Insan Terpilih
Assalammualaikum dan Salam sejahtera..
Macam mana nak mulakan entry kalini erna pun tak pasti. Sekadar menaip apa yang terlintas agar tercurah rasa hati saat ini. Minggu lepas, hari isnin suami out station ke Gua Musang meninggalkan ummi dan iman. Hari suami bertolak tu, kesihatan suami ok. Biasa-biasa sahaja. Tapi, bermula hari rabu - khamis minggu lepas, berulang kali suami mengadu dalam talian, suami sakit pinggang. Banyak kali suami cakap.."kalaulah ummi ada dekat, boleh mintak tolong ummi urutkan pinggang babah.." Sedih jugak isteri dengar. Nak sedapkan hati suami dan hati sendiri, "babah pergi tanya orang sekitar, kalau-kalau ada makcik tukang urut yang boleh urut sakit pinggang babah.." Sedih dalam hati sebab tak mampu tolong suami saat dan ketika suami perlukan isteri..
Hari sabtu masa ada perlawanan bola sepak Kelantan lawan ATM, siangnya suami mengadu suami rasa sejuk badan. Rasa tak selesa badan. Rasa demam yang lain macam. Demam sejuk badan tak macam selalu. Banyak kali erna bagitau suami pergi klinik dapatkan rawatan. Tak perlu bekerja kalau tak sihat dan berehat je di rumah. Dalam pada tu, suami 2-3kali ulang alik ke Hospital Gua Musang. Setiap kali pergi, mesti suami di beri makan 2biji pil. Erna tak pasti pil apa. Pil tahan sakit barang kali. Sebabnya, lepas makan pil 2biji dan cucuk di punggung..suami rasa selesa dan tak rasa sakit-sakit badan lagi. Bila diberi pulang kerumah, sakit berulang lagi.
Kul4.30pagi tadi, sekali lagi pekerja suami hantar suami ke hospital. Dalam pukul8, suami dibenarkan pulang dan perlu datang semula untuk buat ujian darah. Tapi, dalam pukul3.30petang, suami sekali lagi rasa tak selesa dan rasa sakit sejuk menggigil datang semula. Berulang semula suami ke hospital dan kalini suami tak dibenarkan pulang. Erna terima panggilan suami masa erna di office. Lebih kurang kul5.15petang, suami inform yang suami di tahan wad. Doktor suspek suami dijangkati Virus Kencing Tikus. Terus menitik air mata. Dengar suara suami yang mengigil kesejukan buat hati rasa lagi sedih. Sedih sebab sekali lagi tiada di sisi suami saat suami perlukan isteri. Perkara pertama yang erna buat lepas cakap dengan suami di talian, erna sms munir. Lagi berderai air mata. Call ibu dan call mama mertua. Nasib baik masa tu laju-laju je ke surau. Menangis sorang dalam surau.
Esok pagi akan ke Gua Musang bersama FIL. Kalini, dengan berat hati terpaksa tinggalkan iman dengan nenek sebab erna memang dah ambil keputusan untuk jaga suami sepanjang suami di hospital. Risau..risau sangat nak tinggalkan iman. Kebarangkalian dalam 5-7hari suami akan tinggal di hospital. Kalau boleh, nak suami segera keluar dari hospital. Amin. Erna berdoa agar keadaan suami semakin stabil dan kami dapat pulang ke KL segera. Lagipun kami sama-sama dah plan nak masuk rumah kami sendiri hujung bulan ni. Bukan erna tak fikirkan iman..lepas dapat 1sms dari munir, "jangan menangis, banyak istighfar..barulah boleh berfikir positif untuk ambil tindakan dan keputusan terbaik.." Setelah erna timbang tara dan bincang dengan ibu, erna rasa jalan terbaik adalah erna tinggalkan iman bawah jagaan ibu. Kalau bawa iman ke Gua Musang, siapa yang boleh jaga iman? Erna? Erna nak jaga suami di hospital...Alhamdulillah stock susu ada dan stock puree pun erna dah siap-siap buat hujung minggu baru ni.
* Iman sayang..ini adalah kali pertama kita terpaksa berpisah sementara waktu. Ummi mintak maaf iman tak dapat hisap nenen dalam beberapa harini. Ummi harap iman ok dan baik-baik sahaja bawah jagaan nenek. Bukan sengaja ummi nak tinggalkan iman, tapi ummi nak melawat babah. Kesian..babah. Babah sakit. Nanti, ummi bawak babah balik ye..kita pindah rumah baru. Almari baju iman pun, babah dah booked di kedai. Harap iman dapat biasakan diri beberapa hari tanpa ummi dan tanpa nenen ummi. Doakan babah cepat sembuh dan semoga semuanya baik-baik sahaja. Ujian Allah itu hanyalah pada hamba-hamba terpilih sayang..Kita hamba yang terpilih untuk diuji sayang..Ummi dan babah sayang iman dunia akhiat.
nota ummi: Ummi takut ummi yang sedih tak tahan berjauhan dari iman sebab kita tak pernah berjauhan. Ummi sayang iman. Ummi sayang babah. Betapa istimewanya kita..Kita insan terpilih T________T
Ya Allah erna..sabar byk2.. doakan husband erna cpt sembuh..aminnn
ReplyDeleteKuatkan semangat ye Erna. Hana faham perasaan erna, berat hati nak tinggalkan anak tapi dlm masa yg sama kena pulak fkrkan suami. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Hana rasa erna dah buat keputusan yg terbaik meninggalkan iman di bawah jagaan neneknya, the perfect person to take care and love him so much!
ReplyDeleteSemoga babah iman cepat sembuh. Be strong ye dear. Hana pernah lalui ujian yg berat sgt masa 3 hari hana bersalin tp msh belum bersedia nk share lagi.
sabar ye erna. insyaaallah... semua akan selamat. bab iman pula dia akan faham. jaga hubby elok2. lin doakan dia cepat sembuh.
ReplyDeletekuatkan semangat yer..
ReplyDeletebanyakkan berdoa moga babah iman cepat sembuh..
iman pasti memahami keadaan umminya, sebab iman seorang anak yang cerdik..
ReplyDeletesabar ye erna mungkin ada hikmah disebalik semua ni berlaku...semoga erna tabah menghadapi ujian....dan semoga hubby erna cepat sembuh amin
ReplyDeleteErna...tabahkan hati...kuatkan semangat...insyaallah berdoalah pada allah...setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...
ReplyDeleteerna.
ReplyDeletebe strong dear. insyaallah iman faham. biasanya anak2 kecik ni dia lagi dapat merasai apa yg bakal jadi lebih dahulu dari kita. InsyaAllah babah iman sihat.
Moga semuanya dipermudahkan untuk ummi-babah-iman. Amin.