Resepi: Ikan Masak Taucu

Resepi Ikan Masak Taucu l Assalammualaikum. Alhamdulillah dah masuk minggu kedua Ramadan. Diam tak diam 7 hari dah berpuasa. Korang masih puasa full ke atau ada yang belum mula berpuasa? Sebab tak puasa - ABC. Allah Bagi Cuti. Ataupun dalam fahaman anak-anak erna, 'istimewa macam kak ros upin ipin' hehehe

Ok. Memandangkan erna pun dah lama tak berkongsi resepi dalam blog erna, harini erna nak kongsikan satu resepi yang erna masak untuk menu buka puasa Ramadan hari ke-2 baru-baru ni. Menu yang simple tapi sangat syedap. Iaitu Ikan Masak Taucu. Layan makan berpinggan-pinggan tau. Dulu masa awal-awal kahwin erna tak berani nak masak menu ni sebab babah cakap, babah kureng suka menu ni. Erna pun bila suami cakap kureng suka, tak lah erna nak masak. Risau nanti kalau masak terpaksa makan sendiri dan sentap sendiri sebab suami tak nak makan. Dasarrrr sangat nak sentap bagai. Hahahaha...

Biasalah bulan puasa, mesti ada je teringin nak makan itu nak makan ini. Erna pun dah jemu makan ayam. Jadi, nekadlah erna buat Ikan Masak Taucu. Rindu menu ni. Tak sangka pula suami suka. Rasa masam, masin, pedas bercampur. Berselera sungguh makan. Alhamdulillah..lepas ni boleh la masak selalu Ikan Masak Taucu. Yeaayyy....

Resepi Ikan Masak Taucu


Bahan-bahan

3-4 ekor ikan (lumur garam dan siap goreng)
(ikut suka korang nak ikan apa. kerisi, tenggiri, kembung. apa-apa je)
1-2 biji Bawang Besar (dihiris) 
1-2 biji Bawang Besar (potong bulat besar)
2-4 biji Tomato (potong bentuk wedges)
3-4 ulas bawang putih (dihiris)
1-2 inci halia (dihiris nipis)
6-7 biji cili padi (dihiris. nak pedas letak lebih.)
1 biji timun size sedang (boleh potong memanjang atau serong macam erna)
3 sudu besar taucu atau kalau guna jenis paket kecik, boleh guna dalam 2 - 3 paket taucu (erna guna cap bilal)
Sedikit air asam jawa 
Gula & minyak untuk menumis.

* tak pakai garam sebab taucu dah masin.

Cara-cara

1. Ikan lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat tau. Angkat dan ketepikan dulu.

2. Panaskan minyak. Guna je minyak goreng ikan tadi untuk menumis. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & cili padi hingga naik bau.

3. Masukkan sedikit air dan taucu. Kemudian sedikit air asam jawa. Biarkan seketika hingga mendidih. Air Asam jawa ni agak -agak je kuantiti dan korang kena rasa supaya tidak terlalu masam.


4. Masukkan ikan yang dah digoreng tadi.




 5. Masukkan tomato dan bawang yang dihiris kasar.


6. Bila bawang dan tomato dah agak layu, masukkan timun pula.


7. Kemudian perasakan dengan sedikit gula secukup rasa. Tak payah garam sebab taucu dah masin.


8. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan. 

Nota Tambahan : Kepada yang tak biasa makan Masak taucu, rasa menu ni adalah masam, masin, pedas, manis. Semuanya bergabung. Kalau ada nasi panas, bersedialah untuk makan 2 pinggan. hahaha...

Sehingga bertemu di entry akan datang. Terima kasih tau sudi baca entry ini sehingga habis. Sudi kiranya meninggalkan komen di entry ini =)

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment