Mencuit Hati

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sejak 2-3hari lepas erna rasa tak sedap tekak. Tak sedap tekak tak sama dengan loya tekak tau. Erna rasa sakit tekak. Tekak macam kering dan pedih-pedih. Langkah awal..erna elakkan minum air sejuk dan berais. Walaupun sekali-dua ada jugak la curik-curik minum air sejuk suami. hehe. Padah kurang minum air masak erna mula la terbatuk-batuk dan menyakitkan dada. Tapi, kerja tetap jalan macam biasa. Tetap menerima order dari pelanggan dan tetap jalankan urusan mengepos macam biasa.

Pagi tadi erna tak sihat pun gigih bangun sebab nak hantar SET BERSALIN SHAKLEE ke Umra, Shah Alam. Customer erna dah 4hari melahirkan baby dan masih belum makan apa-apa set bersalin. Akhirnya selepas menyuarakan niat hati nak makan SET BERSALIN SHAKLEE, doktor pun memperakui produk Shaklee adalah bagus dan doktor pun sarankan customer erna ni makan SET BERSALIN SHAKLEE. Alhamdulillah..ekin selamat melahirkan seorang baby boy nama Umar seca pembedahan. Sebab jalan lambat bukak dan Umar dah meronta nak keluar jumpa ibu ayah =) Maka ibu Umar di bedah dan Umar selamat lahir kedunia. Umar sangat comel. Kecik je..teringat erna masa iman masih kecil Mulalah terfikir..bila nak ada baby comel macam Umar tu lagi. huhu..Erna geram je tadi nak cium Umar tapi menahan nafsu nak cium Umar sebab erna tak sihat. So, cuit-cuit je la pipi Umar tadi. Erna rasa lega dapat past SET BERSALIN SHAKLEE tu ke tangan E-kin customer erna. Walaupun Umar di tahan wad sebab jaundis, tapi E-kin boleh makan vitamin dalam SET BERSALIN SHAKLEE tanpa ragu-ragu. Sebabnya..seawal 2jam lepas melahirkan baby, ibu dah boleh makan vitamin untuk tubuh yang sihat dan bertenaga.

Sebelum ummi nak hantar iman ke rumah nenek..nenek awal-awal dah sms ummi cakap.."kalau tak sihat hantarlah iman. ibu masak bubur iman.." waaa...terharu la erna sebagai anak bila ibu yang hantar sms offer untuk jaga iman. Ibu pun tahu macam mana cucu dia bila duduk dalam kereta. Memang tak duduk diam. Asek la menarik leher baju babah sebab iman sibuk nak bawak kereta jugak. Bila erna duduk kat belakang..dia sibuk nak ke depan. Agaknya nanti kalau dah boleh berjalan..mesti iman sibuk nak jalan ke depan kebelakang. Macam ni ummi kena beli MPV la senang iman nak jalan-jalan dalam kereta nanti. Terima kasih ibu T__T

Sementara menunggu suami bersiap tadi, sempat erna update status di fb seperti gambar bawah ni ye..

Bulat merah tu mencuit hati ^_^

Bertambah ramai rakan-rakan mencuit hati dengan komen seperti ini ^_^

Memang masa mula-mula mengandung iman, simptom yang di hadapi adalah setiap malam rasa tak sedap badan, sakit tekak dan batuk-batuk ringan. Tak check pun positif atau tak. Sebabnya..erna dah tak period sejak november lagi. Lepas nifas erna ada period..start november tak datang period. Disember tahun lalu ada check..negetif. Januari pun check juga..kalini ke klinik nak lebih comfirm. Jawapan negetif juga. Iman masih kekal sebagai permata hati kami yang utama =) Lagipun ada ibu menyusu yang tak pernah datang period langsung. Cuma, mengikut apa yang orang selalu cakap..kalau lama tak period..tiba-tiba period..sila ambil langkah keselamatan jika masih belum bersedia nak hamil lagi. Sebabnya..potensi untuk lekat sangatttt tinggi ^__^

Alhamdulillah..lagi beberapa hari iman berganjak ke usia setahun
masih menikmati kelazatan susu ummi yang tiada tandingan.
rezeki dari Allah..

HARGA SET BERSALIN SHAKLEE


JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)


Share this:

, , ,

CONVERSATION

4 comments:

  1. kalau set bersalin shaklee xyah makan jamu2 tu ehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah dah tqah.. no more jamu-jamu. semalam, customer erna tu..baby dia kena tahan wad sebab jaundis. Dah 4hari customer erna ni tak makan apa-apa set berpantang lagi.

      Shaklee ni vitamin..erna direct je suruh dia makan vitamin sebab anak jaundis pun tak ada masalah nak makan vitamin. Tak perlu risua panas ke apa..ibu baby pun segar je..

      Delete
  2. Hahahaha..klakar kot diorang ni...ape da...:P Tapi kalau ada jangan lupa bagitau..hahahah

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah sy pon nak amek set shaklee mase menyusu nanti :)

    ReplyDelete