Cabaran 30hari | Hari Pertama : Gambar Terbaru dan Siapa Ummi Erna

Assalammualaikum, Salam Kasih Sayang..

Apa khabar sahabat semua? Pertama sekali nak ucap ribuan terima kasih kepada semua pengunjung setia blog Ummi erna. Terharu tau. Terharu sebab ada yang tanya kenapa erna dah lama tak update blog. Tak sangka juga ada yang rajin mengikuti kisah-kisah dan perkongsian erna di blog ini. Walaupun blog picisan je kan. Blog suam-suam kuku katanya. hehehe.. Tetap ada peminat. Tapi bukan minat kat ummi erna ni. Minat kat Iman..Taqwa..serta perkongsian mengenai supplement terbaik Shaklee. 

InsyaAllah erna akan update blog setiap hari mulai harini sebab erna sedang mencabar kemampuan diri sendiri dalam 'Cabaran 30hari' Sama-sama doakan erna ye sahabat semua. 

Jom..untuk Cabaran 30hari | Hari Pertama : Gambar Terbaru dan Siapa Ummi Erna

Buat yang pertama kali singgah blog http://ummierna.blogspot.com , Salam perkenalan kepada anda semua. Di dalam blog ini erna kongsikan kisah hidup erna bersama insan-insan tersayang dan juga perkongsian gaya hidup sihat kami sekeluarga bersama Shaklee. 

Nama diberi Erna Nordiana binti Zamri. Anak kedua daripada 3orang adik beradik dan erna sudah berkahwin. Ummi kepada 2orang anak. Seorang anak lelaki yang bijak, aktif, peramah dan seorang bayi perempuan yang sangat comel =) Erna dicintai oleh seorang suami yang banyak bertolak ansur, murah hati serta penyabar orangnya.

Erna adalah seorang graduan lepasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Kejuruteraan Perhubungan. Selepas tamat pengajian erna terus bekerja dengan sebuah syarikat Telco selama 6bulan. Tamat kontrak 6bulan bekerja dan selepas berbincang dengan suami serta mendapat keizinan suami, erna akhirnya menyandang jawatan glamour Work At Home Mom - WAHM. Alhamdulillah..rezeki pernigaan erna dari rumah mencurah-curah. Tidak pernah terduga, hanya bekerja dari rumah, seorang WAHM boleh menjana pendapatan sehingga 5angka. Dengan Shaklee, ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil. Erna sememangnya meminati bidang perniagaan sejak kecil lagi dan seronok dengan kerjaya erna sekarang.

Alhamdulillah...tahun ini masuk tahun ke-3 erna bekerja dari rumah. Menyandang jawatan suri rumah Shaklee adalah suatu title yang tidak pernah terduga oleh erna. Namun erna gembira dan berbangga dengan kerjaya erna sekarang ini.

Pertama kali erna gunakan produk Shaklee, erna beli SET B. Iaitu set penyusuan asas. Masa tu, umur iman lebih kurang 2bulan setengah. Secara jujur, erna memang tiada masalah penghasilan susu badan. Alhamdulillah syukur.. Jadi, kenapa erna beli vitamin Shaklee ni? Erna mula tertarik untuk beli vitamin Shaklee sebab erna nak pastikan iman dapat susu terbaik dari erna. Sedia maklum, pemakanan seharian kita belum tentu cukup semua zat yang di perlukan tubuh. Selain dari tu, erna yakin pengambilan vitamin ni juga penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita sendiri. Alhamdulillah..selepas erna mengikuti jadual yang ditetapkan, kualiti susu dan kuantiti susu erna cukup menggembirakan. 

Beberapa bulan selepas itu, erna mula makan vitamin untuk kesihatan dan kecantikan kulit pula. Biasalah dalam tempoh 9bulan mengandung, perubahan hormon yang berlaku buat kulit muka erna ada naik sedikit jeragat. Alhamdulillah..penggambilan vitamin Shaklee ini juga mampu menghilangkan kesan jeragat pada kulit wajah erna. Bila erna dah guna dan dah dapat KESAN BAIK, mula terfikir untuk berkongsi kebaikan vitamin ini dengan semua. Mula-mula makan vitamin ini. Lepas dapat kesan yang baik, menjadi pengedar pula. Ada banyak vitamin dipasaran sekarang ni. macam-macam vitamin atau makanan tambahan yang ada. Mengamalkan vitamin Shaklee sejak 2012, buat erna jatuh cinta dan tidak akan berpaling lagi.

Selepas hampir 3tahun menjalankan perniagaan ini, kumpulan bisnes dalam organisasi erna semakin membesar dari hari ke hari. Dari semenanjung Malaysia sehinggalah ke Sabah Sarawak. Seronok bisnes Shaklee ni kerana ada ramai kenalan dan rakan bisnes. Impian erna nak ramai lagi ahli dalam organisasi erna yang akan dapat pendapatan bulanan 4angka 5angka dengan bisnes Shaklee ini.

Erna masih berusaha untuk capai pangkat tertinggi dalam bisnes Shaklee ini iaitu Master Coordinator. Berbaki 3 anak tangga sahaja lagi erna akan capai Master Coordinator. Doakan erna ye sahabat semua. Doakan segalanya dipermudahkan buat erna dan seluruh organisasi erna.

Semoga Allah sentiasa berkati dan murahkan rezeki kami sekeluarga dan seluruh organisasi Ummi Erna. Semoga Allah terus berikan erna kekuatan untuk membantu rakan-rakan bisnes dalam organisasi erna berjaya dalam bisnes Shaklee ini. Amin.. Amin.. Amin..

Akhir sekali, untuk melengkapkan Cabaran 30hari | Hari Pertama, ada 2 gambar terbaru erna. 




Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 30%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, , , , ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment