3 DOA KHUSUS UNTUK WANITA

Alhamdulillah berkesempatan untuk kongsikan dengan pembaca blog erna, 3 DOA KHUSUS UNTUK WANITA. 

Amalkan zikir Ya Barii' (sebutanya Ya Barik ) selepas subuh, atau dibacakan seawal kita berpagi-pagian.

Bermaksud, Allah yang Maha Mengurus, yang Maha Mentadbir, yang Maha  Mengatur. 

Cara zikir, 

Allahumma..... 
Ya Barii' (ulang sehingga 40x)

Ditutup dengan doa,

Ya Allah, aku serahkan hidup ku, anak-anak ku, suami ku, perniagaan ku, pekerjaan ku, dan seluruh kehidupan ku hari ini dan hari mendatang untuk diaturkan oleh Mu Ya Allah, untuk diuruskan oleh Mu ya Allah. Amin. 

Ramai wanita hari ini sibuk ke spa, bercuti, hiking untuk healing katanya. Hakikatnya dalam Islam sendiri telah mengajar cara untuk menghilangkan penat dan stress melalui amalan zikir atau tasbih Fatimah yang telah diajarkan sendiri oleh Rasulullah kepada puteri baginda Saiditina Fatimah r.a.

Kisahnya dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.

Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.

Lalu baginda bersabda;

“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)

Maka disaran kepada wanita, isteri dan ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata. 

Antara amalan yang para wanita boleh buat untuk kecantikan semulajadi, boleh ikhtiar membaca ayat ke 35 hingga ke 38 surah al-waqiah setiap kali lepas subuh.

Selepas baca ayat ayat ini, hembus pada air dan minum air tersebut. Kaedah ini diamalkan supaya anda kelihatan cantik, muda serta bertenaga luar dalam.

Boleh juga ke blog sahabat Shaklee erna untuk baca perkongsian doa khas untuk wanita. 

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment