Selamat Pengantin Baru Abang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama tak bersiaran. Cuti sebab hujung minggu lepas kami semua..keluarga besar side ibu ke pulau pinang untuk hantar rombongan pengantin lelaki. Pengantin lelaki tu, abang erna. Kakak ipar orang penang. Alhamdulillah..selamat semuanya. Nikah hari jumaat dan majlis hari sabtu. Iman pun sangat baik dan mudah kerja ummi sebab tak perlu sibuk-sibuk nak dukung iman. Ramai je yang tolong dukung iman. Iman hanya diserahkan pada ummi bila iman nak nenen. Bila iman mula merengek, adalah sorang makcik ni mintak botol susu nak susukan iman. Bila erna cakap, "meh iman..erna bagi susu.." makcik tu cakap, takpelah..meh makcik bagi susu. Erna balas.."susu ada kat erna je. Tak boleh nak past-past kat orang lain.." kerut dahi makcik tu sambil bagi iman kat erna. Lepas tu, makcik senyum je bila erna selak tudung dan iman laju je hisap nenen. Makcik tu cakap, Iman minum susu badan rupanya. "Iye makcik..iman minum susu ummi sahaja.." hehe

Hari abang nikah ada 3pasangan. Kadi baca sekali je khutbah yang sangat ringkas dan padat. Abang dan kak siti pasangan ketiga yang dinikahkan. Legalah abang sebab jadi pengantin lelaki ketiga yang akan genggam tangan tok kadi. Sebab pasangan yang pertama nampak sangat gugup. Ramai sangat ahli keluarga yang ada dalam masjid tu. Yela..tiga pasangan,sure ramai ahli keluarga dari tiga pasangan ni. So, bila tiba turn abang, tinggal ahli keluarga kami je. Kuranglah gugup dan debar dihati abang. Suami pulak, setia duduk kat tepi dan belakang abang. Suami cakap, nak beri sokongan moral pada abang ipar. hehe

Hari majlis sabtu, kami balik ke kl semula. Tak singgah mana-mana sebab suami sesat-sesat carik jalan. Konon, erna nak beli jeruk buah tangan untuk mertua. Tapi, berpusing-pusing kami cari komtar tak jumpa. Famili yang lainsemua dah gerak balik kl dulu. Kesudahannya, suami cakap tak payah la beli jeruk kat penang. Carik je jeruk kat kl. huhu. Jalan kat penang banyak one way, so berpusing-pusing suami cari jalan. Tak jumpa jugak..kesudahnya, kami tinggalkan penang dan balik kl.

Tahniah. Selamat Pengantin Baru Abang dan Kak Siti. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Cepat dapat baby, nanti iman ada geng sepupu nak main.

Penyerahan mas kahwin dan replika cek

Owh, ini bukan pengantin baru. Walaupun bukan pengantin baru, semoga selamanya Allah tautkan rasa kasih sayang dan cinta antara kami suami isteri. Amin

Dalam bekas yang cantik ni, ada gelang dan cincin batal air sembahyang. Dibelakang, kesayangan kami semua. Iman sibuk main tab masa paklong berdebar nak akad nikah. Umpan iman dengan tab. Bertudung putih, acshu iman. Acshu tu adik erna.

notacomel: Abang, tahniah. macam tak percaya teman bergaduh masa kecil kini dah bergelar suami. Semoga kasih sayang kekal hingga syurga. Amin. Jadilah suami serta pemimpin terbaik.

Share this:

,

CONVERSATION

4 comments:

  1. congrats to abg erna..hihihi

    ReplyDelete
  2. hihi..alhamdulillah dah selesai..tggal belah sini plak la eh.

    ReplyDelete
  3. Tahniah and selamat pengantin baru untk abg erna. Semoga bahagia dunia dan akhirat. ^_^

    btw, seronok jugak tengok pengantin lama. ^_^

    ReplyDelete
  4. hihi.. macam pengantin baru juga..

    ReplyDelete