Ramadhan Pertama Bersama Suami

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah..sungguh besar nikmat Allah S.W.T.. Tahun ni, hari pertama Ramadhan erna bersahur,berpuasa dan berbuka bersama suami soleh takdir Allah S.W.T.. Negeri Johor tempat tinggal erna selepas kahwin ni,amik cuti untuk awal Ramadhan. Jadi, suami soleh erna tak kerja hari pertama puasa. Kul11.30am kami mulakan misi ke Tesco untuk beli barang-barang dapur dan barang-barang kering. Semua khas untuk isteri solehah.. (suami soleh yang cakap ni)

Syukur kebanyakan kelengkapan dalam rumah telah di sediakan suami. Bak kata orang,isteri masuk cuci kaki. Alhamdulillah.. persedian yang cukup rapi oleh suami soleh. Terima kasih.. Ok2..berbalik semula pada cerita asal.. Malam sebelum kejadian ni, maksud nyer..malam sebelum kami ke tesco, erna ada call ibu tanya apa barang-barang yang perlu dibeli. yela..ini adalah kali pertama erna berbelanja untuk kegunaan rumah sendiri. Selepas bincang-bincang, alhamdulillah...erna dapat list barang-barang keperluan asas untuk rumah dan dapur..

Misi mula dengan 1troli. Bermula dengan barangan asas seperti sabun, makanan kering dan berakhir dengan keperluan asas masak-masak. Suami soleh erna ni, tak pernah masak pun kat umah ni. jadi serba serbi kena beli. Garam,gula pun kena beli. Dari 1troli,kami terpaksa amik lagi 1troli. Sebab tak muat 1troli. Plan asal nak beli makanan kat bazar dan buka kat rumah..tapi memang tak sempat kami nak balik.

Kesimpulannya..Untuk hari pertama puasa,suami soleh masih beri erna off. hehehe.. off sebab tak perlu masak lagi. Kami sama-sama buka kat Food Court Tesco. Alhamdulillah...sedap. Balik dari Tesco, teman suami soleh ambil uniform kerja yang hantar kat dobi. Suami soleh cakap tak nak susahkan erna. Jadi uniform kerja kali ni hantar dobi. Lagipun kami baru juga sampai dari Puchong. Sedih sebab kami tak sempat pergi terawih untuk hari pertama T__T Sedih sangattt...

Gambar-gambar kat bawah ni, gambar kami sepanjang hari shoping pertama untuk rumah kami..

Itu erna sedang sibuk memilih..hehehe

                                                        
                                                          Fokus pada troli..Alhamdulillah

                                          
                                                          
                                                                Lihat suami soleh..hehehe











#Alhamdulillah Ya Allah...sungguh besar nikmat Mu. Semoga kami suami isteri menjadi hamba Mu yang mensyukuri segala nikmat. Semoga dimurahkan rezeki kami suami isteri. AMIN YA ALLAH...

                                      

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment