Rawatlah Hati
Assalammualikum & Hi
Lihat ke kiri dan lihat ke kanan anda akan menyaksikan betapa ramainya insan yang sedang mendapat cubaan. Selusurilah di setiap rumah pasti ada yang merintih dan setiap pipi pasti pernah basah oleh air mata. Maka anda bukan satu-satunya insan yang menerima dugaan.
Percayalah...ALLAH tidak pernah mahu menyulitkan hambaNYA. Namun, harus di insafi bahawa DIA tidak memberikan apa yang kita mahu tapi memberikan apa yang kita perlu. Terimalah segala ketentuan dengan lapang dada, tanpa dendam, tanpa prasangka....RAWATLAH HATI....
Terbaca dari status cu di fb. Terus berhajat untuk jadikan satu entry khas dalam blog kesayangan erna ni. Mengenali cu dari sebuah program anak angkat di Teluk Intan, Perak. Ditakdirkan Allah menjadi keluarga angkat cu dan famili serta bermalam di rumah keluarga cu sepanjang program berlangsung. Sejak dari itu hubungan kami terjalin dan alhamdulillah hingga ke hari ini, masih bertanya khabar. Terharu bila salah seorang ahli keluarga cu, cik sampai call erna sebelum berangkat ke tanah suci. Iman dalam perut, cik siap pos buah tangan dari Mekah. Alhamdulillah dapat menjalin hubungan dengan mereka-mereka yang baik hati dan pekerti serta sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat dalam apa jua bentuk. Sesekali berbual dalam telefon dengan cik juga membuatkan hati rasa syukur kerana takdir Allah yang menemukan kami, memberi peluang untuk erna jalin hubungan kekeluargaan dengan orang luar.
Bak kata cik, sentiasalah teguh hati dan Redha atas ketentuan Ilahi. Semoga selamanya erna adalah hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan Nya dan bukan bermuka-muka.. Semoga erna bukan orang-orang yang berlakon suci sedangkan sentiasa ada dendam dalam hati. Semoga selamanya terpelihara kata-kata erna agar tiada hati yang disakiti dalam sedari atau tidak sedari. Semoga selamanya akan mengambil iktibar dari apa yang berlaku dalam kehidupan lalu dan hari ini. Memang bukan mudah menjadi yang terbaik. Tetapi berusaha menjadi yang terbaik adalah impian semalam, hari ini dan selamanya. Bukan sekadar kata..semoga ia akan terlaksana. Kalaupun pernah melakukan kesilapan pada sesama makhluk Allah, adakah mereka sempurna hingga terpaksa kita hingga hujung nyawa merasa sengsara? Allah Maha Kuasa...
Alhamdulillah untuk takdir terindah hari ini..
Alhamdulillah. Terima Kasih Maha Pencipta.
Betul, kadang2 kita x sedar yg kita mengeluh ats dugaan yg diberikan. Sepatutnye kita msti bersyukur dan terus bersyukur...
ReplyDeleteThanks erna sbb mengingatkan ape yg wawa terlupe... Thanks dear.
peringatan untuk erna ni..untuk kita bersama :) sebab dugaan tu kadang buat kita terleka. sedangkan dugaan yang Allah beri untuk kita muhasabah diri
DeleteBetul erna..kdg2 lupa..cuma sentiasa ingatkan diri sendiri ramai lg yg lebih berat diuji di luar sana nak bandingkan ngan kita..cuma percaya ujian Allah beri utk mereka2 yg mampu utk menanggunggnya..comel iman wat mukerrrr..=))
ReplyDeleteinsyaallah semoga kita sentiasa berterima kasih dengan setiap ujian Allah. harap erna punbukan yang cepat melatah. Harap juga bukan mereka menyimpan dendam dalam hati dan berlakon suci. Semoga di permudahkan urusan kita
Delete