IMAN 11 BULAN

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah..dah masuk bulan Mac. Kejap betul masa berlalu. Mac adalah bulan istimewa untuk erna dan suami. Sebab setahun yang lalu..pada akhir Mac, kami sama-sama dapat hadiah..hadiah anugerah indah dari Allah. Mengikut jangkaan doktor, Iman bakal melihat dunia 14/4/2012. Tapi, seawal 30/03/2012 Iman dah lahir ke dunia. Takdir. Perancangan Allah lebih indah..Tak sangka yang erna kendong sana-sini dulu, bukan main aktif merangkak sana-sini sekarang. Eh, ini dah macam entry iman umur satu tahun pulak. Masih berbaki beberapa hari iman nak berganjak ke usia satu tahun. Owh..sungguh tak percaya. Iman selamanya baby di hati ummi dan babah..

1- Iman sangat bijak!
Setiap mak-mak akan puji dan obses pada anak sendiri kan? Pada pendapat erna tak salah nak obses pada anak sendiri. Takkan nak obses pada anak orang lain pulak. Betul tak? Terlalu banyak erna nak kongsi pasal iman. Macam-macam yang erna tunjuk pada iman..iman akan follow. Erna memang tak bagi iman masuk dapur. Erna takut kotor dan bahaya rasanya kalau iman masuk dapur. So, setiap kali iman main-main ataupun erna tengah masak, iman akan stop depan pintu dapur. Iman tak pernah lagi merangkak sampai masuk ke kawasan dapur.

2- Perkataan-perkataan dari mulut iman.
Sekarang ni iman banyak sangat cakap. Pandai cakap 'nenen..nen..nen..' boleh panggil 'ummi..mimimi..ummimimi..' 'aaapeee..apeee..apee..' iman paling suka sebut..'car..carr..car..' yang ini memang jelas sebutan iman. Banyak lagi perkataan yang iman boleh sebut. Kadang jelas dan selalunya perkataan-perkataan yang keluar dari mulut iman spontan. Bila ummi suruh cakap lagi, dia buat tak tau..dan perkataan lain pulak yang keluar dari mulut dia. 

3- Merangkak sangat laju
Ada kawan-kawan yang seumur iman dah berjalan. Tapi anak erna ni masih belum berjalan. Merangkak memang sangat laju. Sampaikan erna dan adik ipar selalu bercakap sesama kami.."iman ni x sakit lutut ke merangkak laju sangat?.." ahahha...sampai macam tu kami ni fikir. 

4- Berdiri lepas tangan
Iman suka berdiri kat tepi sofa..berdiri di kaki kerusi meja makan, berdiri tepi meja. Lepas tu..dengan suka hati dia akan tepuk-tepuk tangan walaupun belum stabil boleh berdiri. Bukan main..kami ni yang tengok kecut-kecut perut takut kalau-kalau iman jatuh terlentang. Iman relax and steady je..nak lepas-lepas tangan.

5- Makan banyak
Alhamdulillah..selera makan memang cantik. Tak pernah erna risau tentang selera makan iman. Apa sahaja yang erna masak dan nenek masakkan untuk iman, iman makan. Tak pernah menolak. Siap bertambah. Pemakanan iman masih di kawal rapi oleh ummi. Erna dah mula intro telur pada iman. Tapi sikit-sikit je la. Mula dengan telur kuning sesudu dua masukkan dalam bubur.

6- Nyanyi
Erna memang sangat suka nyanyi untuk iman. Nyanyi siap buat aksi dan memek muka terbaik. Kadang iman follow. Kadang iman akan buat muka pelik habis tengok ummi yang beriya-iya menghiburkan hati iman. Tapi, anak buat muka pelik. hahaha. Tak kisah la sayang..yang penting iman enjoy dan boleh faham apa yang ummi tunjuk pada iman.

7- Baca buku
Buat masa sekarang ni..iman bukanlah terlalu minat nak baca buku. Macam biasa ummi over excited belikan iman buku. Size buku kecik..besar..tebal..nipis..lembut..kain..kertas..macam-macam ok! Tapi si anak..nampak kurang berminat dengan buku. Kalau ummi selak buku dan tunjuk itu ini gambar..kejap je la dia tengok. Lepas tu mesti iman sendiri yang akan tutup buku. Ada 1 kes, buku tu size A3. Besar la..Erna tunjukkan gambar animal beserta sound..iman dengar kejap je. Then iman tutup buku dan duduk atas buku. Oho....sabar je la ummi nyer ni :) So, erna buat pendekatan untuk lebihkan menyanyi beserta action dan iman boleh follow.

8- Kenal Orang 
Iman dah kenal siapa ummi, siapa babah, atok, nenek, tokma dan makcik pakcik dia. Memang terharu lah naluri ku sebagai seorang ummi bila iman memang kenal erna dan tak pernah menolak kalau erna nak ambil iman dari orang lain. Selalu terfikir..bahagia betul ada anak. Bahagia betul anak kenal kita. Sedih pun ada. Sedih sebab rasa..iman betul-betul perlukan ummi dan bergantung pada ummi. 'Betul-betul ada anak aku ni..' berkata dalam hati :)

9- Menangis di school
Tak pernah erna menulis perihal iman ke playschool setiap hujung minggu. Sebenarnya seawal umur iman 6bulan erna dan suami daftarkan iman untuk join playschool. Kelas setiap hujung minggu. Iman tinggal dengan nenek kalau erna bekerja. So, tak ada pergaulan dengan rakan sebaya. Jadi, sangat bagus sebenarnya untuk iman join playschool ni. Macam-macam iman dan ummi belajar kat playschool. Sejak-sejak dah mula kenal orang..iman dah pandai nangis-nangis time class. Dulu, ok je..tak ada masalah dia kat school. Makin besar..makin banyak ragam.

10- Minum susu ummi
Secara jujur susu erna bukanlah semeriah dulu. Tapi dengan izin Allah, iman masih minum susu ummi hingga hari ini. Sangat jarang iman minum guna botol susu melainkan kalau ummi tinggalkan iman kat rumah nenek. Itupun nenek lagi kerap bagi iman minum air masak dalam sippy cup. Kalau ada ummi memang dia bijak la..menyondol dada ummi nak nenen. Tak pun..'nen..nenen..nennn...' bising mulut iman mintak nenen. Semoga terus di limpahi rezeki susu badan sehingga iman berumur 2tahun. amin

Banyak lagi nak bercerita sebenarnya..terlampau panjang la pulak entry ni nanti. Tak termasuk lagi gambar-gambar yang erna nak tepek kat sini. hehehe..Doakan anak erna terus membesar jadi anak soleh, sihat dan bijak. Jom layan gambar pulak..

Muka excited dapat berdiri + buang botol vitamin ummi.

Botol Omega ummi letak atas kerusi..Iman berdiri laju-laju buang ke bawah.

Umpan jangan kacau ummi solat. Siap touch light besar lagi jadi umpan. hehe

Style tidur menonggeng kegemaran iman sekarang

Bila dukung iman, terasa iman panjang sekarang ni..

Latihan berjalan..malam-malam kami bawak ke tapak depan Masjid Putrajaya

Baru bangun tidur dah buat aksi menggoda macam ni. I LOVE U SAYANG!

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

,

CONVERSATION

8 comments:

  1. wah dh plan birthday iman ke u?

    ReplyDelete
  2. Iman kejap je dah nak setahun...huhu..nnt buat birthday tak? kekeke..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..kejap je kan anak membesar..hihi..xsbr tunggu baby kua :P

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, da 11 bulan da Iman..
    Adam pun suke tidur menonggeng..
    Chumel je, buat kite rase gram nak cubit2 lak! Heeee

    ReplyDelete
  5. Comelnye imannn. Kejap je dh nk sethn. Xlame lg nk setahun dh. Bila dia besar makin byk jgk kita as umi belajar mcm2 kan. Sekaligus mematangkan kita kan.

    ReplyDelete
  6. sgt seronok baca perkembangan iman.setiap ibu nakkan yg terbaik utk anak.syukur sbb iman membesar dengan bagus...tak lama lg dh dpt kaki lg la aktif tak larat nak kepung..:)

    ReplyDelete
  7. fuhh..sekejap je rasa ank2 mmbesar..n sure rindu saat dia kecik kan?

    ReplyDelete
  8. good boy iman...anak makin besar mmg makin byk ragam...kita ni pulak excited kn tgk perkembangan anak? hehe

    ReplyDelete