Susah Senang Sama Sama

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Isteri yang solehah sentiasa taat 
pada allah dan patuh dengan suaminya 
suami yang bersalah sentiasa diberi maaf 
cemburu dengan suami tiada dalam sikapnya 
kepulangan suami disambut senyum penuh hormat

Kekurangan yang diberi dari suaminya 
tidak pernah dia menyanggahnya 
merasa puas degan pemberian suami 
kesalahan suami didoakan pada tuhannya

Dengan suaminya sentiasa berbaik sangka 
redho dengan pemberiannya 
sekalipun banyak kekurangan 
sentiasa simpati dengan kesusahan 
simpati dengan kesusahan suaminya

Kebuntuan suami diberi semangat dengan 
kata-katanya suami mendapat 
semangat dari isteri yang bertimbang rasa 
suami mendapat inspirasi bla bersamanya

Begitulah sifat isteri yang solehah 
susah senang diharungi dengan bahagia 
cemburu tiada dalam kamus hidupnya 
suami turut cinta dan bertimbang rasa padanya

Isteri Solehah - Mawaddah

Bila susah ramai yang menjauh. Tidak mustahil ahli keluarga sendiri pun boleh menjauhkan diri. Kalau senang, orang yang tak pernah kita kenali pun tiba-tiba boleh rapat. Kan? Betul tak?

Bila sudah berkahwin, susah senang, jatuh bangun, gagal berjaya semuanya boleh dikongsi bersama kekasih hati iaitu pasangan kita. Kongsi bersama suami atau isteri kita. Syukur dengan semua nikmat kurniaan Allah. Nikmat perkahwinan itu bukan sahaja pada waktu gembira dan senang. Bahkan nikmat perkahwinan itu perlu dilalui dan dinikmati bersama waktu sedih dan susah. Nikmat perkahwinan bukan hanya ketika diranjang sahaja ye..Walaupun itulah yang sering di perkata oleh ramai orang. Sebaliknya nikmat perkahwinan itu terlalu luas jika hendak di perkatakan..

"Allah kan ada..kenapa nak susah? Kalau kita tak ada sesiapa pun di dunia ini, kita ada Allah. Kita jaga hak Allah (kita adalah hak Allah. Bertaqwa pada Allah adalah antara cara kita menjaga hak Allah)..Allah akan jaga kita sebaiknya. Berbaik sangka dengan Allah..kita akan mengenali nikmat dan erti syukur..Semoga bila kita senang, kita tak pernah lupa waktu susah..jangan bila senang, masing-masing lupa diri.."

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment