni. Erna perasan juga muka suami berubah bila Dr.Raja terus suruh erna baring dan langsir ditarik. 


"baby....kenapa ni baby. tak nak keluar lagi baby..? sorry mommy, tak ada bukaan langsung.."


ALLAH. Masa tu kan...kami suami isteri berpandangan. Erna tahu dalam hati suami penuh debaran dan bila Dr.Raja scan size serta berat baby, air ketuban, denyut jantung dll semuanya ok. Dr. Raja cakap..baby healthy. Dont worry.

Dr.Raja bagi kami pilihan untuk terus induce harini juga ataupun tambahan 1minggu lagi tunggu baby sendiri rela nak keluar. 

Erna decide untuk bagi baby peluang lagi 1minggu dan tak nak induce. Suami? suami ok je. suami sokong walau apapun keputusan erna. Suami lah semangat dan kekuatan saat-saat ovedue ni. Sehari berkali-kali suami akan call tanya dah sakit perut nak bersalin ke? Erna pun dah naik hafal soalan suami ku itu. hihihi


**entry ni bersambung harini sebab tengah semangat nak menulis semalam tiba-tiba kak ngah taqwa nak nenen pula. Bila dah nenen tu, bukan taqwa je tidur, ummi pun sama.....huhu

26hb Oktober 2016


Lepas solat subuh, baca yassin, erna bancuh ESP Shaklee dan sarapan depan laptop. Sambil minum ESP, terasa sakit perut. Sekali je sakit tu datang dalam beberapa minit dan lenyap sakit tu. Kemudian terdetik dalam hati erna, "contrction ke ni..." lepas tu datang pula satu suara lain, "perasaan je kot. tak nak la mengharap.."  

Erna pun teruskan je kerja depan laptop. Tengok-tengok prestasi anak cucu bisnes shaklee erna dan buat apa-apa yang patut. 

Sememangnya setiap sejam tu datang sakit contraction. Tapi alhamdulillah...erna masih mampu lagi menahan contraction tu. Sebab sakitnya datang lebih kurang sejam sekali. Bila menjelang tengahari, sakit contraction tu lebih kerap. Dalam 30minit sekali pun ada datang menyerang.

Sempat lagi ummi merajuk dengan babah dalam pukul 3-4 ptg tu. Yelah...masa pukul 3-4 petang tu, sakit lebih kerap. Mata erna mengantuk. Tetapi tak boleh nak lelap. Nak baring tak selesa. Nak berdiri tak selesa. Lebih selesa berjalan-jalan tanpa henti. Bila tengah berjalan tu contraction datang, erna akan stop berjalan, tarik nafas dan lepaskan dalam kiraan 10saat. Alhamdulillah...cara ni membantu erna kawal rasa sakit contraction.

Sykur sebab Allah kurniakan kudrat untuk erna keluar jumpa customer COD di Petronas Puchong Prima. Siangnya isteri customer whatsapp erna nak beli Krim Herbal Blend dan katanya suami akan jumpa erna untuk COD. Pukul 8malam tu sempat erna keluar COD dan masa tu contraction lebih kerap. Sekerap 15minit - 20minit. Erna keluar COD sorang je tau. Tapi sebab erna yakin, erna masih boleh mengawal rasa sakit tu dan alhamdulillah...semuanya dipermudahkan. Lagi best, rupanya yang beli krim Herbal Blend dari erna tu, senior tempat erna praktikal Unimap dulu. Dapatlah nyembang kejap dengan senior office lama masa praktikal tu. Baki pun abg rosedi tak nak. Suruh bagi pada anak-anak katanya. Terima kasih abang. Murah rezeki anak-anak ummi.

9.00 malam 

Erna mula gunakan contraction tracker yang memang dah ada dalam handphone. Setiap kali sakit contraction datang, erna akan track dan kekerapan sakit tu semakin kerap. Sakit pun semakin terasa. 

