Superhero Ummi dan Babah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Setiap hari tengok perubahan dan perkembangan iman sikit demi sedikit buat hati rasa berbunga. Buat diri rasa bahagia. Terlalu banyak salah silap sepanjang hidup sebagai hamba Allah tapi tetap Allah izin kan mengecapi kebahagian sebegini rupa. Allah Maha Penyayang. Allah boleh beri apa sahaja kepada kita asalkan kita meminta bersungguh-sungguh dari Nya. InsyaAllah..akan termakbul doa dan impian kita. Nampak serius pulak baris-baris awal entry kalini. Tapi, ini lah apa yang erna rasakan sekarang. Lagi beberapa hari je usia Iman nak masuk satu tahun. Satu Tahun? waaa....pantas masa berlalu. Syukur dengan kehidupan hari ini. Syukur juga semakin jauh meninggalkan masa lalu. Masa lalu biarkan berlalu..sebab pemberian nikmat Allah hari ini, jauh lebih indah dan sempurna. Bahagia...
Iman masih belum berjalan. Ciri-ciri nak berjalan tak berapa nak ada lagi buat masa ni. Biarlah dia merangkak puas-puas dulu. Nanti kalau iman dah berjalan..rindu pulak nak tengok dia merangkak ke arah erna. Sekarang ni pun selalu jugak terasa rindu nak tengok iman meniarap dan menyusur laju-laju macam askar ke arah erna. Masa dah lepas kan..sekarang iman tengah enjoy nak merangkak laju sana-sini. Aktiviti paling dia gemar sekarang ni..memanjat. Huh..kalah orang dah boleh berjalan. Confident je dia memaut mana-mana yang dia nak dan berdiri laju-laju. Lepas tu mana-mana yang boleh dia panjat, dia panjat. Sampaikan kepala ayah erna yang tengah baring pun dia panjat. Ish..babap kaki iman. Mana boleh panjat kepala atok. Asal boleh panjat, tak kira mana pun dia panjat. hehehe..
Bab bercakap pula..semua cakap iman ikut erna. Pot pet pot pet. Sampaikan babah iman pun cakap..iman ni mesra alam macam ummi dia. Banyak cakap. Suka tegur orang sana sini. hahaha. Nak buat macam mana kan. Tapi agak pelik la bila iman..boboy banyak cakap. Kalau gurl yang banyak cakap..biasala kan. Tak kisah la iman sayang..kalau iman mesra alam macam yang babah cakap tu..semoga iman di senangi semua orang. Banyak bercakap dan peramah akan buat orang lebih mudah selesa dengan kita. Bukanlah kita ni peramah tak tentu pasal kan.. :) Good..banyak juga iman menurun perangai ummi bukan babah. ahahha.. (babah jangan jeles ok!)
Tapi sebenarnya..iman pun ada ikut babah juga. Sebab iman suka tidur silang kaki macam babah. Itu memang tak dapat elak. Sebijik anak bapak ni tidur style sama macam babah dia. Selain dari tu, babah iman jenis penakut makan ubat. Iman pun sama. Kalau nak bagi iman makan ubat atau nak lap hingus iman ke..memang macam nak berperang. Silat kungfu bagai kami suami isteri ni kalau nak lap hingus iman. Dia pantang betul kalau nak lap-lap hingus. Makin besar makin bijak! Ini antara aksi iman yang erna sempat snap. Ada banyak sebenarnya..tapi semuanya goyang-goyang sebab iman gerak..
step 1
step 2
step 3
Finally!
Teror sangat kan? kan?
JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
ihihih.. bak kata pak cik hadikan erna... budak laki ni, mmg pandai memanjat dari kecik lg... double meaning tu. =D
ReplyDeleteBijaknya Iman. Satu-satu dipanjatnya..
ReplyDelete