Resepi Baby: Stok Isi Ayam
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Entry kalini, erna nak berkongsi tentang penyediaan makanan Iman. Awal-awal iman mula makan bubur dulu, lebih kurang umur 7bulan. Kalau ikut plan, nak bagi iman makan bubur dalam umur 8bulan nanti. Tapi tak mengapalah terawal sikit dan pada permulaan iman makan bubur, erna rasa ada sedikit masalah untuk iman proses makanan yang dimakan dan masalah membuang membuang. Erna kenal pasti masalah itu sebab iman pernah tak membuang hingga 3-4hari. Panik kami suami isteri. Pernah juga suami cakap.."kalau iman tak makan bubur, tak makan apa-apa tak boleh ke? Dulu masa minum susu, iman ok je..sihat je..setiap hari berak dan badan sihat comel..Memang baguslah susu ummi.." Sejak tu, ibu cairkan lebih lagi bubur iman. Biasanya, ibu yang tolong sediakan bubur iman. Erna nak masak malam-malam, ibu tak bagi. Ibu offer diri untuk masakkan bubur iman. Erna tak yakin untuk masak awal pagi sebab kadang tu, erna sendiri kelam kabut nak bersiap-siap ke office pagi-pagi. Sebab tu erna nak masak bubur iman malam. Tapi, ibu pulak tak bagi. Erna hanya sediakan bahan-bahan seperti puree atau stok ayam ikan, supaya memudahkan urusan ibu nak sediakan bubur Iman.
Erna dah siap sangai dan blend beras untuk memudahkan ibu masak bubur. Ada dua bekas berisi beras perang dan beras wangi yang dah siap di sangai dan blend. Owh, rasanya erna tak share lagi entry tentang penyediaan beras untuk masak bubur bagi memudahkan ibu-ibu bekerjaya dapatkan hasilkan bubur dengan tekstur halus bersesuaian untuk baby yang belum ada gigi dan baru nak belajar menerima solid food. Tak perlu susah-susah nak blend nasi dan sebagainya. Hujung minggu dah boleh siapkan bahan-bahan ni. Nanti, entry akan datang..erna share pasal beras ye. Babah pun dah belikan slow cooker bagi memudahkan urusan penyediaan bubur. Kalau ibu sibuk nak mengemas atau nak jaga iman tak boleh tinggal, tak perlu risau bubur iman hangus. Sebab slow cooker antara peralatan yang membantu dalam penyediaan bubur. Tak perlu nak jaga api dapur sebab biasanya masak bubur ni, mudah kering air.
Jom, kalini nak share cara buat stok ayam yang boleh di jadikan bahan perasan dalam bubur baby kita. Erna dah bagitahu pada ibu dan mereka yang rapat dengan erna, contohnya famili mertua dan kawan-kawan rapat tentang bahaya beri bahan perisa terlalu awal pada baby. So, erna memang tak izinkan iman di beri bahan perisa awal-awal ni. Jika terlebih garam atau sodium, memang bahaya dan buah pinggang baby terlalu muda nak proses sodium yang membebankan kalau berlebihan. Stok ayam, stock ikan bilis adalah antara cara lain untuk memberi rasa kepada bubur iman. Mak-mak zaman sekarang kretif dengan adanya doktor-doktor yang banyak membantu semuanya untuk pastikan anak dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Terpanjang pulak intro. Erna ada jugak belajar dari mama alysa tentang penyediaan stok ayam. Tapi, erna ada ubah sikit-sikit. hehehe. Anyway, Tq Ira =)
Bahan-bahan:
1- Isi ayam (Ramai yang guna tulang-temulang. Tapi erna guna isi ayam. Tak guna tulang langsung)
2- Rempah empat sekawan. Kayu manis, Bunga lawang, Bunga Cengkih dan Buah Pelaga.
3- Daun saderi
4- Halia
5- Bawang Holland
6- Bawang Putih
Cara penyediaan:
Ini empat sekawan ye. Itu tapak tangan ummi iman..mengalir air basuhan penuh kasih sayang. Cewah..
Basuh isi ayam bersih-bersih guna tepung gandum. Kalau tak bersih, nanti hanyir. Kesian baby..
See..inilah isi ayam yang dah dibasuh dengan air tepung gandum
Daun saderi, bawang hollad, bawang putih dan halia yang erna dah siap potong. Tepi pinggan dah standby empat sekawan juga.
Masukkan air dalam periuk. Masukkan Isi ayam bersih yang siap dicuci. Air mestilah melebihi dari paras ayam.
Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain. Campur je semua dan biarkan mendidih. Masak sehingga 30minit-1jam
Tapiskan ayam dan air rebusan ayam tadi jangan buang. Pilih isi ayam dan sedikit daun saderi, masukkan kesemua air rebusan tadi dan blend bersama. Jangan masukkan rempah empat sekawan. Bawang holland, halia dan bawang putih pun asingkan. Kisar isi ayam bersama sedikit sahaja daun saderi.
Inilah stok ayam untuk iman yang dah dibekukan. Lepas dah kisar, erna masukkan dalam bekas bentuk cube. Bila stok ayam dah beku, erna keluarkan dari bekas cube dan masukkan dalam satu bekas macam ni. Nak masak nanti, ambil je 1-2cube dan campur dalam bubur. Sedap!
Selamat mencuba ^___^
#Jumaat ni babah balik dari outstation. Jumaat ni usia iman genap 8bulan. Sabtu nak hangout bersama sambut birthday ummi walaupun belated sebab babah outstation haritu. Ahad masak-masak special untuk babah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan..
darling...ira rasa erna patutnya masukkan jugak bahagian tulang, fungsi masukkan bahagian tulang adalah untuk serap segaka kalsium n nutrient ayam dari tulang ayam tersebut...
ReplyDeletelagi satu, utk dptkan stok ayam yang berkualiti (penuh khasiat), hendaklah renehkan ayam sehingan 5-6 jam...lagi lama lagi bagus...sebab kite nak keluarkan segala zat yang ada dari ayam tersebut...
happy cooking :)
erna tak bagi tulang sebab erna blend semua isi ayam untuk iman makan. erna reneh dalam 1jam je. itupun isi ayam dah mula hancur. huhu..anyway, tQ ira :)
Deletewah menarikkk..nnt ammar da start solid food aku refer kat ko yeee. :)
ReplyDeletewill try!
ReplyDeleteselalu rebus ayam kosong je, x terp'k pun nak letak 4 sekawan bagai.
TQ dear :)
Yer ar..selalu rebuih kosong jer..huhu..pakai sader sedap dikit ek..:-) tqsharing idea..
ReplyDeletedear! ayam tu pakai ayam organik ke ayam biasa ye?
ReplyDeleteerna guna ayam biasa je. tp sejak iman makan bubur erna beli isi ayam. fillet tu..
DeleteSal, nk tanya, kiub ayam yg frozen ni tahan brp lama yer?
ReplyDeleteStock ni sesuai ke untuk bayi 7 bulan ye?
ReplyDelete