Untuk contraction kalini, erna bagitau pada geng kapak (ini geng bff sejak sekolah) dah lewat. Dalam pukul9.30 malam baru erna bagitau pada geng kapak yang contarction ni erna dah rasa sejak awal pagi tadi lagi. Itupun selepas asz tanya "erna pa citaa" hehehe. Geng kapak ni tahu la macam mana stress nye erna ni selagi baby tak keluar-keluar.

Kakak asz nurse bidan di Hospital Putrajaya. Bila erna kongsikan screenshoot contraction tracker erna kat dalam whatsapp group geng kapak, asz pun minta lah advice dari kakak dia. Kakak asz cakap, "jika dalam tempoh 10minit ada 3x contraction datang, boleh dah tu ke hospital. Kena cepat ke hospital.." 

10.48 malam

Sebenarnya erna masih berlengah-lengah lagi nak ke hospital. Sebab kalau boleh nak sakit yang betul-betul tak tahan baru nak ke hospital. Ibu, ayah, semua dah bersiap sedia je nak gerak ke hospital. Ibu pun dan tolong siapkan anak-anak, Iman dan Taqwa. Suami kerja malam masa ni. Tapi suami memang tau erna ada contraction seharian ni. Cuma erna dah pesan pada suami, tak perlu balik dulu. Tunggu erna bagi green light barulah balik.

Rasa macam nak terberak tau masa ni. Tapi takut nak teran-teran. Ibu pesan jangan suka-suka teran. Nanti terkeluar baby pula. Biasalah masa contraction datang tu kan kita rasa macam nak berak. So, erna kencing je la. 

Bila nak cuci tu la ada lendiran darah. Ya Allah...tak tahu nak kata apa masa ni. Dalam hati ucap syukur tak henti-henti. Akhirnya makbul doa erna. Allah datangkan sakit contraction. Allah turunkan tanda darah. 

Kepada ibu-ibu yang kandungan dah overdue mesti faham sangat perasaan erna masa ni. Sebabnya...setiap kali solat, tak kiralah solat fardhu atau hajat, erna berdoa agar Allah datangkan tanda-tanda untuk erna lahirkan bayi dalam kandungan dengan selamat dan diringankan kesakitan serta dipermudahkan semuanya. Inilah doa erna sepanjang overdue. Sebaknya rasa sebab Allah kabulkan juga permintaan erna yang ini.

Lepas kencing tu, erna bagitahu ayah. "boleh la kita pergi hospital. turun darah dah ni.."

Pertama kali sejak jadi anak ayah..erna nampak ayah sangat panik. Ayah yang tengah baring kat hall terus bangun dan berlari ke bilik bagitau ibu.."bu, cepat pakai tudung sekarang dah keluar darah ni.."

Perasaan masa tu rasa lawak ada, terharu ada, sebak ada. Macam-macam ada. Sebab tak pernah nampak ayah sepanik itu. Kasih seorang ayah kan....

Eh, sebelum bertolak ke hospital..erna sempat makan nasi dengan sup ayam ibu masak. Lepas tu ibu rebuskan telur ayam kampung separuh masak dan erna minum 1 mug ESP Shaklee. ESP Shaklee ni selusuh moden erna tau..3x bersalin erna memang tak pernah lagi ada air ke minyak ke selusuh. 

11.30 malam 

Tepat 11.30 malam erna selamat dah ada dalam labour room Hospital Columbia. Masa ni ibu ayah dan anak-anak semua dibawah. Suami pula dalam perjalanan dari tempat kerja ke hospital.


eceh. tak sakit sangat masa ni. boleh la posing. hehehe

Selusuh mudah bersalin
Ini selusuh mudah bersalin dan kurangkan sakit bersalin.
 Air tu air zam zam

Bila check bukaan jalan, 2cm. 

Alahai...beriya erna tahan sakit. Baru 2cm bukaan jalan tu. hehehe

Erna minta izin nak balik tapi nurse tak bagi. Nurse cakap dah anak ke-3 ni takut cepat je bukaan jalan tu 10cm. Nanti tak sempat sampai hospital pula dah bersalin kat rumah. Ok. Akur. Terus check in hospital. Turun ke bawah sekejap jumpa anak-anak. Salam ibu ayah. Bab ni yang sedih sebak segala macam perasaan tu ada. 

Masa salam dan cium anak-anak rasa sedih sangat. Sedih yang tak tahu nak cakap macam mana. Iyalah..bersalin ni ibarat bertarung nyawa kan? Siapa tahu itulah kali terakhir dapat peluk cium anak-anak. Peluk Iman dan Taqwa kuat-kuat. Cium dan sedut dalam-dalam bau mereka berdua. Kesayangan ummi dunia akhirat tu. Harta dan nyawa ummi hingga hujung nyawa ummi.

Mungkin juga itulah kali terakhir dapat salam peluk cium ibuayah. Ibu pun sama-sama dah meleleh air mata. Mulut ni nak cakap minta maaf pun tak terkeluar perkataan. Sebaknya Allah je yang tahu. Sebab erna tahu, ibuayah antara orang yang sangat-sangat susah hati dan banyak doakan erna mudah bersalin. Lagi-lagi dah overdue ni. Ibu siap ada niatkan sesuatu untuk erna dan baby jika semuanya selamat dan selesai dengan baik kelahiran ke-3 ni.

Masa sesi salam-salam, anggaran dalam pukul 12 malam juga. Suami pun dah sampai. Suami senyum-senyum dan jeling-jeling je masa sesi salam-salam ni. Suami pun faham sangat dah isteri dia ni memang ratu. Ratu air mata. Kalah Fasha Sandha. hahaha...

1.35 pagi

Masa ni dah masuk semula dalam Labour Room. Lampu pun dah di malapkan. Erna suruh suami tidur. Nurse pun dah bagi bantal dan selimut kat suami suruh suami berehat-rehat. Erna pula rasa tak senang hati nak baring je atas katil. Jadi, erna buat keputusan berjalan-jalan dalam LR. Lepas tu erna squat, jalan itik dan ketuk ketampi juga. Apa yang tak seronoknya, bila erna buat aktiviti ni dalam LR, suami pun tak boleh nak lelap mata. Dia sama berdiri dan mundar mandir dalam LR tu. hahaha lawak la kalau ingat semula. 

Jadi, erna buat keputusan baring je la atas katil diam-diam. Sebab kalau erna tak berehat, suami pun sama tak berehat. Lagipun erna fikir, kalau dah penat sangat nanti..takut kekurangan tenaga pula nak meneran lahirkan baby.  

Columbia Asia Puchong
Peneman setia

2.40 pagi

Contraction semakin kerap. Selang 3minit macam tu erna akan mula kawal sakit contraction dengan teknik pernafasan yang betul. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus ikut mulut dalam kiraan 10. Suami? seronok dia berdengkur kuat. Geram jugak dengar. Tapi erna tak nak la kejutkan suami. Kesian. Seronok tengok suami tidur berselimut beriya macam tidur di hotel. Lagipun, erna bukan jenis yang suka berpaut-paut pada suami atau pegang-pegang suami waktu sakit contraction menyerang. Erna lebih selesa genggam selimut sekuat-kuatnya sambil mulut tak henti berzikir. 

Tapi bila datang sakit tak tahan sangat...rasa macam nak berak sangat, erna panggil juga suami. Jerit kecil je la sebab orang tengah syok tidur mana nak dengar kalau panggil lembut sangat. 

Suami panggil nurse dan nurse check bukaan jalan. Nurse cakap dalam 4-5cm dah bukaan. Dalam hati....."tak apa. sikit je lagi. bertahan. kuat kuat kuat..."

3.30 pagi

Jelas dengar bunyi orang menahan sakit, dengar bunyi gas, dengar bunyi suara Dr. Raja memberi kata semangat. Erna pun bagitau pada suami, tutuplah pintu rapat-rapat. Rasa macam terganggu je emosi bila dengar orang lain tengah menahan sakit. Rasa tak selesa dan rasanya lebih selesa menahan sakit sendiri. 

Tup tup dengar bunyi suara baby nangis. Nurse yang dari tadi jaga erna ni..dia cakap bilik sebelah pun ibu yang lahirkan anak ke-3. Masuk LR pukul1 lebih tadi dan dah selamat pun dapat baby. Tak lama lepas tu Dr.Raja pula masuk dan check bukaan jalan erna. Dr.Raja cakap dalam 5-6cm . "Tak apa. Slow and steady je.." Dr.Raja tak tahu dalam hati ni dah tak tertahan nak meneran. Sakit pun semakin kerap. Memang kalau boleh sekarang juga nak keluarkan baby. Tapi Dr.raja bagus. Keep positive. Lemah lembut je pun cakap bagi hati rasa tenang menahan sakit.

5.00 pagi

Anggaran masa je sebab masa ni memang sakit dah sangat kerap dan tak sempat nak tengok jam lagi. Erna minta suami sekali lagi panggil nurse bagitahu yang erna dah rasa sakit yang lebih kerap dan rasa nak meneran.

Nurse masuk dan check bukaan jalan. Masa ni nurse pesan jangan teran dan tarik nafas dalam-dalam bila datang sakit. Erna sendiri tak pasti berapa bukaan jalan yang sebenar. Terdengar perbualan antara 2orang nurse, bukaan dah full kata salah seorang nurse ni. Tapi baby masih jauh diatas. Jadi, bila datang je contraction dan rasa sakit tu, nurse minta erna bagitahu pada mereka. Masa ni..nurse masukkan jari dan macam korek-korek. Erna tak rasa sakit pun dikorek sebaliknya rasa nak meneran cepat-cepat.

Doktor sampai dan sarung apron. Kesian tengok muka Dr.Raja. Mengantuk sangat nampak muka Dr.raja masa ni. Dr.raja tanya.."sakit sangat?.." erna senyum dan jawab ye. Sakit yang kerap. Dr.raja seluk dan cakap.."datang sakit, teran sekuat hati.."

Walaupun ini pengalaman ketiga melahirkan anak secara normal, tetapi jujurnya inilah pengalaman paling ngeri pada erna. Bukanlah ngeri apa...tetapi inilah pengalaman paling susah pada erna nak teran keluarkan baby.

Erna dah teran sekuat hati tetapi nurse, suami dan Dr.raja masih lagi suruh erna teran, teran dan teran lagi. Bila letih, erna berehat sekejap daripada meneran. Sampaikan ada sekali tu...Dr.raja dan nurse ulang cakap..."teran....gerammm gerammm...marahhh....teran lagi.." Suami pula berulang kali cakap.."dah nampak kepala adik. dah nampak kepala baby. sikit je lagi ma.." itulah yang berulangkali erna dengar suami cakap.

Terakhir sebelum erna teran sehabis tenaga, erna cakap dalam hati dan cakap pada diri sendiri. Inilah saat yang erna nantikan. Baby overdue. Takkan erna nak kena ceaser pula? takkan nak biarkan baby lemas sebab ummi tak teran sungguh-sungguh dan kuat-kuat? Masa inilah erna usaha gunakan segala tenaga yang ada. Datang je rasa sakit sekali lagi...erna teran dengan nafas dalam yang panjang. Erna penat, erna curi nafas sedikit sahaja dan terus teran lagi sekuat hati.

Alhamdulillah........akhirnya erna dapat rasa sesuatu keluar dari bawah dan terus Dr.raja letak baby atas dada erna.

Subhannallah.....baby nangis sangat kuat.

Erna? pertama kali erna nangis selepas lahirkan anak. Anak sebelum-sebelum ni nangis juga. Tetapi untuk kelahiran kalini, erna nangis beriya-iya. Sungguh-sungguh erna nangis bila baby dah ada atas dada erna. Erna peluk, cium, dan nangis teresak-esak sambil usap dan cium baby.

Kenapa ye nangis beriya-iya?

Sebab pada erna...anak ketiga inilah erna paling risau sebab overdue. Kemudian nak meneran keluar baby kalini yang erna rasa paling susah dan mencabar. Selain daripada pelbagai ujian dan cabaran lain sepanjang kehamilan anak ketiga ni.

Jujurnya selepas segala proses selesai, nurse cakap..bukaan jalan memang dah 10cm. Tapi dinding rahim sebahagian tu dah terlalu nipis. Ada yang masih tebal dan baby macam jauh sikit diatas. Tak masuk laluan dengan betul. Sebab tu ambil sedikit masa untuk ummi teran sungguh-sungguh. Kes macam ni juga boleh jadi punca kena vacum dan lebih serius terus kena emergancy ceaser. Dr.raja relax tengok je sebab nampak ummi ni masih boleh kawal dan berdaya. Walaupun kenyataan sebenar ummi dah penat teran. hihihi.

Nurse cakap lagi, "Puan Erna punya pain control during labour sangat bagus. Bacaan contraction dah tinggi pun boleh control lagi guna nafas. Tak nak gas.." Erna memang tak pandai guna gas sedut-sedut tu. Lebih selesa mengawal pernafasan.

Alhamdulillah...akhirnya, penantian erna berakhir. Allah sekali lagi kabulkan doa erna untuk beri peluang erna lahirkan anak erna secara normal dan segala kesakitan, kepayahan serta cabaran lenyap hilang begitu sahaja. Kini baby ketiga yang membesar dalam rahim erna selamat, sihat sempurna atas dada erna.

Ikutkan perjanjian dengan Dr.Raja, 27hb Oktober 2016 erna ada appoinment pukul 8.30 pagi untuk induce. Alhamdulillah... pukul 5.59 pagi baby keluar dengan selamat dari rahim ummi. Syukur alhamdulillah......

Lama baby dapat bonding dengan ummi sebelum dibersihkan. Paling lama antara ketiga-tiga anak. Sempat nenen, babah azankan. Nangis dan celik mata tengok ummi, tengok sekeliling labour room. Sempat bergambar-gambar dengan ummi juga. Rasanya dalam 30minit juga baby bonding dengan ummi. Sepanjang proses uri keluar, jahit menjahit pun relax je baby hisap nenen dengan ummi. Allah...bahagia. Peluang sangat-sangat ni. Terima kasih Allah. Terima kasih Dr.Raja the best gynea.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan erna. Suami, ibuayah, mama, geng kapak, semua geng Shaklee, lyn yang berkongsi pengalaman anak semua overdue, semua-semua lah. Erna nak senarai 1 per 1 ramai sangat. Allah jua dapat balas segala doa baik-baik kalian untuk erna.

Secara official, ummi anak 3. Alhamdulillah.....

pengalaman bersalin overdue
Air mata ummi pun tak kering habis lagi masa ni.

Babah tengah azan baby
Official Announcement. Ceh...macam retis!

sempat lagi consult customer. Dalam labour room ni.
Komited sungguh. hehehe...




Next, erna share pengalaman bersalin di Columbia Asia Puchong. 

Share this:

, , ,

CONVERSATION

2 comments:

  1. Tahniah erna..
    Akk sbnrmya ngeri baca pengalaman bersalin erna ni sbb teringat bersalinkan bb akk yg last dak aish tu..lbh kurang pengalaman kita

    ReplyDelete
  2. Fuhhh... bace entry org bsalin.. terasa mcm kite plk yg nk meneran.haha.. tahniah erna.

    ReplyDelete