♥ Followers ♥

7 November 2012

Resepi Baby: Rolled Oat Campur Kurma

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam erna dah berniat nak menaip entry ni. Tapi tertangguh sebab kekurangan idea nak mengarang. Ayat tak semestinya kena power. Tapi sekurang-kurangnya, kalau kawan-kawan blogger erna baca, taklah pening nak fahamkan apa yang erna cuba sampaikan. Entry kali ni nak bercerita mengenai iman kesayangan ummi dan babah dah diberi makan oat. Atas nasihat doktor awal-awal, erna perkenalkan iman dengan puree dulu. Sebelum kenalkan iman dengan bubur nasi, erna bagi iman makan organic rolled oat + kurma. Iman suke. Suke sangat makan oat dengan kurma. Pernah juga try bagi iman makan oat dengan puree pear, iman kurang suka. Mungkin sebab kurma lebih manis dari pear. Sebab tu iman pilih oat + kurma. Bukan main lagi dia..

Organic rolled oat untuk iman tu, erna beli kat giant masa outing dengan mama mertua dan kakak ipar. Erna pilih yang jenis instant tapi still berkhasiat sebab organic. Instant oat ni bukan sama dengan makanan instant yang lain. Dikenali sebagai instant sebab, mudah masak. Kenapa erna kenalkan iman dengan instant organic rolled oat? hasil google erna, erna jumpa perbezaan diantara beberapa jenis oat.

1. Steel Cut Oat ialah kernel oat yang dipotong menjadi dua atau tiga keping menggunakan cakera keluli. Kesemua serat oat masih ada, tetapi mengambil masa kira-kira 20minit atau lebih untuk memasak.

2. Rolled Oat sebahagian dari bran (serat) telah dikeluarkan supaya ia nipis bila di gelek di antara 2 penggelek (roller) untuk menipiskannya. Rolled Oat lebih mudah menyerap air dan dengan sifat ini ia digunakan untuk membuat muesli.

3. Instant Oat (Oat cepat dimasak) ialah rolled oat yang di gelek lebih nipis dan dipotong menjadi kepingan lebih kecil untuk menjadikannya lebih cepat dimasak. Oat cepat dimasak digelek setebal 0.4mm dan instant oat setebal 0.8mm. Jika dibandingkan kesemuanya instant oat adalah yang paling nipis.

So, oat yang erna perkenalkan kepada iman adalah dari jenis oat yang kedua. Bezanya, iman punya oat ni instant dan boleh dimasak hanya dengan cara rendam dalam air panas. Hujung minggu ni abang erna akan kahwin. So, kami semua akan konvoi ke pulau pinang. Jadi, erna rasa pemilihan makanan jenis oat ini adalah yang terbaik untuk iman. Kalau iman nak makan bubur nasi, susah pulak penyediaannya nanti. Takkan nak angkut semua periuk pergi penang. kan? Plan erna, hanya bawa oat ni dan boleh di sediakan dengan mudah. Singgah kedai mamak kejap pun ok. RnR pun ok. Sebab hanya perlukan air panas untuk masak oat ni. Then, boleh iman makan oat + pisang, oat + kurma. Ini adalah antara menu travel yang erna rasa mudah untuk iman. So, nestum masih boleh erna jauhkan dari iman. 

Penyediaan oat untuk iman, 

1. Erna kisar oat hingga halus dan masukkan dalam bekas kedap udara.
2. Kurma, erna rendam dalam air panas dalam 5minit.
3. Tapis kurma, buang biji dan kulit luar. Dapatkan isi lembut bahagian dalam.
4. Ambil 2sudu kecil oat yang telah dikisar dan campur dengan kurma yang siap di tapis tadi.
5. Letak sikit air susu atau air zam zam dan kacau hingga sebati.
6. Boleh suap baby. nyum nyum

ini adalah contoh rolled oat yang iman makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...