Pengalaman Lahirkan Anak Ke-4

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Setelah hampir 1 tahun erna tak update blog erna, dan selepas lebih 5x erna ulang tulis entry ini, alhamdulillah...akhirnya siap juga entry erna yang ini. Sebagai pembuka entry selepas hampir 1 tahun tak update blog, harini erna kongsikan pengalaman lahirkan anak ke-4 erna. Rasa tak lengkap blog ummierna.com ni jika erna tak update pengalaman kali ke 4 masuk labour room. 

Serik nak mengandung lagi?
Serik nak beranak lagi?
Tak lah. Erna tak pernah serik masuk labour room. Sebab pengalaman 9 bulan mengandung, melalui sakit contraction dan meneran lahirkan zuriat sendiri adalah suatu nikmat terindah kasih sayang dari Nya. Even sekarang pun dah rindu. Ops! hahaha...rindu je bukan nak mengandung sekarang tau. 

Tak ada sebab pun untuk erna rasa serik. Cuma, buat masa ini erna nak berehat dan bercuti panjang dari masuk labour room. Fokus adalah nak membesarkan 4 orang anak dengan jarak usia yang agak dekat jugalah kan. Kesemua anak erna jarak antara mereka 2 tahun. Korang doakan erna selalu kuat, gagah perkasa mental dan fizikal oke :)

Baiklah, dibawah ni erna mula nak throwback pengalaman manis lebih kurang 8 bulan yang lalu. Panjang tau. Selamat membaca..habis baca, di jemput tinggalkan komen :)

-----------------------------------------------------

29 Ogos 2018 - 9.42 pagi

Semalam tidur rumah ibu sebab babah kerja malam. Dah sarat-sarat mengandung sejak masuk 36 week memang babah tak bagi tidur rumah dengan anak-anak kalau babah kerja malam. Risau tiba-tiba nak bersalin ke, ada yang terberanak kat rumah nanti. hahaha 

Pagi ni babah sampai awal sikit dari biasa. Sempat la hantar Iman Taqwa sekolah. Lepas tu, babah bawak puan isteri sarat yang nak makan Lontong. Lontong tu nak makan bersama Sambal Telur Burung Puyuh bukan sambal ikan bilis. Hahaha...mengada la ummi erna. Alhamdulillah, babah ok je. Layannn....

So, lepas hantar anak sekolah, kami sama-sama pergi sarapan. Pagi ni dari pukul 8 erna dah mula rasa sakit. Sakit tu dalam 15-20 minit sekali. Sakit tak berapa konsisten.


4.30 petang

Sepanjang hari dari pagi tadi erna memang dah mula rasa sakit datang dan pergi. Sakit tu macam main-main. Acah-acah gitu sakit datang. Babah macam berat hati nak pergi kerja. Dari pagi tadi membawa ke petang, rasanya lebih 20x babah tanya.. "ma nak bersalin dah ke?" "ma rasa bersalin dah ke harini?" 

Erna pun was-was je nak bagi babah pergi kerja atau stay je rumah ibu teman erna menunggu masa erna nak bersalin. Sebab sakit bukan baru sehari. Dalam minggu ni memang erna dah mula rasa sakit-sakit. Tapi tak lah pulak baby keluar. Tu yang erna tak pasti betul nak bersalin atau tidak.

10 malam

So, petang tadi babah tak masuk kerja sebab risau erna akan bersalin. Tapi, bila sampai pukul 10 malam pun sakit erna macam main-main je. Contraction tak berapa konsisten, erna pun rasa sakit tu erna boleh control, relax tak sakit sangat pun, jadi erna suruh je babah pergi kerja. Rasa tak bersalin lagi kot. Lagipun kat rumah ibu, adik ada. Ayah ada. Incase nak bersalin betul-betul, mereka boleh tolong hantar ke hospital. 

30 Ogos 2018

1.08 pagi erna sempat balas-balas wasap dengan mak wani. Siap hantar gambar mucus plug yang keluar petang pukul 4 lebih tadi. Lepas kencing petang tadi, masa nak cuci tu..eh eh eh rasa ada lendir. Bila tengok lendir tu kemerah-merahan. Dup dap dup dap erna. Tu erna wasap mak wani - mak anak 5 lagi lebih pengalaman kan..haruslah menjadi rujukan. hehehe. Wani cakap, biasa lepas turun tanda, tak lama dah la kak erna akan bersalin. Tambah debor didada ni.

Sambil wasap mak wani, erna dah siap-siap pakai baju nak ke hospital. Ibu paling..sibuk suruh erna ke hospital. Ibu suruh erna bersiap cepat pergi hospital. Erna dah mula guna contraction tracker nak cek selang masa contraction erna. Sakit tu ada. Masa sakit tu dah mula konsisten. Tapi apa yang membuatkan erna masih berlengah adalah erna rasa sakit tu erna boleh kawal lagi.

