Rezeki

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang tengah lunch. Lunch harini makan bihun sup sahaja. Selalu kalau makan kat kedai bawah tu, mesti makan sedap-sedap. Sebab banyak sangat pilihan lauk. Dari pagi tadi perut meragam. Bukan nak membuang, tapi perut rasa tak sedap dan tak selesa. Kalau duit ada, tapi kesihatan tak baik, tak guna juga. Bermakna, duit belum pasti menjamin kebahagiaan dan duit itu memang di perlukan untuk keselesaan. Bercerita perihal rezeki Allah, duit bukan satu-satunya rezeki. Macam-macam rezeki yang Allah beri pada kita semua. Antara sedar atau tidak, apa sahaja yang kita miliki harini adalah dari belas ehsan dan kasih sayang Allah. Segalanya rezeki dari Allah.

Kalau meniaga kecil-kecilan di universiti dulu, selalu rasa syukur bila kawan-kawan semua support beli apa yang erna niagakan. Bila dah malas nak niaga, sebab tak sempat nak promote barang sana-sini, erna beranikan diri amik no telefon pusat tuisyen berhampiran dan call, tanya kalau-kalau memerlukan guru tuisyen. Alhamdulillah..semuanya rezeki. Rezeki Allah tak pernah putus. Memang pernah berangan untuk memegang status isteri dan ibu walaupun tengah study. Allah dengar dan tahu impian erna tu. Lalu termakbul dengan izin-Nya walau pelbagai cabaran dan dugaan nak memegang title itu. Rezeki menjadi isteri dan student full time adalah sesuatu yang bukan perkara biasa di kalangan sahabat erna di universiti dulu. Lagi-lagi bila rezeki Allah paling istimewa untuk kami yang baru berkahwin, bila erna di sahkan hamil. Rezeki..rezeki dari Allah. Siapa sangka? 

Erna bukan pelajar yang cemerlang. Pelajar biasa-biasa saja. Dalam kelas pun, ramai lagi kawan-kawan yang hebat. Bila tamat belajar, erna antara pelajar yang cepat dapat kerja. Siapa sangka? Ini juga namanya rezeki. Rezeki dari Allah. Bila malas bekerja, erna sms munir..mula rasa diri ini kurang bersyukur. Yela, munir dan mai hingga harini masih tekun mencari kerja. Bukan munir dan mai sahaja. Masih ramai lagi kawan-kawan yang mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan kami. Sedangkan erna dah ada pekerjaan sendiri. Munir selalu nasihat erna agar kerja rajin-rajin. Sebab betapa siksa dan perit bila masih menganggur dan belum dapat pekerjaan. Ini hari erna, hari mereka..rezeki Allah untuk mereka..lain pulak ceritanya nanti.

Alhamdulillah..syukur dengan rezeki harini. Syukur bila rezeki susu masih melimpah ruah dan cukup untuk kenyangkan perut iman. Walaupun susu tak semeriah dulu, tapi bila 10minit pam, masih mampu dapat hasil 6-10oz. Harus bersyukur. Perlu bersyukur. Bersyukur sebab rezeki dari Allah kurniakan erna dan suami permata hati awal agar kasih sayang kami lebih ketat dan erat. Agar erna tahu apa itu tanggungjawab. Bermakna, rezeki Allah bukan saja-saja. Bukan suka-suka. Rezeki Allah bersebab. Kalaupun dulu merancang itu ini, takdir harini adalah lebih indah dan terancang elok dari-Nya. Semoga selamanya erna akan sentiasa bersyukur dengan rezeki dari-Nya.

#Semoga ada rezeki itu untukku. Ibu cakap, tak salah mencuba. Kalau dah rezeki, pasti menjadi milikku. Semoga Allah memudahkan urusan ku. Amin

Iman pada usia 7bulan 11hari

Iman sayang, semoga rezeki itu memihak pada ummi. Kalau ia jadi milik ummi, bukan untuk yang lain..untuk kita sekeluarga. Untuk iman, untuk babah. Ummi sayang iman sangat-sangat!

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. alhamdulillah..tqah pon bersyukur..walaupun rezeki tqah murah..tqah suka kongsi ngn sume org.. insyaAllah..bile kite jd pemurah makin murah rezeki kita.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tqah. kena rajin berkongsi rezeki yang ada dengan yang lain. banyak berdoa. semoga di murahkan rezeki kita juga :)

      Delete