Munir ke Johor Bahru
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Alhamdulillah,syukur berpeluang melangkah ke Ramadhan ke-15. Ini bermakna kita dah berpindah ke fasa Ramadhan yang seterusnya. Lama betul erna tak update blog ni. Almost 2weeks tak berupdate. Banyak perkara yang nak di kongsi bersama..banyak je benda yang terfikir nak dicatatkan di sini sebagai ingatan untuk hari esok. Tetapi kemalasan yang melanda diri, menyebabkan hasrat erna tu,terhenti ditengah jalan.
Sepanjang minggu lepas, siang hari erna tidak kesorangan. Teman erna, MUNIR datang melawat erna. Seronok sangat ada teman siang hari. sepanjang peninggalan suami soleh ke tempat kerja, munir temankan erna. Banyak aktiviti yang kami buat bersama. Paling...erna syukuri, kami berpeluang pergi solat terawih sama-sama. Syukur sangat.. sebab, Ramadhan tahun lalu..kami sama-sama ada berdialog.
Ramadhan lalu...
"Sedih la..Ramadhan tahun depan, kita tak dapat puasa sama-sama lagi. Tak dapat sahur,buka dan terawih sama-sama lagi. Sebab..Ramadhan tahun depan, kita akan cuti semester. Lepas tu, kita dah habis study.."
Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, tahun ni.. Allah masih beri peluang kami bersahur,berpuasa,berbuka dan terawih sama-sama. Syukur sangat.. Syukur kerana Allah kurniakan suami yang memahami dan menerima teman erna dengan hati terbuka. syukur sebab suami yang bawa kami sama-sama ke masjid. Alhamdulillah Ya Allah...
Sepanjang seminggu munir di rumah erna, kami ada jugak gotong royong masak sama-sama. Kalau erna masak lauk, munir masak sayur. Pastu ada jugak suami soleh erna yang baik hati, bawak kami buka puasa kat luar. Semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat suami soleh ku. Amin...
Layan beberapa pic sebagai tanda ingatan sepanjang seminggu munir di rumah erna..
# Bersahabatlah sampai syurga. AMIN...
0 comments:
Post a Comment