Cabaran 30hari | Hari Ketiga : Cerita Ibu dan Ayah

Assalammualaikum, Salam Kasih Sayang..

Mulakan dengan ayah la ye. Orang yang jarang nak potpet potpet tapi bila dah cakap atau sekali keluarkan ayat, memang akan masuk dalam lubuk hati paling dalam. Itulah ayah. Ayah ku sayang...

Nama penuh ayah Zamri bin Ibrahim. Tahun ni usia ayah 56tahun. Ayah dilahirkan di Jitra, Kedah. Membesar juga di sana dan berhijrah ke Singapore untuk bekerja. Perkenalan ayah dan ibu juga di Singapore nun. Sebab sama-sama bekerja disana. Ayah anak sulung dan ayah ada adik kembar. 

Abang dan adik selalu cakap yang erna ni anak manja ayah. Suami pun selalu cakap perkara yang sama. Erna? erna rasa ye juga. hehe.. Apapun bila dah jadi ummi kepada 2orang anak, pendapat erna..kasih sayang kepada anak-anak tak dapat nak bagi rating berapa. Sebab sama rata. Bila ada dua anak sekarang, dua-dua pun erna sayang.

Ayah ni antara bapa yang cool pada pendapat erna. Ingat lagi..masa erna study di UniMAP dulu, pernah sekali tu habis je test erna call ibu nangis-nangis sebab rasa tak dapat nak jawab test dengan baik. Rasa tak cukup masa pun ye juga. Seingat erna, subjek Electromagnetic. Rasanya la. Lupa dah subjek apa sebab masa tu tahun 1 baru masuk UniMAP. Bila cakap dengan ayah, senang je ayat ayah. "Ala nak nangis kenapa. Test dah jawab dah. Mesti dah buat yang terbaik. Biarlah. Bukan boleh ulang pun. Asal dah jawab sudah.." hahahaha....memang hati tenang lepas dengar ayah cakap macam tu. Setenang-tenangnya lepas cakap dengan ayah. Bila cakap dengan ibu, lagi berjurai-jurai air mata. hihihi

Lagi....dari dulu memang erna tak berapa berani nak cakap direct face to face dengan ayah kalau nak bantuan apa-apa dari ayah. Even sampai sekarang anak dah 2orang, erna kalau nak apa-apa bantuan dari ayah..nak minta doa ke..erna akan private msg ayah. Termasuklah zaman dulu masa tak ada Whatsapp semua ni. Siap bersurat bagai. Kenangan sungguh....

Ayah jenis tak berkira. Dari kecil kalau ayah ada duit lebih..nak apa-apa mesti ayah beli. Nak kasut raya jenis ada tumit tinggi pun, gigih ayah bawa erna pergi satu kedai ke satu kedai lain beli. Masa tu..petang ada jamuan hari raya di sekolah agama, balik sekolah rendah tengahari ayah ambil tu..sempat ayah bawa erna pergi beli kasut tinggi. Dalam 2 3 kedai juga ayah teman cari ikut selera anak ayah ni. Kenangan....

Cerita ibu pula ye..Nama penuh ibu, DZainab binti Ahmad. Ibu tahun ni 58tahun. Ibu berasal dari Batu Pahat, Johor. Memang masa kecil erna..suka sangat erna balik kampung kat batu pahat. Ibu anak tunggal perempuan dalam keluarga. Macam ayah, ibu pun sama..tamat sekolah ibu ke Singapore untuk bekerja. Itulah detik pertemuan ibu dan ayah dulu.

Dulu ibu bekerja sebagai pembantu makmal di Universiti Malaya. Tapi, sejak lahirnya erna..erna ni jenis kulit sensitif. Satu tahap tu ibu terpaksa berhenti kerja untuk jaga erna dan fokus untuk jaga masalah kulit sensitif erna. Ibu pernah cakap, ibu tak sangka bila erna semakin membesar..kulit muka erna akan ok macam sekarang ni. Sebab masa kecil...ruam susu teruk sangat kat muka erna. Sampai umur 3tahun pun masih merah teruk lagi. Alhamdulillah sekarang dah ok.

Lumrah seorang ibu kan? Rata-rata memang mak yang  akan kuat membebel. Macam tu juga ibu erna. Ibu memang ratu sangat potpet dalam rumah. Tetapi ibu juga adalah tempat paling selamat dan istimewa untuk erna luah segala masalah. Even sampai sekarang, ibu andalah pendengar paling setia. Ya Allah...selalu erna berdoa agar Allah kurniakan ibuayah kesihatan yang baik.

Erna seronok kerja macam sekarang ni sebab..erna boleh selalu dekat dengan ibu. Bawa ibu ke event-event Shaklee. Makan di Hotel. Jalan-jalan jika adakelas Shaklee luar Puchong. Ibu erna ni sangat sempoi. Bukan jenis melawa-melawa sangat. Simple sangat orang nya. Makan apa pun tak kisah. Ibu sangat bersederhana. Ibu cakap..sebab dah terbiasa dengan hidup sederhana dari kecil, semua tu membawa ke besar.

Ibuayah adalah antara tulang belakang kejayaan erna dalam bisnes Shaklee sekarang ini. Ibuayah juga amalkan makan vitamin Shaklee =)

Sahabat, doakan ibu dan ayah erna selalu sihat..panjang umur..berbahagia selalu dunia dan akhirat. Amin...

Bisnes Shaklee adalah pilihan yang tepat untuk erna balas segala jasa baik ibu dan ayah. Dengan bisnes Shaklee ini juga, Allah beri peluang dan keizinan erna untuk bawa ibu dan ayah melihat keindahan alam ciptaan Nya. Nak bawa ibuayah pusing dunia. Melancong. InsyaAllah... Bekalkan vitamin terbaik untuk kesihatan yang baik kepada mereka. Banyak lagi impian erna bersama Shaklee untuk ibu dan ayah. Semoga Allah izinkan dan perkenankan semuanya. Amin...

InsyaAllah kita bertemu dalam entry berikutnya. Ada beberapa keping gambar ibu ayah dibawah ini. Terima kasih baca =)


pengedar shaklee puchong


pengedar shaklee puchong


sakit jantung


tinggi kolesterol, vitamin untuk ibuayah


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 30%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti.

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI ERNA;


Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD AREA PUCHONG dan kawasan sekitar, anda boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment