Ketawa Iman Zikir
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Sekarang ni, kalau boleh setiap hari nak capture video iman. Sekarang juga, setiap hari erna akan tengok video masa iman kecik-kecik dulu. Alahai..bukan main bam bam anak ummi dulu. Sekarang dah kurus panjang dah iman.. Bila tengok video iman yang lama-lama hati rasa berbunga. Senyum-senyum sorang kadang tu sampai keluar air mata bila tengok. Bukan apa..sedih..gembira..macam tak percaya dah ada anak. Macam tak percaya anak erna, lagi beberapa hari nak berganjank ke usia setahun. Nak masuk alam kanak-kanak dah. Apapun..macam babah iman cakap, iman tetap baby dalam hati kami. Walaupun suatu hari nanti iman yang akan jadi abang pada adik-adiknya. Iman tetap istimewa. Iman tetap baby kesayangan kami.
Awal-awal erna dah inform pada semua customer yang erna akan bercuti sabtu dan ahad. Bukan bercuti ke mana pun..duduk rumah je. Cuma harini tak keluar mengepos barang. Harini masak lemak cili padi ayam untuk erna dan suami dan masak lemak labu ayam untuk iman. Selera bukan main iman makan. Erna tak lah selalu masakkan iman makanan bersantan. Kadang-kadang je..Seminggu-2minggu sekali baru masak letak santan. Nanti erna share resepi bubur nasi iman dengan kuah lemak labu ayam dengan semua kawan-kawan erna kat blog ni. Banyak juga resepi dari blog kawan-kawan lain yang erna nak try masak untuk iman tapi tak sempat lagi nak buat. Weekdays memang bz. Weekdays masak yang simple sahaja untuk iman.
Korang rajin tak amik video anak? Menjadi kenangan..
Jom layan video kat bawah ni. KLIK PLAY ye..Berulang kali erna play video ni. Tapi..abaikan suara latar tu ye. hehehe..
JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,
Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
rksm video baby best...
ReplyDeleteBlog meo :)
kikiki suka eh dia.
ReplyDeleteMemang erna. Dah ada anak ni, kamera sentiasa di sisi. lepas snap, harus rakam video lak. hee
ReplyDeletealolo suke die ye..memang rase sayu sangat baby makin membesar kan..rase macam eh cepatnye masa berlalu kan..
ReplyDeletehamboiiiii happynye iman ni... :)
ReplyDelete