Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis ke-7 Part 1
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Lama sungguh tak bersiaran. Bukan main banyak nak dicatat disini untuk kenangan hari esok. Kalau nak bagi alasan bz bekerja, mommies lain pun bekerja jugak. Still ada masa nak berupdate blog dengan cerita best dan sharing good info. Ummi iman ni pulak lama menyepi. Setiap hari terjah blog mommies sana sini. Cuma blog sendiri tak sempat nak berupdate. Sekarang ni, suami ada so bolehlah suami bantu erna pos barang customer. Siang ditempat kerja, memang jadi pekerja mithali la sebab memang tak bukak fb or laman sosial yang lain. Curik-curik bukak email dan blog adalah. Itupun takut-takut nak bukak. Masih baru bekerja kan..tak nak la kalau buat sesuka hati macam office tu ayah erna yang punya. Iman pun tengah tidur ni lepas hisap nenen. Boleh la ummi mengupdate blog walaupun tak tau nka mula cerita dari mana. Sebenarnya hutang entry pun masih ada. Cuma hutang mengenai entry Majlis aqiqah dan Kenduri Kesyukuran Iman. Itu nanti mesti erna akan update! Tunggu ye.. ^__^
Al-kisah hujung minggu lepas erna ambil cuti bermula hari khamis hingga ke selasa minggu baru ni. Rabu malam kami bertolak ke kedah kampung halaman ayah. Semalaman je kami tidur disana. Sebabnya suami dah book Hotel Seri Malaysia, Kangar dua malam. Syukur masih ada bilik kosong sebab semua hotel di Perlis full book. Owh ya. Kami ke perlis sebab erna nak terima Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah...akhirnya tiba hari yang di nantikan. Khamis pagi erna ambil jubah konvo serta kad jemputan untuk ibuayah masuk dalam dewan. Erna berjanji dengan mai nak ambil jubah sama-sama. Walaupun berbulan tak jumpa mai, erna ada jugak contact mai melalui sms dan call. Mai dan munir ni bukan hantu fb macam erna.hehehe. So,kalau kami nak contact kami akan saling calling. 1st jumpa mai..sangat erharu sebab mai jemput ambil erna kat rumah nenek di kedah. Erna bawak iman bersama masa ambil jubah. Wani kawan kelas Microelectronic temankan mai ambil erna dan iman di kampung. Bukan main lama beratur nak ambil jubah.
Konvo erna sidang petang. Kami ada 4sidang semuanya. Erna ni punyalah kelam kabut bersiap sebab semua pun dah ke dewan. Erna masih terkedek-kedek ke dewan dengan ibuayah. Pertama kali nak tinggalkan iman tanpa erna dan ibu disisi. Betul-betul buat erna cuak. Sebelum ke dewan dan sebelum bersiap dengan pakaian serta jubah konvo, erna pam susu siap-siap untuk iman. Erna dengan berat hati terpaksa tinggalkan iman beberapa jam dengan babah,pak long (abang erna) dan acshu (adik erna). Kejap-kejap erna akan call suami tanya keadaan iman. Dalam dewan tu..banyak kali erna call iman. Ingatan pada iman kuat. Risau betul nak tinggalkan dia. Biasanya..kalau erna nak tinggalkan iman pun, erna tinggalkan dengan ibu. Ni ibu pun ada dalam dewan dengan erna kan.. nasib baik iman behave sangat masa dalam jagaan babah, pak long dan acshu. Eh, atok erna merangkap moyang iman pun follow. Semangat betul siap usung atok ke majlis konvokesyen =P
Tak pus jumpa munir dan mai. Kawan-kawan lain pun jumpa kejap-kejap je. Masing-masing sibuk dengan famili masing-masing. Tak sangka pulak dalam dewan duduk sebelah adik ezmaliza. Permulaan huruf nama kami pun sama kan..huruf 'E' tak mustahil kami duduk sebelah-sebelah. Kalau dah namanya konvokesyen mesti ada bunga kan? Suami pun nak belikan erna bunga. Erna cakap tak nak lah bunga. Bear pun ok jugak. Hehehe.. Dapatlah erna hadiah konvokesyen dari suami, munir, adik-adik junior dan tak snagka kak fuzi senior erna yang dah jadi engineer kat penang pun datang bagi erna bunga. Abang erna pun bagi bunga juga. Terharu...
Lepas konvo, kami sekeluarga bercuti ke langkawi. Alang-alang dah sampai situ kan. Tah bila lagi akan ke sana. Ok la..ini pun kali kedua dah erna ke langkawi. 1st time masa suami bawak erna honeymoon dulu. InsyaAllah nanti-nanti boleh datang lagi. Gambar konvo semua ada dalam camera abang erna. Kelam kabut tak sempat nak transfer. Abang pulak dah selamat balik labuan. Abang erna kerja kat labuan. Pertengahan bulan ni abang balik, erna copy gambar dari abang dan upload dalam blog ok. Ada ke yang berminat nak tengok? =)
Picture credit to Eppy Syazwan.
Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, macam tak percaya dah tamat pengajian. Bidang pengajian ini juga bukanlah bidang yang menjadi idaman serta pilihan hati. Impian untuk bergelar pensyarah tidak pernah terpadam. Bak kata Naib Conselor UniMAP di dewan konvo baru-baru ni..menuntut ilmu hingga ke hujung nyawa. Jika harini rezeki ku disini, ibu berpesan..teruskan kerjaya yang ada sekarang. Akan datang dan setiap masa terus berusaha memperbaiki diri. Next target akan diusahakan sampai ia terlaksana dengan izin Allah.
Syukur Ya Allah..impian serta igauan selama ini menjadi kenyataan. Sejak belum berkahwin selalu berangan-angan ingin mengandung semasa dalam tempoh pengajian. Allah makbulkan doa-doa ku. Bermula dengan perkahwinan yang tidak dirancang. Kemudian kehamilan yang juga tidak dirancang seawal itu. Apalagi melahirkan Iman dalam semester akhir yang hanya bercuti pantang dalam 2minggu sahaja. Kemudian terus ke kelas dengan stokin tebal dan sweater. Indah betul aturan Allah. Siapa tahu rencana Allah jauh lebih cantik dari apa yang dirancang. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya
Buat ibuayah, terima kasih. Tahniah. Tiada kata yang boleh mengambar perasaan yang ingin diluahkan kepada ibuayah. Selama ini juga, abang pun banyak membantu dalam sedar dan tidak. Abang juga pernah jadi tempat erna lepaskan lelah. Abang juga contoh untuk kami adik beradik naik ke pentas bersarungkan jubah sama seperti abang. Terima Kasih abang ambil cuti dari labuan terbang ke kl dan ke perlis nak meraikan erna. Selain itu, pakcik ariffin antara orang yang banyak juga menyumbang kekuatan dalam pelajaran dan kehidupan berumah tangga erna hingga harini. Terima kasih cik pin dan mama.
Munirah dan Mai sahabat dunia akhirat erna. Susah senang sepanjang pengajian bersama. Susah senang melayan erna mengidam itu ini sepanjang berjauhan dengan suami. Ya Allah, tidak terbalas jasa kalian berdua. Allah jua dapat membalas segala kebaikan dan jasa kalian. Mereka berdua ni juga yang teman erna hingga saat iman ingin lahir ke dunia. Erna tak larat ke kelas, Munir tolong salin jawapan asg kelas erna dari jawapan Mai. Mai pulak pantang erna mintak tolong, tak pernah menolak. Entah mampu atau tidak lagi jumpa sahabat macam mereka. Semoga Allah lindungi kalian.
Suami! Walau suami jauh sepanjang erna study, walau suami selalu merendah diri, tapi bagi erna, suami adalah yang paling hebat dan tertinggi dalam hidup ku. Sejak dari erna diploma suami menanti penuh setia. Hingga erna suarakan nak menyambung degree suami rela mengizinkan dan terus menanti dengan rela. Pelbagai dugaan hati menimpa sepanjang pengajian, suami tak pernah mengalah. Suami tetap ada. Setia memberi semangat serta pertolongan. Suami menanti hingga saat kami diijabkabul. Suami tak pernah lepas tanggungjawab zahir batin sepanjang erna study dan berjauhan dengan suami. Suami sanggup berjauhan dari isteri dan berjauhan kami sepanjang erna study. Suami uruskan semua perihal rumahtangga sendiri sedangkan sudah beristeri. Suami yang takkan ada galang ganti. Suami yang erna banyak buat salah tetap setia dan memberi sokongan hingga erna tamat pengajian. Suami...semoga Allah sentiasa merahmati mu. Semoga kita berbahagia hingga ke syurga. AMIN...
#Kamu,akhirnya...tamat tepat pada masanya seperti dijanjikan. Cabaran tertunai!
salam erna.Besar sungguh pengorbanan erna..jadi mummy time study..xdapat bayangkan mcm mana erna bole cope ngan semua tu dlm 1 masa..selamat menyesuaikan dirijadi ibu bekerjaya ye =)
ReplyDeletewaalaikummussalam...
Deletebukan berdiri sendiri. kawan-kawan memang banyak bantu. lebih-lebih lagi suami jauh dari erna.alhamdulillah..selesai dah. lega..keje pulak :P
congrats erna!
ReplyDeleteAlhamdulillah..TQ Pn. Tqah :)
Deleteerna,
ReplyDeletesecara peribadi wawa sangat kagum dengan erna. sangat..sangat kagum!
kalau wawa ditempat erna, wawa belum pasti boleh sekuat erna.
Tahniah sayang!
wawa...wah bukan main puji ni. Nak sampai ke tahap grad ni memang macam-macam dugaan lah. alhamdulillah tamat gak. lega...
Deleteerna...tahniah...hihi, seronok kan bile kite abis study mengikut jadual yang ditetapkan :)
ReplyDeletehuuhuhu...tak sabar nak tunggu konvo tahun depan ...lalalala, masa tuh alysa dah pandai jalan..insyaallah, tak sabar nak tgk dia lari2 bawak bung sambil jert2...'mama..mama'...owwhhh...sweetnye (erkk, dah berangan plak)...hahaha :)
itulah ira. seronok sangat. lega dah tamat ni.ira lagi seronok time konvo nanti. alysa dah besar :)
Delete