Dalam pukul 1 pagi ni juga sempat erna bancuh ESP 1 mug, makan Ostematrix 4bj nak melegakan rasa krem krem perut. Makan BComplex juga pembekal tenaga, membantu supaya mood nak meneran tu tenang-tenang je. Taklah sakit pinggang melampau bila makan Ostematrix. Minum ESP pula, terasa perut penuh dan kenyang. Melayan contraction dengan ESP, Ostematrix, BComplex adalah sangat awesome.

Mata rasa mengantuk. Erna dah mula rasa contraction yang lebih kerap dan contraction tu dalam sela masa yang betul. Konsisten. Tapi sebabkan mata mengantuk, erna tengok ayah dan adik pun tidur, erna pun masuk bilik tidur. Sambil baring, sambil rekod masa contraction datang sehinggalah erna tertidur.

3.40 pagi Dalam pada syok tidur, tiba-tiba erna terjaga sebab rasa sakit tu datang. Erna pergi kencing dan lepas keluar toilet tu erna duduk tepi katil melayan contraction dan set contraction timer.


Kalau tengok pada contraction timer, sakit tu dah datang 3 minit - 4 minit secara konsisten. Erna dapat rasakan ini bukan lagi false alarm contraction. Ini betul-betul contraction. Cuma erna taklah panik mana sebab erna rasa erna masih mampu kawal rasa sakit tu. Sakit, memang sumpah sakit. Tapi erna boleh lagi kawal rasa sakit tu.

Masa ni juga erna terus forward screenshoot timer ni kat kak shina. Kak shina cakap, dah boleh cepat siap-siap pergi hospital. Kak Shina suruh cepat kejutkan ayah dan kejutkan adik, mintak tolong hantar ke hospital. Sebab anak dah ramai dan beberapa kali bersalin ni, jalan nak buka cm cm tu cepat je. Risau terbeeeranak kat rumah je nanti ni hihihi


Sebelum wasap dengan kak shina, erna wasap dengan babah dulu. Tu yang erna pesan babah balik awal sikit dalam pukul 7. Konon boleh bertahan dan belum nak bersalin la tu Hahaha


Tapi lepas wasap dengan kak shina, terus erna wasap babah suruh balik sekarang juga. Macam biasa setiap kali erna nak bersalin, babah la orang yang panik dan babah  ada tabiat nak muntah, rasa loya, semua lah bila isteri nak bersalin. Hahaha memang inilah perangai babah dari anak 1st lagi. 

Alhamdulillah sampai hospital, ayah drop kan erna dan adik erna kat emergency. Nurse bertugas kat emergency tanya anak keberapa dan ada tanda apa-apa ke menandakan nak bersalin? erna bagitahu la ada sakit sakit dari pagi. Tapi bila dengar nak lahirkan anak ke-4, terus laju naikkan wheel chair tolak naik ke labour room. Masa tu erna rasa erna masih mampu lagi berjalan. Tapi memang nurse tak bagi la nak berjalan sendiri. Bahaya nurse cakap. So erna ok je. duduk je la kat wheelchair.


Terus tolak masuk Labour Room. Terus kena naik atas katil. Nurse pasang CTG ke perut ummi macam gambar diatas tu. Tujuannya nak baca degupan jantung baby dan kadar contraction. 

Dan masa ni rasa tak sabar sangat nak midwife seluk sebab nak tahu dah berapa cm bukaan. Yelah sakit pun dari pagi kan..mengharap banyak cm dah buka dan baby cepat-cepat keluar. Memang plan erna bersalin kali ke-4 ini nak bersalin cepat-cepat. Tak nak menahan sakit lama-lama di labour room. Sebab tu dari awal terasa contraction tu, erna layan je contraction dirumah. hehe

"4cm puan.." 

erna hampa bila dengar 4cm. Sebab erna harapkan sampai hospital atleast dah 6cm hahaha
Punyalah bertahan lama kat rumah, sekali sampai hospital, kena seluk 4cm -__-

"tapi puan dah anak ke 4. laju je bukaan jalan. Subuh ni mesti puan dah bersalin"

Ok, sejuk sikit hati ku ini dengar midwife cakap macam tu hehe

Lepas midwife keluar dari labour room, tinggal erna dan babah. Erna buat senaman squat dan ketuk ketampi dengan harapan nak bantu lebih cepat bukaan jalan. Tapi, babah suruh erna rehat. Babah risau kalau erna terlalu penat nanti erna nak push baby tak cukup tenaga pula. Masa ni lampu dalam labour room pun dah dimalapkan. Sesambil erna tengah squat , midwife masuk nak check erna dan midwife pun suruh erna rehat dulu sebab tak dapat nak baca CTG baby bila erna bergerak sana sini. 

Erna pun surrender dan baring semula atas katil. Lagipun masa ni sakit contraction erna semakin kerap. Masa ni juga, tali pinggang CTG dah semakin ke bawah midwife pasang. Itu tandanya baby dah semakin turun, turun dan turun.

Sempat juga erna baca yassin masa ni. Sempat baca sekali je. Selebihnya, babah bukakan video dari hp sebab erna dah mula lmelayan sakit contraction yang semakin mengganas. Ewah kemain ayat. mengganas katanya hehehe..

Dan sama seperti bersalin 3 orang anak yang sebelum ini, erna lebih selesa melayan contraction sendirian tanpa dipegang atau dipujuk sesiapa. Babah kat tepi berpeluk tubuh, jalan sana jalan sini dalam labour room sambil tepuk-tepuk dada sebab mual. Begitulah suami erna. Setiap kali pun begitu juga reaksi dia. Bila berdebar, dia akan rasa mual mual ,loya tekak hehe...

6.30 pagi erna dah rasa tak tahan sakit. Rasa nak terber** sangat. Bila erna bagitau babah yang erna dah tak tahan sakit, babah panggil midwife masuk untuk seluk dan check bukaan erna. Masa ni ada 4 orang nurse tau. 2 oarang nurse tu memang ada dari 1st erna masuk labour room dan 2 orang lagi nurse yang baru masuk kerja. Kiranya nak tukar shift. 

6.45 pagi erna dah tak tertahan sakit. Betul-betul rasa nak push. Tapi berulang kali midwife cakap jangan teran lagi. Sebab air ketuban pun tak pecah lagi. Nanti kepala baby bengkak katanya. Dalam masa yang sama, midwife dan nurse tak berhenti picit bahagian peha kaki erna kira dan kanan . Masa ni erna dah tak berapa nampak mana suami ku hahaha...

Dalam pada erna menahan sakit, midwife seluk dan erna dapat dengar perbualan sesama mereka.

"dah full.." kata midwife.

"dah call doktor kan" ni nurse pula cakap

"dah. dah. doktor dekat dah. full dah ni." midwife membalas semula.

Erna masa ni memang tak tertahan sangat rasa nak meneran tapi cuba cool dan ikut je arahan midwife. Berulang kali cakap kat erna jangan teran. Dalam masa sama memang non stop lah 2 orang nurse dalam labour room ni picit picit bahagian peha erna. Siap cakap doktor dekat dah. 

Elok Doktor Raja sampai je dalam labour room, Dr. Raja terus seluk.

"Kalini datang je rasa nak berak, push kuah-kuat ye.."

3x juga erna push. Babah dah sampai tahap panik sebab katanya nampak erna dah push habis kuat dan habis nafas. Muka erna pun dah macam hilang darah. Pucat. Tapi baby tak lepas keluar lagi.

push yang terakhir, erna usaha sekuat daya dan tenaga yang ada. Erna gunakan segala kepakaran dan pengalaman sedia ada, alhamdulillah...keluar anak keempat ummi dan babah. Terus Dr. Raja bagi skin to skin. Lama juga dapat skin to skin dengan baby. Masa ni uri pun belum keluar lagi. Seingat erna, anak sebelum-sebelum ni semua cepat je uri keluar. Tapi kalini agak lambat sikit. Apapun semuanya alhamdulillah..lancar dan selamat.



Fresh from oven


Pengalaman 3x bersalin di hospital yang sama, bersalin waktu subuh, menu makan selepas bersalin tetap sama. Roti, Jem Strawberry, Butter dan air coklat panas. Dan alhamdulillah..tukang sapu roti, tukang bancuh air coklat, pun orang yang sama .hehehe


Ini pula menu lunch erna. Erna request bubur ikan. Erna memang suka makan bubur ikan Hospital Columbia Puchong.


Sayang baby ummi. Alhamdulillah..merasa sekali lagi melahirkan anak secara normal. Syukur lepas selamat semuanya.


Baby lepas menyusu, nurse tolong burpp kan baby 


Geramnya ummi masa ni tau...

Ihsaan Nuhiy


Ihsaan - Anugerah/Hadiah/Pemberian 
Nuhiy - Kesenangan ku

D. O. B - 30 August 2018
P. O. B - Columbia Hospital Puchong
Time - 7.29 am
Normal Delivery

Alhamdulillah...dapat erna kongsikan pengalaman lahiran anak ke-4 erna.
Terima kasih kepada yang sudi baca sehingga akhir.

InsyaAllah kita jumpa next entry. Erna rindu sangat nak update blog dan sesungguhnya erna sukaaa...sangat menulis blog, bersosial dengan rakan blogger juga. Semoga sihat dan baik-baik selalu ya.

Share this:

, , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment